Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia yang dituntut dalam Islam. Adabnya lagi, lebih elok jika anda membawa buah tangan untuk orang sakit. Pasti si sakit akan berasa gembira dan benar-benar dihargai.

Sekurang-kurangnya mereka dapat gunakan pemberian anda sepanjang berada di hospital. Ia juga bertujuan untuk meringankan beban pesakit dan keluarga pesakit. Tapi, runsing juga bila fikirkan apakah idea buah tangan yang sesuai untuk diberikan kepada orang sakit.

Jangan runsing lagi, jom lihat 15 idea buah tangan untuk orang sakit. Pasti salah satu idea buah tangan ini boleh anda berikan kepada orang sakit. Ada buah tangan yang berupa makanan, barangan dan lain-lain lagi.

1. Bunga

Imej via [syafierayamin]

Anda boleh memberikan buah tangan bunga kepada orang sakit. Bunga di dalam jambangan ataupun pasu kecil boleh anda bawa. Idea ini amat menarik sekiranya pesakit yang anda lawati adalah wanita. Bunga tersebut bakal jadi peneman mereka di hospital atau rumah.

2. Buah-Buahan

Imej via [zayan]

Secara umumnya, seringkali kita melawat orang sakit dengan membawa sebakul atau sebungkus buah-buahan bukan? Ini kerana buah-buahan adalah makanan kesihatan yang penting dan sedap untuk anda nikmati jika sakit. Tak salah kan jika anda bawa buah-buahan kepada orang sakit, mereka tidak perlu membelinya lagi.

3. Lauk Pauk

buah tangan untuk orang sakit
Imej via [namakucella]

Macam tak percaya sahaja anda boleh bawa lauk pauk. Apa salahnya kan? Lauk pauk boleh dimakan oleh orang sakit dengan nasi di hospital. Tetapi bawalah lauk pauk yang tidak berminyak, yang sihat dan tidak memudaratkan orang sakit. Bahaya pula takut orang sakit terkena tulang ikan atau makan makanan pedas pula.

4. Teddy Bear Atau Bantal

Imej via [ebay]

Teddy bear sinonim sebagai hadiah untuk kanak-kanak, tetapi ia juga sesuai dijadikan hadiah untuk orang sakit terutamanya wanita. Anda boleh beli teddy baer yang besar atau sederhana. Jika teddy bear kecil, anda boleh jadikannya sebagai jambangan teddy bear yang comel.

5. Biskut Atau Roti

Ramai saudara mara atau keluarga si sakit akan membelikan makanan berupa roti untuk mengalas perut di hospital. Anda boleh membawa buah tangan berupa biskut atau roti untuk diberikan kepada orang sakit. Namun, tidak salah jika anda sedekahkan kepada keluarga mereka yang menjaga si sakit juga. Bolehlah kumpul sedikit pahala dan lakukan nilai-nilai murni sesama manusia.

6. Bubur

Imej via [vitdaily]

Bubur adalah makanan ruji bagi orang sakit. Selalunya ia merupakan menu makanan di hospital selain dari nasi, sup dan lauk. Buah tangan seperti bubur juga mungkin menepati citarasa pesakit yang anda lawati. Belikan sahaja sebungkus bubur sebagai buah tangan buat mereka.

7. Minyak Aromaterapi

Imej via [Starberita]

Minyak aromaterapi atau minyak yang boleh mereka sapukan di kepala dan badan juga boleh anda jadikan buah tangan. Ramai yang lebih sukakan minyak aromaterapi kerana dapat merehatkan minda dan otak. Emosi dan perasaan juga akan mula stabil apabila menghidu minyak aromaterapi ini.

8. Set Penjagaan Diri

buah tangan untuk orang sakit
Imej via [afizahnordin]

Set penjagaan diri yang boleh anda bawa adalah sikat, bedak powder, cotton bud, sapu tangan, spray mulut, deodorant dan lain-lain lagi. Set penjagaan diri ini mungkin ada gunakan untuk pesakit, siapa yang tahu kan? Tak salah juga jika anda ingin bawa set seperti berus gigi, ubat gigi dan juga shower mandian.

9. Stokin Dan Sapu Tangan

Imej via [Siraplimau]

Stokin dan sapu tangan mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan ia dilihat sebagai barang yang penting kepada orang sakit. Buatlah kelainan dengan memberikan keselesaan kepada orang sakit yang anda lawat di hospital. Mungkin sebenarnya mereka juga memerlukan stokin dan sapu tangan.

10. Losyen Wajah Dan Badan

buah tangan orang sakit
Imej via [maskulin]

Terasa lebih dihargai jika kita dihadiahkan dengan losyen wajah dan badan kan? Bukan apa, itu barulah lain dari yang lain. Menarik sikit daripada makanan semata-mata.

Orang sakit juga pasti akan menggunakan buah tangan yang anda beri jika mereka ingin wajah dan badan wangi dan selesa pada pagi dan malam hari terutamanya.

11. Bahan Bacaan Atau Majalah

Imej via [Amanz]

Bagi mengelakkan kebosanan orang sakit yang anda lawati, hadiahkanlah mereka bahan bacaan berupa majalah. Banyak majalah di pasaran atau kedai runcit boleh anda beli sebelum datang ke hospital.

Pastikan majalah yang anda beri sesuai dengan mereka. Janganlah hadiahkan majalah berkaitan automotif dan kereta kepada pesakit wanita pula.

12. Kain Tuala Atau Selimut

buah tangan untuk orang sakit
Imej via [Sidefu Textile]

Kain tuala atau selimut masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Orang sakit boleh gunakannya pada bila-bila masa yang mereka perlukan. Mereka juga boleh membawanya pulang untuk keperluan di rumah.

13. Susu

buah tangan untuk orang sakit
Imej via [Frisian Flag]

Anda boleh menjadikan susu sebagai buah tangan untuk orang sakit. Susu dalam botol ataupun kotak tiada masalah, asalkan ia mudah untuk diminum oleh orang sakit.

14. Makanan Sunnah

buah tangan untuk orang sakit
Imej via [arkadius gift]

Makanan sunnah seperti kurma, madu atau delima juga sesuai dijadikan buah tangan. Jika anda rajin, buatlah jus delima atau beli sahaja sebotol jus delima. Ia amat bagus untuk kesihatan.

15. Kasut Dalaman

buah tangan untuk orang sakit
Imej via [shopee]

Anda boleh memberikan kasut dalaman untuk dipakai di dalam bilik atau di hospital. Kasut ini selalunya dipakai di dalam rumah dan mempunyai pelbagai corak. Menariknya, ada juga corak berbulu-bulu. Ia memberi keselesaan kepada orang sakit dengan memakainya di hospital.

Anda sudah buat pilihan hadiah atau buah tangan yang ingin anda berikan kepada si sakit? Pilihlah buah tangan mengikut bajet dan kemampuan anda asalkan ikhlas memberi. Jom baca juga Spa Muslimah, Kebaikan Stevia dan Idea Doorgift Kahwin.

Rujukan:

  1. Google
  2. iluminasi
  3. Wanista

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.