Buah tin atau nama santifiknya ‘Ficus carica’ adalah dari keluarga mulberi yang banyak tumbuh dan mudah didapati di wilayah Asia Barat. Buah ini juga disebut ‘fig’ dalam bahasa Inggeris, atau lebih dikenali sebegai ‘buah ara’ di negara kita.

Nama buah ‘tin’ juga ada disebut dalam al-Quran menerusi surah at-Tin, yang berbunyi;

“Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.”

(at-Tin: 1)

Ada pelbagai tafsir mengenai ayat ini, termasuklah khasiat dan kebaikannya kepada kesihatan. Selain mudah hidup dan senang dijaga, buah tin yang dikeringkan banyak ditemui di merata tempat sepanjang tahun.

1001 Khasiat Buah Tin Yang Istimewa

Buah tin adalah antara buah sunnah yang sangat sesuai untuk dijadikan amalan serta  makanan seharian. Kebaikan dan khasiat buah ini terbukti dengan pelbagai kajian yang dilakukan ke atasnya.

"

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai buah tin ini:

  1. Buah ini mempunyai banyak mineral, vitamin dan serat yang biasa ditemui di dalam buah-buahan. Ia juga mempunyai vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin.
  2. Terdapat lima gram serat dalam setiap tiga hidangan buah tin. Ketinggian kandungan seratnya membantu terutama pada bahagian usus iaitu mengelakkan masalah sembelit dan juga cirit-birit.
  3. Kandungan serat ini juga membantu mengurangkan berat badan. Justeru, ia selalu dicadangkan kepada mereka yang mengalami obesiti. Namun, kandungan kalorinya yang tinggi pula boleh menyebabkan peningkatan berat badan terutama bila ia dimakan bersama-sama susu.
  4. Buah tin mengandungi pektin, iaitu sejenis serat boleh larut. Ia membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam badan. Serat dalam buah ini juga membantu merawat kanser yang menyerang usus besar. Ia juga melindungi diri dari serangan kanser payudara. Buah tin yang kaya dengan serat juga membantu mengawal diabetes.
  5. Daun pokok tin pula mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan oleh pesakit diabetes yang perlu kerap mengambil suntikan insulin. Selain mengandungi kimia semulajadi yang menjadikannya komponen untuk teh. Ia terkenal digunakan untuk masalah pernafasan seperti bronkitis. Daunnya juga baik untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom asma.
  6. Buah tin yang dikeringkan mengandungi phenol, omega 3, dan omega 6. Asid-asid lemak ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung.
  7. Kandungan potassium yang tinggi dan sodium yang rendah di dalam buah tin merupakan pertahanan terbaik untuk kesan hipertensi. Jadi, ia bagus untuk memberikan ketenangan kepada individu yang memakannya.

Buah Tin

Imej via Huffingtonpost

  1. Masyarakat India menggunakan buah tin sebagai salap bagi penyakit venereal. Sejak beratus tahun lamanya, buah tin digunakan untuk mengubati atau mengurangkan masalah disfungi seksual. Mitos dan budaya menerimanya sebagai makanan tambahan untuk kesuburan. Ini mungkin disebabkan oleh vitamin dan mineral di dalamnya yang menggalakkan tenaga dan stamina.
  2. Buah tin kaya dengan kalsium iaitu komponen penting untuk menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Buah ini juga menghalang kehilangan kalsium menerusi air kencing. Ia meminimakan kehilangan kalsium sementara membuang asid urik dan toksin berbahaya keluar dari tubuh.
  3. Buah tin kaya dengan fosforus di mana ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang terutama jika berlakunya kerosakan.
  4. Kehilangan penglihatan pada usia tua adalah disebabkan oleh kemerosotan makular. Buah tin membantu mengelakkan tanda penuaan seperti ini.
  5. Kandungan musilaj dalam buah tin membantu menyembuhkan dan memulihkan sakit tekak.
  6. Kemanisan buah tin dan kelembutannya seringkali digunakan sebagai pengganti gula. Buah tin yang telah diproses dijadikan pai, puding, kek, jem, jeli, jeruk, dan pelbagai lagi.

Keburukan Jika Diambil Berlebihan

Seperti makanan lain yang jika dimakan secara berlebihan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh, begitu juga dengan buah tin; ada beberapa keburukannya jika diambil berlebihan, iaitu;

  1. Makan buah tin secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.
  2. Buah tin yang dikeringkan pula boleh menyebabkan kerosakan gigi kerana kandungan gulanya yang tinggi.
  3. Anda juga dinasihatkan agar tidak memakan buah tin beberapa minggu sebelum pembedahan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. Terdapat juga individu yang alergi dengan buah tin.
  4. Ada sesetengah orang yang alah atau  alergik  dengan buah ini, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.

Oleh itu, kenalah pada tempatnya dengan gelaran buah tin ini sebagai ‘buah syurga’, lantaran banyak keistimewaan yang terkandung dalamnya yang masih ramai belum ketahui. Walaupun kecil tetapi khasiatnya melimpah ruah.

Jadi, ayuhlah kita sama-sama menjadikan buah ini sebagai satu lagi makanan harian yang menyihatkan tubuh badan kita seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Selamat mencuba!

 

 

Rujukan

Organicfacts

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.