Mencari khasiat buah delima?

Buah delima adalah sejenis buahan yang terkenal di seluruh dunia kerana khasiatnya yang bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Pokok delima berasal dari kawasan Asia Barat Daya iaitu di kawasan sempadan Timur Tengah.

Ia telah ditanam di kawasan Lembah Mediterranean sejak zaman dulu lagi. Namun kini, ia mudah didapati di mana-mana sahaja hasil kegiatan import eksport.

Malah, buah delima juga turut ditanam di Malaysia.

Buah delima

Imej via pixabay

Buah ini bersaiz sederhana dan mempunyai biji-biji kecil di dalamnya. Kulit buah delima berwarna oren kuning kemerahan. Manakala isinya berwarna merah. Itulah sebabnya orang dulu membuat perumpamaan, merah bak delima mekar.

Buah delima bukan sahaja baik kerana ia dianggap makanan sunnah yang diamalkan Nabi Muahmmad saw. Tetapi juga khasiatnya turut dibuktikan oleh kajian sains. Ini kerana buah delima sangat kaya dengan nutrisi yang baik untuk kesihatan, antaranya:

Nutrisi delima

Kandungan nutrisi buah delima

  • Anti-oksida– Menghalang radikal bebas seterusnya menguatkan imunisasi badan.
  • Vitamin C– Membantu mengawal fungsi organ tubuh dan menguatkan daya tahan badan.
  • Vitamin K–  Penting dalam proses pembentukan tulang.
  • Vitamin B –Baik untuk peredaran darah dan kesihatan saraf.
  • Fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi.
  • Lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit. Bagus untuk individu yang ingin kurus dan dapat menjaga kesihatan jantung.
  • Serat – Elakkan sembelit dan baik untuk kesihatan usus.

 

8 kebaikan buah delima yang dibuktikan melalui kajian sains ialah:

1) Anti-radang Yang Berkesan

Keradangan kronik adalah antara faktor utama kepada banyak penyakit membunuh seperti penyakit jantung, kanser, diabetes, alzheimer dan juga obesiti.

Buah delima mempunyai ciri-ciri anti-radang yang berkesan, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sifat-sifat anti-oksidan daripada punicalagin. Punicalagin adalah antioksidan yang terdapat dalam buah dan kulit delima.

Anti-oksidan dalam buah delima didapati tiga kali ganda lebih banyak daripada wain merah dan teh hijau.

Kajian tabung uji menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan aktiviti keradangan dalam saluran pencernaan, kanser payudara dan sel-sel kanser kolon. Selain itu, terdapat juga satu kajian
lain kepada pesakit kencing manis, ia mendapati bahawa 250ml jus delima setiap hari selama 12 minggu dapat menurunkan penanda keradangan CRP sebanyak 32% dan interleukin-6 sebanyak 30%.

2) Mengelakkan Kanser Prostat

Kanser prostat diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser, dan juga mendorong kematian sel dalam sel-sel kanser.

PSA (antigen spesifik prostat) adalah penanda darah untuk kanser prostat. Lelaki yang mempunyai tahap PSA berganda dalam tempoh yang singkat akan mempunyai risiko kematian yang tinggi.

Menariknya, kajian mendapati bahawa 237 ml (8 oz) jus delima setiap hari memanjangkan masa penggandaan PSA dari 15 bulan hingga 54 bulan.

Dapatan kajian dapat membuktikan bahawa jus buah delima membantu lelaki mengurangkan risiko kanser prostat, iaitu dengan menghalang pertumbuhan kanser dan menurunkan risiko kematian.

3) Mengelakkan Kanser Payudara

Kanser payudara adalah jenis kanser yang paling biasa dalam kalangan wanita dan ia merupakan pembunuh no 1 wanita di Malaysia.

Ekstrak delima telah terbukti dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser payudara dan melawan sel tersebut daripada terus merebak. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan hanya terhad kepada kajian makmal sahaja.

Para saintis masih perlu melakukan lebih banyak kajian ke atas manusia untuk membuktikan bahawa delima sangat berkesan untuk melawan sel kanser payudara.

4) Menurunkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu faktor utama serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai penurunan tekanan darah yang ketara selepas minum 150 ml (5 oz) jus delima setiap hari selama 2 minggu.

Kajian-kajian lain telah menemui kesan yang sama, terutamanya untuk tekanan darah sistolik (angka yang lebih tinggi dalam bacaan tekanan darah).

5) Membantu Mengatasi Arthritis dan Sakit Sendi

Terdapat pelbagai jenis penyakit arthritis, tetapi kebanyakannya menunjukkan bentuk keradangan pada sendi. Menariknya, kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh menghalang enzim yang menyebabkan kerosakan sendi pada pesakit osteoarthritis.

Namun begitu, kebanyakan kajian dijalankan kepada haiwan sahaja. Oleh itu, kajian kepada manusia perlu dijalankan lebih banyak lagi untuk membuktikan bahawa buah delima benar-benar bermanfaat untuk mengatasi masalah arthritis dan sakit sendi.

6) Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan punca utama kematian di dunia. Ia adalah penyakit yang didorong oleh banyak faktor.

Asid Punicik iaitu asid lemak utama dalam buah delima, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam kajian kepada 51 orang yang tinggi kolesterol dan trigliserida, 800mg minyak biji delima setiap hari selama 4 minggu menyebabkan bacaan trigliserida lebih rendah. Kajian lain juga menunjukkan kesan jus delima kepada pesakit diabetes jenis 2 dan kolesterol tinggi dengan mendapati penurunan kadar kolesterol jahat (LDL) melalui kajian tersebut.

Selain itu, terdapat juga kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan buah delima dapat melindungi kolesterol (LDL) daripada pengoksidaan, yang menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada penyakit jantung.

7) Melawan Jangkitan Bakteria

Sebatian tumbuhan padabuah delima boleh membantu memerangi mikroorganisma berbahaya.

Kajian juga turut mendapati, kesan anti-bakteria dalam buah delima boleh melindungi jangkitan dan keradangan di dalam mulut.

8) Menguatkan Daya Ingatan

Terdapat beberapa bukti menunjukkan buah delima boleh meningkatkan memori.

Dalam satu kajian kepada pesakit pembedahan, 2gram ekstrak buah delima telah menghalang defisit dalam ingatan selepas pembedahan.

Satu lagi kajian lain terhadap 28 orang individu tua yang mempunyai masalah ingatan telah mendapati bahawa 237 ml (8 oz) jus delima setiap hari menyebabkan peningkatan ingatan secara lisan dan visual.

Terdapat juga beberapa bukti dari kajian kepada tikus bahawa buah delima dapat membantu melawan penyakit Alzheimer.

 

Buah delima ternyata banyak kebaikan untuk kesihatan. Malah ia juga baik untuk kecantikan kerana boleh awet muda. Namun begitu, bagi pesakit yang ingin mengamalkan pemakanan buah delima dalam diet harian, anda seharusnya berbincang dengan doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Ini kerana, buah delima boleh mengganggu kesan ubat yang anda amalkan.

 

Rujukan

Artikel Menarik Lain

Selain khasiat buah delima, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.

Penulis: Aniuna

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.