Majoriti masyarakat sekarang lebih gemar membuat perkara yang tidak berfaedah untuk menangani masalah emosi mereka. Contohnya, melepak hingga lewat malam bersama kawan, merokok dan sebagainya.

Hal ini kerana mereka telah terdedah kepada teknologi yang semakin canggih. Semakin meningkat usia kita dapat melihat bahawa semakin kurang aktiviti mewarna tidak seperti ketika pada usia kita antara satu hingga dua belas tahun.

imej via google

Jom kita lihat perkongisan menarik daripada Puan Nora Zyan mengenai kebaikan terapi mewarna untuk penyembuhan emosi yang mungkin dapat membantu kita serba sedikit untuk membuka minda tentang mewarna.

7 kebaikan mewarna ialah:

  1. Mengalirkan tenaga yang kurang baik atau negatif.
  2. Melembutkan hati melalui pilihan warna yang berperanan memberi kesan kelembutan pandangan.
  3. Menghadirkan rasa ketenangan melalui emosi negatif yang dialirkan keluar.
  4. Satu cara untuk mengalirkan rasa dan mengelakkan perasaan atau tenaga terpendam.
  5. Melahirkan rasa kesyukuran di atas setiap perkara atau insan yang 
    hadir dan menjadi guru kehidupan.
  6. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri.
  7. Mencetuskan kesedaran untuk memperbaiki sikap diri melalui refleksi dan pantulan kehadiran orang sekeliling.

*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa dalam menangani emosi anak-anak terutamanya ketika mereka meningkat remaja.

Mewarna juga tidak terhad kepada kanak-kanak atau remaja, orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti mewarna untuk melepaskan segala tenaga negatif.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.