Saya kagum dan terkesan lihat isteri, wanita yang sangat tabah. Saat suaminya sedang sibuk bekerja dia menguruskan anak-anaknya. Mereka juga bekerja tapi tetap kena uruskan semuanya.

Bangun pagi dia uruskan suaminya ke tempat kerja. Siapkan anak-anak ke sekolah. Kejut anak-anak bangun setiap pagi. Bukan sehari tapi dah bertahun lamanya. Tidak pernah jemu menguruskan semua ini. Kadang-kadang di marahi atau dikasari suami dan anak-anak ketika mengejutkan mereka. Dia terus memujuk hati dan terus menguruskan keluarga.

Siapkan minum pagi dan barang-barang suami dan anak-anak. Gosokkan pakaian suami dan anak-anak. Kadang-kadang terasa letih dan nak marah bila kena marah. Duduk sekejap tadah tangan

“Ya Allah. Tolonglah Ya Allah. Tolonglah”

Kemas rumah yang bersepah dan melayan anak-anak. Pastinya rumah ni akan bersepah semula bila anak-anak balik nanti. Siapkan makanan tengah hari. Anak-anak balik selalunya akan campak beg. Campak baju. Campak stokin. Campak semua barang mereka. Terus sibuk bermain atau nak makan. Wanita tadi terus menguruskan rumahtangga.

Begitulah sepanjang hari. Basuh baju, jemur baju, angkat baju. Lipat baju, kemas baju dalam almari. Kadang-kadang terasa rumah macam dobi, restoren, panggung wayang buat anak-anak. Taman permainan kerana riuh rendah tangisan dna jeritan anak-anak. Setiap hari bergurau adik baradik selepas tu bergaduh.

mengaji

productivemuslim.com

Maafkanlah wanita ini jika mereka menjerit. Mereka marah. Mereka tak cantik. Mereka membebel. Mereka kurang senyum. Bantulah mereka dan doakan mereka. Urutkan mereka dan belai mereka.

Tapi kadang-kadang mereka terlebih penat. Mereka cubit anak-anak. Jerit kuat-kuat. Suami tambah marah dan tak faham dan tak bantu. Suami tidur dalam keadaan marah.

Isteri menangis seorang diri kadang-kadang. Isteri belum tidur dan buka beg tangan dan ambil wristlet/ beg duit mereka keluarkan di celah-celah tu gambar suami mereka dan menangis. Abang minta maaf. Saya salah. Cakap seorang diri.

Isteri solehah mereka sentiasa nak gembirakan hati suami. Apa sahaja yang menggembirakan hati suami mereka. Itu kegembiraan mereka. Seorang suami yang soleh juga sentiasa berusaha memenuhkan keperluan dan bahagiakan isteri mereka. Dan paling utama mereka ingin redha Allah dan cinta Allah. Ingin bersama dalam syurga.

Mereka tadah tangan pada Allah. Mereka sangat tabah dan kuat. Wanita dilahirkan dengan sifat yang sangat kuat untuk berkorban. InsyaAllah tempat yang tinggi buat mereka dalam syurga. Doa dan kerana Allah buat mereka sentiasa kuat. Mereka tak macam wanita biasa. Walau adakalanya mereka juga menangis dan bersedih. Tapi mereka cepat kuat kerana mereka ada Allah.

PREGNANT

pinterest.com

Suami mereka terjaga dari tidur kerana merasai sedang didoakan. Mereka berpelukan dengan perasaan semakin rapat dan berkasih sayang. Cinta Allah segala-galanya.

Ya Allah berilah ibu, isteri, semua wanita yang kami cintai dan semua wanita dalam dunia terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan ini sehingga sampai syurga. Berilah wanita ini semua syurga paling tinggi. Mereka tidak akan pernah menyesal atas setiap susah dan pengorbanan yang mereka berikan.

Wahai wanita seluruh dunia teruslah buat baik pada Allah dan suami. Takkan rugi orang buat baik dan bersangka baik. Allah jaga dan takkan sia-siakan kamu wahai wanita

Penulis: Ebit Lew

Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .