Jemput baca artikel khasiat buah manggis ini.

Buah Manggis atau Gabcinia Mangostana L merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Buah Manggis memiliki kulit lembut yang tebal dan berwarna ungu pekat yang melindungi isinya yang bewarna putih dan boleh dimakan. Jika durian dipanggil raja buah, manggis pula adalah ratunya.

Dipercayai manggis berasal dari kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia. Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan ia agak sensitif. Pokok manggis tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F. Biji benih manggis akan mati pada suhu 45F.

khasiat manggis

Sumber: 7khasiat

Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki) dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.  Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna dan getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Jom ketahui apakah khasiat buah manggis.

1. Menurunkan berat badan

Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.

2. Mencantikkan kulit

Buah manggis tinggi kandungan anti oksida, vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu untuk mencantikkan kulit dan anti penuaan. Nak awet muda? Jom makan buah manggis.

3. Mencegah keputihan

Kaum wanita mudah dijangkiti kulat Candida yang menjadi punca masalah seperti keputihan. Buah manggis mencegah pertumbuhan kulat sekali gus mencegah berlakunya keputihan.

Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

4. Mengecutkan cyst

Rebus kulit manggis & minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut. Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.

5. Mengurangkan ekzema

Serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula mampu dijadikan ubat sapu masalah kulit seperti ekzema. Caranya, jemur kulit manggis sehingga kering. Kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara untuk disapu kepada bahagian kulit yang mengalami ekzema.

khasiat manggis

Sumber: Healthyvitagarden

6. Mengatasi gonorea

Gonorea adalah penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan seks. Minum air rebusa manggis membantu mengatasi penyakit yang memalukan ini. Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.

7. Menyembuhkan radang

Buah manggis kaya dengan Xanthone. Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam Xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik dari ubat anti inflamasi lain.

8. Mencegah arthritis

Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis.

9. Mencegah alzheimer atau nyanyuk

Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti nyanyuk.

10. Mengurangkan alahan atau alergi

Buah manggis mempunyai kandungan yang mampu mengurangkan masalah alahan atau alergi yang anda alami.

11. Mengubati penyakit asma

Penyakit asma tergolong penyakit yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Jika anda atau orang yang tersayang mengalami asma, banyakkan makan buah manggis semasa musimnya tiba.

khasiat manggis

Sumber: Mensok

12. Menstabilkan sistem pencernaan

Pengambilan kira-kira 3 ml jus manggis setiap hari dikatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem percernaan menjadi lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang lebih baik.

13. Membantu melawan jangkitan kuman atau bakteria

Jika anda dijangkiti bakteria atau virus, boleh makan buah manggis untuk melawan jangkitan tersebut. Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai Cathechins, Polifenol dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

14. Menurunkan kolesterol jahat

Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat yang berlebihan didalam tubuh dan mencegah terjadinya penyempitan pada pembuluh darah. Kandungan asid amino perlu berfungsi  menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.

15. Mencegah dan mengubati penyakit jantung

Buah manggis mempunyai bahan antimikrobial & antioksidan yang dapat memulihkan kembali pembuluh darah yang sudah tidak kenyal & mencegah terjadinya penyempitan pada pembuluh darah. Buah manggis mampu mencegah dan mengubati penyakit jantung.

16. Menjaga kesihatan mata

Buah manggis yang tinggi kandungan antioksidan mampu mencegah berlakunya katarak dan glukoma iaitu gangguan yang diakibatkan oleh radiasi yang menghilangkan protein pada lensa mata.

17. Mengubati cirit-birit

Buah manggis digunakan di India & China sebagai ubat cirit-birit. Caranya, rendam kulit manggis semalaman, esok paginya minum air rendaman tersebut.

khasiat manggis

Sumber: Citypages

18. Mengubati disenteri

Disenteri ialah jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus. Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri. Serbuk tersebut boleh dicampur kedalam makanan atau minuman.

19. Mencegah kanser

Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam Xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti kanser dan tumor. Xanthones dipercayai melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser  yang terdapat pada usus besar dan hati, serta dapat merencatkan pertumbuhan sel berbahaya yang menjadimpunca penyakit leukimia.

20. Meningkat imuniti

Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antioksida. Ia juga kaya dengan vitamin c. Buah ini dikatakan boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

21. Mencegah batu karang

Apabila anda makan manggis, ia membantu melancarkan air kencing dan memastikan pundi kencing anda kosong dengan betul. Tiada sisa air kencing yang tentinggal dan secara langsung mencegah pembentukan batu karang.

khasiat manggis

Sumber: Shared

Itulah dia 21 khasiat buah manggis yang pasti buatkan anda rasa nak pergi beli sekarang. Semoga bermanfaat!

Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan khasiat ulam, khasiat cempedak dan khasiat jambu batu.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.