Kenapa rezeki tidak timbul-timbul?

Itu persoalannya bagi mereka yang selalu merasa sempit, tiada duit, kesihatan tidak menyebelahi mereka, hidup tidak bahagia dan macam-macam lagi. Dalam hidup, serahkan segala-galanya kepada Allah SWT, Maha Pemberi Rezeki. Kita hanya perlu usaha, doa, tawakal dan paling penting yakin dengan Allah.

doa murah rezeki
Imej via [ohmedia]

Mulai saat ini, anda boleh terapkan diri untuk amalkan doa murah rezeki dan zikir-zikir supaya dapat memudahkan segala urusan dan murah rezeki. Jom lihat 16 doa murah rezeki yang mujarab dan berkesan dengan izin Allah SWT. Insha-Allah.

1. Surah Al-Maidah (Ayat 114)

doa murah rezeki
Imej via [pendidik2u]

Baca surah Al-Maidah ayat 114 ini setiap kali lepas solat, semakin kerap anda baca, semakin anda akan tenang dan sentiasa rasa cukup. Sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT walau apapun nikmatnya.

2. Doa Nabi Sulaiman

doa murah rezeki
Imej via [khalifahmailonline]

Doa Nabi Sulaiman ini sangat kuat kesannya. Ia sering diamalkan Nabi Sulaiman dalam meminta petunjuk, memohon dipermudahkan dan mendapatkan kekayaan serta kejayaan. Seperti kita tahu, Nabi Sulaiman adalah raja segala makhluk, betapa besarnya rezeki Allah SWT turunkan kepada Nabi Sulaiman.

Doa: Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka anta lwahhaab.

Ertinya: Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.

3. Al-Ikhlas

doa murah rezeki
Imej via [Mewarnai Gambar]

Surah Al-Ikhlas adalah doa murah rezeki yang anda harus tahu. Ia bukanlah surah pendek untuk dibaca dalam solat sahaja, tetapi ia mempunyai keajaiban tersendiri. Selain memuji Allah, Allah sentiasa akan menolong sesiapa sahaja yang mengamalkan surah ini baik dari apapun yang diperlukan. Bacalah setiap hari dan bila-bila sahaja.

4. As-Syura (Ayat 19)

doa murah rezeki
Imej via [Mingguan Wanita]

Doa murah rezeki yang mujarab dan berkesan anda perlu amalkan juga adalah Surah Syura, ayat 19. Murah rezeki anda setiap kali membaca doa ini. Kalam ini memuji Allah SWT sebagai maha kuasa dan maha kuat. Niatkan dalam hati untuk memuji Allah dengan ikhlas.

5. Doa Pembuka 12 Pintu

Bagi mereka yang sering mengeluh dan terfikir “Kenapa rezeki aku sempit sangat” , “Kenapa susah sangat rezeki aku nak masuk?”, doa murah rezeki ini sangat mujarab untuk masalah anda.

Tolong amalkan doa murah rezeki ini dengan niat yang baik dan ikhlas untuk memohon pertolongan Allah SWT. Bacalah banyak kali dan berulang kali.

6. Surah Hud (Ayat 6)

doa murah rezeki
Imej via [Catatan Ku]

Yakinlah Allah SWT maha pemberi rezeki, maha pemurah, maha berkuasa atas semua perkara. Sentiasa memujinya dan mengakui kebesarannya dengan membaca doa murah rezeki ini. Sesungguhnya Allah SWT maha pemberi rezeki.

7. Surah Al-Qasas (Ayat 24)

Doa murah rezeki ini boleh anda baca setiap kali selepas solat atau setiap kali anda berhajat sesuatu. Anda boleh baca dengan kerap sekali. Pasti anda terkejut akan rezeki yang tak disangka-sangka datang kepada anda.

8. Surah Sad (Ayat 54)

doa murah rezeki
Imej via [BaytHidayah]

Baca berulang kali tiada masalah. Lagi kerap anda baca, lagi bagus. Semoga segala hajat anda termakbul asbab mengamal doa murah rezeki ini. Banyak kisah-kisah mereka yang mengamakan doa murah rezeki ini. Semoga murah rezeki anda juga.

9. Surah Al-Waqiah

doa murah rezeki
Imej via [YouTube]

Banyak kelebihan surah Al-Waqiah yang boleh anda nikmati jika anda benar-benar mengamalkan surah ini. Anda boleh membaca pada pagi hari selepas solat subuh dan sebelum memulakan hari anda.

10. Surah Ar-Rahman

doa murah rezeki
Imej via [pinterest]

Ar-Rahman boleh dibaca pada pagi hari sebelum memulakan pagi anda atau selepas solat dhuha. Ayat yang terkandung dalam Surah Ar Rahman banyak mempersoalkan tentang kekuasaan Allah swt.

Ia bertujuan untuk manusia benar-benar berfikir dan meletakkan Allah swt nombor 1 di antara semua perkara. Utamakan Allah dalam segala hal pasti memudahkan urusan anda dan mendatangkan kebaikan kepada anda.

11. Surah Yasin

Doa murah rezeki yang mustajab juga adalah surah Yasin. Yasin dapat memudahkan urusan anda dan mendatangkan rezeki. Mohonlah hajat anda tanpa jemu, Insha-Allah, Allah akan makbulkan.

Anda mungkin menerima rezeki dalam pelbagai cara seperti jodoh, ilmu dan manfaat, kesihatan yang baik, kewangan yang baik dan lain-lain lagi. Diri anda juga akan sentiasa dilindungi Allah SWT.

12. Zikir Laa Ilaaha Illallaah Al Malikul Haqqul Mubin

Amalkan bacaan zikir ‘Laa Ilaaha Illallaah Al Malikul Haqqul Mubin Muuhammadur Rasulillah Shaa Diqul Wa’dil aminn.’ Baca selalu sebanyak mana yang anda mampu, namun baca 100x setiap hari, Allah akan menghilangkan kesusahan dan kemiskinan anda.

13. Subhanallahi Wabihamdih

“Barangsiapa mengucapkan ‘Subhanallah wabihamdihi Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya’ sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Bukhari: 5926)

Segala urusan anda dipermudahkan dan dosa-dosa diampunkan. Pahala pujian kepada Allah ini juga akan membantu memudahkan urusan kiamat anda nanti.

14. La Haula Wala Quwwata Illa Billah

Bacalah selalu La Haula Wala Quwwata Illa Billah sebagai tanda anda menyerah diri kepada Allah. Tiada kekuatan dan upaya melainkan dari pertolongan Allah SWT. Allah SWT akan membantu anda dalam apa jua masalah yang anda hadapi.

15. Astagfirullahalazdhim (Istigfar)

Mohonlah ampun dengan istigfar setiap hari 100 kali. Mulakan dari pagi sehinggalah sebelum anda tidur. Allah Maha Penyayang dan pasti akan menolong anda.

16. Ayat Seribu Dinar

Tolong tampal doa murah rezeki ini di workstation anda. Hari-hari anda melihat dan membacanya, rezeki anda pasti melimpah ruah. Cubalah doa murah rezeki ini. Ia tak dapat disangkal lagi.

Itulah dia 16 doa murah rezeki yang mustajab dan berkesan untuk anda amalkan. Jom baca juga Doa Nabi Daud Lembutkan Hati Seseorang, Doa pengasih untuk suami isteri dan Doa untuk suami dibaca isteri.

Rujukan:

  1. missnanie2530
  2. dananiaga2u
  3. lancarrezeki

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.