Syukur adalah suatu yang sering diucapkan, tetapi adakah kita benar-benar memahami maksudnya. Adakah kita benar-benar hidup di atas jalan syukur?


syukur

Bagaiamana untuk bersyukur Ustaz? [Datakay]


 

Seorang wanita sedih telah bertanya akan hal ini.

Ustaz saya hendak bertanya bagaimana saya hendak bersyukur? Ustaz selalu bercerita pasal syukur. Tetapi bagaimana ya?

Menurut wanita tersebut, suaminya seorang yang lambat, slow,kurang perasaan, lurus dan tidak suka membantu. Ini membuatkan dirinya tidak senang dengan sikap dan tingkah laku suami.

Dia merasakan hendak marah sahaja kerana tidak boleh memahami jiwa suaminya. Wanita itu berasa tertekan dan berserabut. Wanita itu inginkan jawapan cara bagaimana untuk bersyukur dan mahukan suaminya berubah.

Hayati Maksud Syukur

Syukur pada Allah s.w.t wujud dari hati yang apabila kita belajar tunduk pada Allah s.w.t dan kerana Allah s.w.t. Semuanya menjadi manis.

Jawapan saya pada wanita tersebut adalah, dia haruslah bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang lambat dan lurus. Hal ini kebiasaannya lelaki sebegitu adalah setia. Ini menunjukkan dia mencintai puan seorang.

InsyaAllah saya percaya dia akan jujur dengan pasangan. Dia akan jaga pasangannya semasa pasangannya sakit nanti.

“Betul ke suami puan begitu?”

Tanya saya padanya.

“Ya ustaz. Suami saya memang begitu. Dia memang boleh dipercayai.”

Tambah saya lagi. Jika puan ingin dibantu untuk membuat kerja rumah, cubalah puan minta secara satu-persatu padanya. Contoh seminggu ini cubalah puan minta tolong dengan suami, “abang tolong buangkan sampah yang banyak ini di tong sampah luar”.

Sekali sekala cakap dari dapur,goda sesikit dirinya. Kata padanya, “Abang, I love u.”

Suami pasti berlari pergi ke dapur ingatkan ada hal. Rupanya, ingin meminta tolong membuang sampah. Petua ini telah ramai sudah amalkan dan amat berkesan.

Selepas seminggu ajari pula dirinya perkara lain. Walaupun wanita suka kejutan dan pertolongan tanpa diminta tetapi kadang-kadang memendam dan membiarkan semua yang diinginkan berlalu tanpa penyelesaian dan dizahirkan pada suami lebih memeritkan jiwa.

Beritahu pada suami.

Cuba Lahirkan Perasaan Syukur Untuk Merasainya

Allah jadikan pasangan suami isteri semuanya ada kelemahan dan kekurangan. Bersama-samalah menuntut ilmu, mendoakan, dan bertolak ansur serta bersyukur ialah rahsia bahagia dalam rumahtangga..

Cuba puan sebut.

Ya Allah s.w.t terima kasih kerana memberikan aku suami yang setia, dan kehidupan yang baik dan tulislah di kertas kebaikan suami..

Ish nak kena buat ke ustaz? Tanya wanita itu

Puan cuba tulis. Menulis ini membuat akal berfikir dalam mencari baik dalam buruk dan menulisnya memerlukan hati yang ikhlas dan syukur.

Dia pun mula menulisnya dengan air mata. Mula-mula lambat tangannya bergerak tetapi semakin lama air mata semakin laju dan tangan pun semakin laju.

Itulah syukur. Itulah cinta yang lebih manis dan boleh memadamkan segala kepahitan dan sakit.

Buat lelaki.Jangan lupa beri duit nafkah mengikut kemampuan dan yang wajib. Serta jangan lupa untuk tolong membuang sampah tanpa diminta. Itu sangat menggembirakan isteri hari ni.

Penulis: Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.