Bila terpandang wanita timur tengah naik cemburu pula rasa dalam hati. Cantiknya mereka ni! Kulit nampak lembab dengan rambut yang hitam berkilat. Tak macam orang yang tinggal di kawasan bersuhu panas pula gayanya.

Tapi itu semua tak mustahil. Kalau anda nak tahu, salah satu rahsia cantik untuk gadis dan wanita Timur Tengah ini adalah dengan menggunakan minyak argan secara rutin untuk bantu mencantikkan diri.

sumber : Pop Bela

Maka tidak hairanlah mengapa minyak argan ini semakin terkenal di seluruh dunia. Malah permintaannya juga telah melonjak naik dengan drastik. Namun bukan mudah untuk mendapatkan minyak argan yang asli 100% tanpa sebarang campuran bahan lain.

Ini kerana minyak argan ini sangat sukar untuk di dapati di tambah dengan harganya yang agak mahal. Almaklumlah, minyak argan ini adalah salah satu jenis minyak yang paling mahal di dunia.

sumber : Bidadari

Bagaimanakah Sebenarnya Minyak Argan Ini Terhasil?

Minyak argan adalah minyak yang berasal dari ekstrak biji pohon argan yang hanya tumbuh di daratan Maroko. Minyak argan sering disebut ‘carian emas’ dek karena khasiatnya yang banyak pada tubuh. Minyak argan ini telah dikenal sejak zaman sebelum masehi lagi.

Kebiasaannya untuk mendapatkan minyak, kaum perempuan dari penduduk setempat yang terdiri dari suku Berber akan menggunakan cara manual untuk memecahkan kacang. Di dalam kacang ini ada biji dan biji inilah yang mengandungi minyak di dalamnya.

sumber : The Guardian

Bukan mudah untuk lakukan proses bagi mendapatkan minyak argan secara manual ini. Kini sudah ada pihak yang dapat menyudahkan proses bagi mendapatkan minyak argan ini dengan cara yang lebih canggih dan mudah.

12 Kelebihan Minyak Argan Pada Kulit Wajah Dan Tubuh

#1 – Kaya Dengan Vitamin dan Antioksidan

sumber : Adev Natural

Minyak ini sangat kaya dengan kandungan vitamin A dan vitamin E. Malah kandungan vitaminnyaadalah dua kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun.

Vitamin E kaya dengan antioksidan dan secara tidak langsung ianya dapat membantu untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan masalah penuaan pada kulit wajah.

#2 – Merawat dan Menyembuhkan Penyakit Kulit Dan Masalah Jerawat

Minyak argan ini juga dipercayai dapat membantu merawat jerawat ringan dan menyembuhkan parut jerawat. Untuk jerawat yang baru tumbuh, cepat-cepat sapu minyak argan pada kawasan jerawat tersebut. Inshaa Allah bangun pagi esok jerawat tu dah surut.

Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah pertumbuhan ketuat pada tubuh. masa yang sama minyak argan ini juga dapat merawat beberapa jenis penyakit kulit seperti eczema, psoriasis, cacar air, chicken pox, kudis, kurap dan sebagainya.

#3 – Mengurangkan Kedutan Yang Muncul Pada Kulit Wajah

Apabila usia kita makin bertambah, mula lah datang wrinkles atau kedutan pada wajah. Kedutan paling banyak berlaku pada kawasan bawah mata dan juga dahi. Makin tak cantik kan?

Nak cuba kawal kedutan dari banyak berlaku boleh cuba amalkan penggunaan minyak argan ini. Ramai yang berkata minyak argan ini dapat bantu masalah kedut pada muka dan siapa tahu anda juga boleh mendapatkan kesan yang sama nanti.

#4 – Mencerahkan Tona Kulit Secara Semulajadi

Minyak argan juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tak perlu guna kosmetik yang berbahaya, guna sahaja minyak argan.

Mungkin hasilnya agak lambat berbanding dengan produk khusus untuk cerahkan kulit yang ada di pasaran namun bukankah cantik dengan cara selamat itu adalah jauh lebih baik untuk sifat yang lebih kekal lama.

#5 – Melembapkan Kembali Kulit Yang Kering

Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap. Jika anda mempunyai kulit kering, anda memang dinasihatkan menggunakan produk yang berasaskan semulajadi seperti minyak argan ini untuk mengembalikan kelembapan kulit.

Berkerja terlalu lama di dalam suasana berhawa dingin adalah salah satu punca utama hilang kelembapan sehingga boleh menjadi kering.

#6 – Boleh Menjadi Penganti Toner Untuk Kulit Yang Lebih Segar

Tak dinafikan ramai yang rasa malas nak guna toner walaupun tahu toner tu penting. Ya benar toner agak melecehkan tetapi fungsi toner itu sangat bagus untuk kulit.

Bagi yang punya masalah malas nak beli dan nak pakai toner ni, anda bakal dapat pengganti toner dengan pemakaian minyak argan ini. Caranya mudah saja, sebelum tidur titiskan 2 atau 3 titis minyak argan pada tapak tangan dan gosok. Kemudian sapulah ke seluruh wajah dan pangkal leher dengan urutan secara memutar.

#7 – Mengurangkan Kadar Kolestrol Dalam Badan

Imej via Bidadari

Anda tahu minyak zaitun itu bagus kan? Sedangkan minyak zaitun itu bagus inikan pula minyak argan yang ada khasiat dua kali ganda darinya. Amalkan pengambilan minyak argan dalam diet pemakanan dan anda akan lihat bagaimana berat badan anda akan mula menurun.

Ini kerana minyak argan ini mampu untuk membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan dengan cara menghalang penyerapan kolestrol yang tidak baik dari saluran usus.

#8 – Membantu Proses Penghadaman Yang Baik

Image Via : Bidadari

Tidak hanya boleh bantu turunkan kolestrol malah ia juga dapat bantu tingkatkan proses penghadaman dan pencernaan yang baik. Secara tidak langsung tubuh badan akan semakin sihat dan kekal solid tanpa masalah berat badan yang berlebihan lagi seperti dulu.

#9 – Menguatkan Kuku Dan Rambut

sumber : Beauty Journal

Kuku lebih kuat dan lebih sihat secara semulajadi dengan menggunakan minyak argan. Ciri-ciri anti radang dan anti bakteria yang ada pada minyak argan membantu melawan infeksi pada kulit dan kuku. Kuku bukan hanya akan kelihatan lebih sihat tetapi juga semakin bersinar dan bermaya.

#10- Melembap dan Mencantikkan Bibir

Masalah kulit bibir kering, pecah dan menggelupas memang sering berlaku. Biasalah cuaca di negara kita ini kan agak panas. Jika anda seorang yang kurang minum air kosong maka masalah bibir pecah sebegini akan menjadi lebih teruk lagi.

Dengan penggunaan minyak argan pada bibir, masalah bibir pecah dan kering dapat di atasi. Malah penggunaan yang scara berterusan akan menjadikan bibir lebih sihat, lembab dan cantik. Barulah sapu lipstik pun jadi lebih mudah dan menarik.

Cara Menggunakan Minyak Argan Dengan Betul

Untuk Bahagian Muka

Cuci bersih permukaan kulit wajah dengan pembersih muka kegemaran sehingga bersih. Titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.

Urut perlahan-lahan sehingga minyak argan meresap kedalam kulit. Boleh guna waktu siang dan malam sebagai pelembap dan boleh dicampurkan dengan sebarang jenis foundationmakeup.

Untuk Bahagian Rambut

Untuk rawatan rambut, anda hanya perlu titiskan minyak argan pada tapak tangan, ratakan dan sapukan pada permukaan kulit kepala serta rambut dengan cara mengurut. Gunakan sikit demi sedikit secara berterusan berulang kali pada bila-bila masa yang anda suka. Anda juga boleh biarkan semalaman sebelum di cuci rambut tersebut pada esok hari.

Minyak Argan Mudah Disesuaikan Dengan Semua Jenis Kulit

Akhir sekali, apa yang best dan menarik mengenai minyak argan ini adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Jadi dah tak perlu risau kalau tak sesuai dengan kulit. Minyak argan selamat digunakan! Selamat mencuba.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.