Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Fakta Mengenai Appendiks Yang Anda Patut Tahu!

Kita selalu dengar mengenai penyakit appendik, tapi adakah anda benar-benar tahu tentang penyakit appendik. Mari kita ketahui lebih lanjut tentang…

KesihatanDikemas kini 4 Julai 2019oleh aqirah
Ilustrasi penyakit appendiks dan kesihatan perut

Ringkasan Ringkas

  • Appendik terletak di hujung usus besar dan berperanan sebagai simpanan sistem pertahanan badan melalui sel-sel Limfosit
  • Keberangkalian seseorang menghidapi appendisitis sepanjang hayat adalah sebanyak 10 peratus
  • Julat umur yang kerap berlaku appendisitis adalah antara 10 hingga 30 tahun, dengan remaja mencatatkan kekerapan paling tinggi
  • Punca appendisitis tidak diketahui dan boleh berlaku kepada semua kaum
  • Sekiranya berlaku sakit perut terutama di bahagian pusat dan perut kanan bawah, perlu segera ke klinik atau hospital
  • Pembedahan segera adalah rawatan terbaik dan rawatan alternatif tidak dapat menyembuhkan appendisitis

Kita selalu dengar mengenai penyakit appendik, tapi adakah anda benar-benar tahu tentang penyakit appendik. Mari kita ketahui lebih lanjut tentang appendik.

Kami kongsikan info mengenai appendik yand diterangkan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.Semoga tips ini memberi kesedaran kepada kiota.

appendik

Image via Bidadari.my

Nama dia appendik sebab dia ada kat hujung usus besar. Sebelum usus besar adalah usus kecil yang berlingkar dalam perut kita.

Appendik ni gunanya untuk simpanan sistem pertahanan badan. Terdapat sel-sel Limfosit yang boleh menjadi sumber sel-sel imuniti apabila diperlukan. Tetapi appendik bukan kilang utama. Sum-sum tulang adalah kilang utama.

Sepanjang kehidupan, seseorang mempunyai keberangkalian menghidapi appendisitis sebanyak 10%. Bergantung kepada nasib masing-masing.

Punca atau risiko penyakit appendisitis ini tidak diketahui. Orang tua-tua percaya penyebab appendisitis adalah suka makan cabai. Tidak semestinya! Semua kaum boleh berlaku appendisitis. Tetapi kecenderungan orang berkulit putih adalah tinggi.

Antara Mangsa Yang Mudah Mendapat Appendiks

Julat umur yang selalu berlaku appendisitis adalah antara 10 hingga 30 tahun. Tetapi remaja belasan tahun mempunyai kekerapan paling tinggi. Satu dari 4 kemasukan ke wad pesakit appendicitis ini adalah remaja.

Selepas perang dunia ke 2, jumlah kes appendicitis semakin berkurang setelah sistem kesihatan kita bertambah baik. Komplikasi dari appendicitis seperti appendik pecah, jangkitan kuman seluruh perut juga berkurangan kerana pengesanan dan pembedahan dapat dilakukan dengan cepat.

Jika sudah kena appendicitis seperti sakit perut (terutamanya sakit di pusat dan perut sebelah kanan bawah), dinasihatkan segera ke kecemasan klinik atau hospital. Rawatan bomoh atau pawang atau makanan suplemen tidak dapat membantu menyembuhkan appendicitis. Bedah segera adalah terbaik bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk atau maut. Jangan teragak-agak membuat keputusan setelah berbincang dengan pakar bedah anda.

*Appendik sering berlaku di kalangan remaja yang berumur seawal umur 10 tahun. Maka, sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga kesihatan anak-anak. Jika mereka mengalami sakit perut yang teramat sakit, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran penuh daripada penulis. Baca artikel penuh di sini.