Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

20 Resepi Makanan Bayi Usia 8 Bulan Ke Atas. Ringkas Dan Lazat!

Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi…

AnakDikemas kini 19 Februari 2018oleh Eyza Faizah
Pelbagai jenis makanan bayi yang sihat, ringkas dan lazat untuk umur 8 bulan ke atas

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Percaya atau tidak, seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat lagi menyelerakan. Mereka sebenarnya sudah boleh mula meneroka pelbagai rasa dan tekstur makanan walaupun masih belum tumbuh gigi. Ikuti perkongsian 20 resepi daripada Cik Nuie melalui laman Facebook peribadi beliau buat puterinya yang diberi nama Dawra Dzaqeera Binti Haswarie Fadiman. Kesemua resepi makanan bayi ini cukup ringkas, tidak menggunakan garam mahu pun gula, dan sesuai untuk anak seawal usia 8 bulan dan ke atas. Semoga bermanfaat!

1. Bubur Lemak Manis

  • Masak bubur dengan kismis dan ‘virgin coconut oil’ (VCO).
  • Kemudian campurkan dengan EBM (expressed breast milk) semasa ingin dihidangkan kepada si comel.

Bubur lemak manis untuk bayi

2. Bubur Labu & Leek

  • Masukkan beras, seulas bawang putih, sedikit hirisan leek dan sedikit labu yang dipotong dadu.
  • Masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing dan biarkan bubur masak sempurna. (Resepi ini menggunakan 1 ‘pot’ kecil beras dan 5 ‘pot’ air.)
  • Apabila bubur sudah masak, blend sedikit / lenyek semasa ingin dihidangkan kepada anak.

*Resepi ini sesuai dijadikan ‘travel food’ kerana ia dimasak dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Bubur labu dan daun bawang

3. Bubur Lambuk

Resepi bubur lambuk ini sesuai untuk anak yang tiada alah dengan santan.

  • Tumis bawang putih, halia dan sedikit isi ayam.
  • Setelah naik bau, masukkan hasil tumisan tadi ke dalam beras yang telah dibasuh bersih.
  • Tambahkan santan (Sukatan santan mengikut kepada berapa banyak air untuk beras).
  • Masukkan bahan lauk pilihan. Resepi ini menggunakan kentang, labu, brokoli, lobak, jagung, dan kacang peas.
  • Masukkan sesudu teh serbuk masak kurma ‘homemade’.
  • Tutup periuk nasi, tekan ‘cook’ dan tunggu sehingga bubur masak.

#menu10bulan Bubur lambuk dalam mangkuk

4. Pumpkin Pie Oatmeal

Hanya masukkan ‘rolled oat blend’, labu, kurma atau kismis ke dalam ‘slow cooker’ dan biarkan ia masak mereneh. Siap dan sedia untuk dimakan! *Boleh gantikan labu dengan epal atau pisang. Oatmeal labu untuk bayi

5. Apple Pie Oatmeal

  • Renehkan ‘rolled oat blend’, epal merah dan serbuk kayu manis sebentar di atas dapur.
  • Kemudian, ‘mash’ , gaul rata dan siap!

#menu8bulan Oatmeal rasa epal untuk bayi

6. Mash Potato Mix

  • Kukus kentang, lobak, epal dan kurma.
  • ‘Blend’  kesemua bahan dengan 1 sudu teh ‘Extra Virgin Olive Oil’ (EVOO) & ‘cream cheese’.
  • Hidangkan bersama sedikit ‘homemade kurma syrup’.

#menu8bulan Mash potato lembut untuk bayi

7. Mash Labu, Carrot With Cream Cheese

  • Kukus labu dan lobak.
  • ‘Mash’  bersama dengan ‘cream cheese’.

#menu8bulan Purée labu, lobak merah dan keju krim

8. Mash Potato WIth Chicken Cheese

  • ‘Steam’  kentang dan isi ayam.
  • ‘Blend’  kedua-dua bahan bersama ‘full fat yogurt’  dan ‘cream cheese’.

#menu9bulan Mash potato dengan ayam dan keju

9. Steam Tofu With Kurma Gravy

  • Potong tofu organik mengikut bentuk yang digemari dan ‘steam’ seketika.
  • ‘Steam’  kurma seketika dan ‘blend’  dengan air. Memandangkan rasa kurma adalah manis, kuah tersebut dibuat cair sahaja.
  • Tuangkan kuah kurma ke atas tofu organik yang telah siap di*‘steam’*  tadi.

#menu8bulan Tahu kukus dengan kuah kurma

10. Tofu Plumberry

  • Potong tofu organik mengikut bentuk kegemaran dan kukus seketika.
  • Untuk kuah, ‘blend’  buah plum dan blueberry. Kepekatan kuah terpulang kepada piihan masing-masing.

Memandangkan rasa tofu ini tawar, ianya sedap dimakan dengan buah-buahan yang masam manis. #menu9bulan Tahu dengan puréberi untuk bayi

11. Rice Pudding Pumpkin

  • Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
  • Masukkan EBM (expressed breast milk) apabila nasi hampir masak (sukatan air - 1 beras : 2 EBM). Tekstur nasi ini akan menjadi agak lembik.
  • Jika anak tiada alah dengan santan, boleh masak beras tadi bersama dengan santan (sukatan air - 1 beras : 2 santan).
  • Setelah nasi masak, boleh dimakan bersama puree buah kegemaran anak.

#menu8bulan Puding beras labu

12. Pumpkin Coconut Rice

Resipi ini lebih kurang resepi masak lemak, tetapi versi leburkan semua ke dalam ‘slow cooker’. Bahan-bahan :

  • Beras yang sudah dibasuh bersih.
  • Labu dipotong dadu.
  • Sedikit endadame.
  • Sedikit isi ayam atau isi udang (‘seafood’  seperti udang pada kebiasaannya sesuai untuk anak usia 1 tahun ke atas. Jika ingin beri lebih awal kepada anak, pastikan buat ‘4 days rule’  dan pantau sama ada anak mengalami alahan atau tidak kepada udang).
  • Sedikit ‘baby spinach’  (dihiris halus).
  • Santan segar mengikut sukatan yang sesuai dengan beras. (Boleh diganti dengan ‘full fat yogurt’ atau susu segar).

Langkah-langkah :

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam ‘slow cooker’.
  • Tambah sedikit serbuk ikan bilis ‘homemade’ dan tekan ‘cook’.
  • Setelah nasi masak sempurna, gaul rata dan taburkan bawang goreng.

Nasi kelapa labu untuk bayi

13. Mushroom Rice

  • Beras dibasuh bersih dan dimasukkan ke dalam periuk nasi atau ‘slow cooker’.
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan cendawan dengan ‘unsalted butter’.
  • Kemudian masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB).
  • Masukkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
  • Tambah sedikit isi ikan salmon yang telah dimasak sebagai sumber protein.
  • Tekan ‘cook’  dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.

Nasi cendawan untuk bayi

14. Multigrains Chicken Rice

  • Basuh bersih beras dan masukkan ke dalam ‘slow cooker’.
  • Masukkan isi ayam dan labu ke dalam ‘slow cooker’.
  • Masukkan sedikit ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) dan serbuk ikan bilis ‘homemade’.
  • Tekan ‘cook’  dan biarkan sehingga nasi masak sempurna.

Nasi bijirin campur dengan ayam

15. Baby Lemak Labu

  • Tumis bawang merah.
  • Masukkan santan dan serbuk ikan bilis ‘homemade’.
  • Gaul sentiasa supaya tidak pecah minyak.
  • Masukkn labu dan reneh sehingga empuk.
  • Tambahkan sedikit serbuk kunyit ‘homemade’.
  • Setelah siap dimasak, boleh dimakan bersama nasi lembik.

Bubur lemak labu

16. Shell Pasta With Anchovies Cheese

  • Rebus pasta dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan bawang merah.
  • Masukkan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB).
  • Masukkan ‘cream cheese’  dan sayuran pilihan.
  • Reneh sehingga kuah menjadi pekat.
  • Tambah serbuk ikan bilis ‘homemade’  dan masukkan pasta.
  • Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

Pasta kerang dengan ikan bilis dan keju

17. Creamy Spinach Pasta

Bahan-bahan :

  • Pasta
  • Sedikit keju
  • 1 cawan air
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit ‘baby spinach’
  • 1 cawan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) - boleh tambah sekiranya ingin lebih berkuah

Langkah-langkah :

  • Masukkan semua bahan ke dalam ‘slow cooker’  dan biarkan ia masak sempurna.
  • Boleh taburkan sedikit ‘homemade chicken floss’  sebelum dihidang.

#menu8bulan Pasta krim bayam

18. Vege Pasta Mac & Cheese

  • Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
  • Masak cendawan bersama ‘homemade chicken bone broth’ (CBB), ‘cream cheese’  dan ‘full fat yogurt’.
  • Gaul rata kesemua bahan sehingga mendidih dan masukkan pasta.
  • Sagat keju di atasnya semasa ingin dihidang kepada si manja.

#menu10bulan Pasta sayur mac dan keju

19. Mac & Cheese

  • Rebus pasta sayuran dan ketepikan.
  • Cairkan ‘unsalted butter’.
  • Masukkan 1 sudu besar ‘homemade rice cereal’.
  • Masukkan seulas bawang putih yang dicincang dan tumiskan bersama kesemua bahan tadi.
  • Masukkan isi ayam dan air (boleh diganti dengan susu segar / santan)
  • Masukkan keju dan biarkan ia pekat (jika terlalu pekat, tambah sedikit air).
  • Masukkan pasta yang telah direbus tadi.
  • Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

#menu11bulan

Purée kentang berkrim

 

20. Potato Creamy

  • Kentang dipotong dadu.
  • Rebus kentang seketika dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan tumiskan sekali.
  • Masukkan ‘homemade chicken bone broth’ (CBB) dan reneh sehingga semua bahan empuk.
  • Masukkan sayuran pilihan.
  • Masukkan ‘full fat yogurt’ / susu segar.
  • Setelah semua bahan masak sebati, boleh taburkan keju yang telah disagat ke atasnya dan sedia untuk dihidang.

#menu11bulan

TIPS BUAT IBU AYAH

Pastikan anak telah melepasi fasa pertama makanan pejal (4 days rule untuk setiap jenis makanan yang baru diperkenalkan) sebelum mula mencampurkan makanan-makanan tersebut mengikut resepi. Ia bertujuan mengenalpasti reaksi anak terhadap makanan tersebut sama ada anak mengalami alergi atau tidak. Jika anak mengalami alergi atau alah apabila makan sesuatu makanan itu, ‘hold’ dahulu makanan tersebut dan perkenalkan kembali makanan itu kepadanya kelak. Semoga dengan makanan yang lazat lagi berkhasiat daripada hasil air tangan seorang ibu, anak-anak akan membesar dengan sihat dan bijak. Selamat mencuba!   *Sumber asal resepi makanan bayi ini adalah hasil perkongsian Cik Nuie melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.