Zikir berasal daripada perkataan Arab (ذکر) yang bermaksud ingat atau sebut. Dalam Islam, zikir adalah salah satu ibadah yang dianjurkan untuk sentisa mengingati Allah swt.

Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah ‘Subhanallahi Wa Bihamdih’.

Ini berdasarkan suatu hadis,

Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad saw “Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah?” Muhammad menjawab, “Subhanallahi wa bihamdih (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagiNya).” (HR Muslim)

Hukum Berzikir

zikir biji tasbih

Imej via nu

Zikir adalah amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam. Ini kerana, ia bukan sahaja ibadah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw, malah terdapat banyak saranan agar kita berzikir kepada Allah swt di dalam al-Quran dan hadis.

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, Ayat 41-42)

“Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu.” (Surah al-Baqarah, Ayat 152)

“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (Surah Al Jumu’ah, Ayat 10)

“Mahukah kuberitahukan kepadamu suatu amalan yang paling baik dan paling suci disi Tuhanmu, dan paling menaikan darjatmu, dan lebih baik bagimu daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagimu daripada berjuang melawan musuh, kamu membunuh musuh atau musuh membunuhmu?” Para sahabat menjawab, “Ya” Sabda Nabi saw “Zikrullah.

(HR Ahmad, Tarmidzi & Ibnu Majah)

Zikir Harian Mengikut Sunnah

Walaupun tujuan zikir adalah untuk kita mengingati Allah swt, agar kita sentiasa ingat bahawa kita ini hamba Allah yang serba lemah dan tidak terlepas dari bergantung harap kepada Allah swt. Namun, ibadah zikir yang terbaik adalah mengikut zikir yang diamalkan oleh Nabi saw. Lafaz zikir yang diratib seharusnya mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi saw.

Tidak ada lafaz khusus yang disunatkan untuk dibaca pada hari-hari tertentu. Kita bebas untuk mengamalkan apa sahaja lafaz zikir yang diajarkan oleh Nabi saw mengikut kemampuan kita.

Tidak terbatas kepada hari apa dan waktu bila. Namun, ada sesetengah lafaz zikir yang Nabi saw mengesyorkan agar dibaca sebanyak sekian jumlah seperti dalam hadis ini.

tasbih

Imej via desain-islam

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw beliau bersabda, “Barangsiapa yang membaca ‘Subhanallah’ setiap selesai solat 33 kali membaca ‘Alhamdulillah’ 33 kali, membaca ‘Allahu Akbar’ 33 kali hingga menjadi 99”.

Beliau bersabda, “Lalu disempurnakan menjadi seratus dengan ‘Laa ilaha illallah wahdahu’ laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, diampuni dosanya sekalipun seperti buih lautan.” (HR. Muslim)

Adab Berzikir

  1. Ucapan zikir hendaklah dengan suara perlahan seperti berbisik. Hal ini dijelaskan dengan maksud ‘Fi nafsika (pada dirimu)’, bererti jangan sampai didengar orang lain. Cara ini lebih hampir kepada ikhlas, dimakbulkan dan jauh daripada riak.
  2. Berzikir dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri dan mengakui kekurangan dan kelemahan diri pada Allah swt.
  3. Dilakukan dengan perasaan taqwa (takut kepada Allah swt). Bimbang jika amalan tidak diterima oleh Allah swt. Oleh itu, kita sentiasa berusaha berzikir dengan ikhlas dan persembahkan amalan yang terbaik kepada Allah swt.
  4. Zikir dilafazkan dengan lisan, bukan sekadar dibaca dalam hati. Namun, bacaan lisan zikir secara perlahan sahaja. Berkata Ibnu Kathir, “FirmanNya, ‘Dengan tidak menyaringkan suara’; beginilah zikir sewajarnya dilakukan, bukan dengan cara memanggil, dengan suara kuat mahupun keras”. (Tafsir Ibnu Kathir, 3/544)

7 Bacaan Zikir Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

#1 Sabda Nabi saw,

مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ لا إلٰهَ إلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله مَائَةَ مَرَّة جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالقَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ

Maksudnya, “Barangsiapa setiap hari membaca Laa Ilaaha Illallahu Muhammadur Rasulullah (Tidak ada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah) sebanyak 100 kali, maka ia datang pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama”. (Kitab Lubabul Hadis)

#2 Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda,

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍقَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ

Maksudnya, “Barang siapa yang membaca Laa Ilaaha Illallahu Wahdahuu Laa Syarika Lahuu, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Wa Huwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qodir (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak,

ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) setan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) zikir ini”. (HR. Bukhari dan Ibnu Majah)

#3 Sabda Nabi saw,

من قال في يومه مائة مرة لا اله إلا الله الملك الحق المبين كان له أماناً من الفقر وأنساً من وحشة الق وفتحت له أبواب الجنة

Maksudnya, “Barangsiapa membaca pada pagi hari 100 kali Laa Ilaaha Illallaahul Malikul Haqqul Mubin, maka akan merupakan jaminan aman dari kemiskinan, akan menjadi kesenangan dalam kuburnya dan terbuka baginya pintu-pintu syurga.” (HR. Al Khatib, Abu Naimdan Ibn Abdul Bar)

#4 Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda,

 مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ 

Maksudnya, “Barangsiapa mengucapkan Subhaanallaahi Wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya (dosa) akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu majah dan Imam Malik)

#5 Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw juga merupakan salah satu lafaz zikir harian yang boleh diamalkan. Seperti mana dalam hadis Nabi saw,

مَنْ صَلّى عَلَيَّ وَاحِدةً صَلّى الله عَلَيْه عَشْراً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ عَشْراً صَلّى الله عَلَيْهِ مائَةً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ مائَة كَتَبَ الله لَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ بَرَاءةً مِنَ النِّفَاقِ وَبَرَاءَةً مِنَ النَّارِ وَأَسْكَنَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مَعَ الشّهَدَاءِ

Maksudnya, “Barangsiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat untuknya sepuluh kali, dan barangsiapa berselawat untukku sepuluh kali,

maka Allah berselawat untuknya seratus kali, dan barangsiapa berselawat untukku seratus kali, maka Allah menulis diantara kedua matanya kebebasan dari nifak, dan kebebasan dari neraka dan ditempatkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang mati syahid.” (HR. At-Tabrani)

#6 Dari Ibnu Umar dia berkata

إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ يَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ مِائَةَ مَرَّةٍ

Maksudnya, “Apabila kami menghitung ucapan Rasulullah saw dalam suatu majlis, “Rabbighfirli Watub ‘Alayya Innaka Antat Tawwabur Rahim” (Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Maha penerima taubat dan maha penyayang) beliau mengucapkannya sebanyak seratus kali.” (HR. Ibnu Majah & Abu Daud)

#7 Dari Ka’ab bin ‘Ujrah ra, Rasulullah sawbersabda,

مُعَقِّباتٌ لاَ يَخِيبُ قَائِلُهُنَّ أَوْ فَاعِلُهُنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ: ثَلاثٌ وَثَلاثونَ تَسْبِيحَةً وَثَلاثٌ وثَلاَثونَ تَحْمِيدَةً، وَأرْبَعٌ وَثَلاَثونَ تَكْبِيرَةً

Maksudnya, “Ada beberapa kalimah pengikut yang tidak akan merugikan orang yang mengucapkannya atau melakukannya di akhir setiap solat wajib iaitu, tiga puluh tiga kali tasbih (Subhanallah), tiga puluh tiga kali tahmid (Alhamdulillah), dan tiga puluh empat kali takbir (Allahu Akbar).” (HR. Muslim)

Kesimpulan

takwa zikir

Imej via akhbarislam

Amalan zikir sangat-sangat dituntut dlam Islam. Ia juga adalah ibadah sunat yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Mudah-mudahan amalan zikir kita yang sedikit setiap hari bukan sahaja dapat membuatkan kita sentiasa ingat kepada Allah swt, Tuhan sekelian alam. Tetapi juga dapat membuktikn kecintaan kita kepada Nabi saw kerana mengikuti sunnahnya.

من احيا سنتي فقد احبني ومن احبني كان معي فى الجنة

Maksudnya, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya (bukti) dia mencintaiku, dan barangsiapa mencintaiku maka ia akan bersamaku disyurga.” (HR at-Tirmizi)

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan amalan zikir harian yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Rujukan:

  1. Sinar Harian
  2. Abu Basyer
  3. Wikipedia
  4. Rumaysho
  5. Dalamislam

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .