Tahukah anda bahawa ada waktu-waktu tertentu dalam islam yang dilarang mandi. Hal ini kerana, ada yang mengatakan bahawa jika mandi waktu-waktu ini akan membawa kemudaratan terhadap tubuh badan. Itu khabar angin masyarakat kini yang mungkin terjadi terhadap diri mereka.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 waktu dilarang mandi yang kami ambil dari Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau merupakan doktor pakar keluarga di klinik di Dungun, Terengganu.

3 waktu dilarang mandi
Image via Doktorsehat.com

Antara waktu yang dikatakan dilarang mandi adalah :

  • 30 minit setelah asar.
  • Setelah maghrib.
  • Setelah Isyak.

Menurut kajian sains, sebenarnya waktu-waktu ini tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan. Malah ia hanyalah mitos semata-mata. Dr. Suhazeli akan menerangkan secara terperinci mengenai hal ini.

3 waktu yang dikatakan dilarang mandi

A. 30 minit setelah solat Asar

Darah badan kita senantiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah samada sejuk atau terlalu panas.

Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi tidak pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.

B. Setelah Maghrib

Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 – 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah. Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair.

Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita. Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Letrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.

C. Selepas Isya’

Jika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirehat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah keseluruh tubuh. Mandi selepas isya’ tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair.

Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker.

*Selepas ini, harap anda tiada lagi perasaan ragu-ragu untuk mandi lagi. Selain itu, anda dapat membersihkan diri dengan sempurna dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.

Mitos hanyalah sekadar cerita rekaan sahaja tanpa ada usul kajian sains yang terperinci dan janganlah kita mudah percaya dengan mitos. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .