Tadi bercakap dengan seorang kenalan yang baik di masjid yang baru dikenali. Rupanya garang dan sangat bengis rupanya. Minum dan berbual bersama.

Tiba-tiba saya kata padanya semua orang yang mengenal Allah akan menghargai isterinya. Sebenarnya isteri kita berkorban banyak untuk kita. Tak terkira banyaknya.

sayang isteripixgood.com

Kita berdakwah dan bekerja dapat jumpa banyak orang lain. Kita ramai kawan. Dapat dengar macam-macam ceramah dan nasihat. Ke sana ke sini. Walaupun penat.

Tidak sama seperti isteri. Mereka banyak masa dalam 4 penjuru rumah. Anak menangis, berak, tukar pampers, sepah rumah, suap makanan, mandikan anak. Kutip baju, basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju, kemas dalam almari.

Kena cari baju. Kenal setiap baju suami dan anak-anak. Lemas dalam rumah mereka. Segala perkara mereka uruskan. Didik dan layan anak-anak 24 jam. Mereka berusaha jaga aurat dan maruah mereka. Itulah ibu dan seorang isteri.

Saat kita balik rumah kita kena hargai mereka. Senyuman kita ubat buat mereka. Senyum lebar-lebar. Tiada orang lebih kuat kerja dan fikir buat manusia seluruh alam seperti Nabi saw tapi beliau orang paling banyak senyum.

Picit belakang mereka. Khidmat di rumah. Beri kasih sayang buat mereka. Beli hadiah. Beli bunga. Ucapkan cinta sayang dan terima kasih buat mereka.

Sebab itulah Umar ra tidak marah bila isterinya membebel. Kerana dia tahu isterinya rindukannya dan berkorban demi manusia yang lain. Nabi saw tidak pernah marah isterinya bergaduh dan jatuhkan makanan/ protes depan sahabat rhum.

Tetapi isteri Nabi saw dan isteri sahabah rhum menjadi manusia paling mulia. Mereka wanita terbaik dalam dunia.

Tiba-tiba kawan saya menangis. Ustaz, saya tidak pernah lembut dan senyum dengan mereka. Sudah tiga tahun berkahwin. Saya keras dan kasar. Terima kasih ustaz. Dia peluk saya dan menangis.

Itulah kesan berada di jalan Allah. Hati lembut mendengar nasihat. Ya Allah berilah beliau dapat berkasih sayang dengan isteri dan anaknya.

Sedih rasanya jika berkasar dengan orang yang kita sayang dan mereka pun sayang kita

Penulis: Ebit Lew

Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.