Bertuahnya anak-anak mempunyai seorang ibu yang pandai masak. Kebiasaannya masakan ibu adalah masakan yang paling sedap bagi seorang anak. Ini kerana ibu akan memasak dengan penuh kasih sayang.

Bagi seorang ibu moden yang kurang ilmu dalam memasak, mereka akan merasa rendah diri dan tergugat kerana tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak mereka. Oleh kerana si ibu tidak pandai memasak, anak-anak jarang dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh seorang ibu dan selalunya akan menikmati masakan dari pembantu rumah atau yang dibeli dari kedai.

resipi sarapan tidak pandai masak

Perkara ini sedikit sebanyak akan menimbulkan jurang kemesraan di antara seorang ibu dan anak. Adakalanya si anak akan merasa kecewa kerana permintaan mereka untuk merasa masakan ibu seperti kawan-kawan lain tidak dapat di tunaikan. Perkara ini akan menimbulkan tekanan kepada si ibu itu sendiri.

“Mama masaklah, adik nak bawa bekal ke sekolah, kawan-kawan adik selalu bawa bekal, mama mereka masak sendiri”. Rungut si anak kepada ibunya. Situasi sebegini sentiasa berlaku yang membuatkan si ibu sedikit tercabar dan tergugat.

Bagi wanita yang berkejaya, mereka agak sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk belajar masak, tetapi ada juga yang sudah tersedia pandai kerana telah mempelajarinya sejak kecil. Bagi ibu yang bekerja, anda boleh mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk belajar masak. Anda boleh belajar dari yang mudah dan senang dahulu sebelum beralih kepada masakan yang lebih komplek.

Seorang ibu yang mengambil berat mengenai kehendak keluarganya, akan cuba untuk mencuri masa mereka dengan bijak agar dapat meluangkan masa bersama keluarga dan akan menimbulkan kemesraan walaupun sibuk dengan kerja. Si ibu boleh mengajak anak-anak untuk menolongnya di dapur sekaligus dapat merapatkan hubungan dengan anak. Walaupun masakan anda tidaklah ssesedap mana tetapi ia akan menjadi hidangan yang paling sedap untuk anak-anak kerana anda telah menyiapkannya dengan penuh kasih sayang bersama mereka.

Biasakanlah diri untuk menyiapkan sarapan kepada anak anda sebelum pergi kerja, dengan ini anak-anak akan merasa lebih dihargai dan disayangi walaupun hanya sekadar sarapan ringkas tetapi dari air tangan anda sendiri.

Masakan tidak semestinya perlu begitu sempurna tetapi perlu rajin untuk menyediakannya keran kesungguhan akan melahirkan kenikmatan dalam masakan tersebut. Anak-anak akan terhindar dari bahaya makan di luar jika anda selalu memasak di rumah.

 

 

Kredit gambar kepada : http://pts.com.my

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.