Anak yang ada ekzema boleh dijangkiti infeksi pada kulit dengan mudah. Yang sering dijangkiti adalah bacteria dari jenis streptococcus atau staphylococcus.

ekzema kanak-kanak

Imej:healthyvitagarden

Bakteria ini ada di sekeliling kita tapi kulit yang utuh tidak dijangkiti sebab kulit ada perlindungan semula jadi termasuk bakteria probiotik yang berada atas kulit. Kulit anak ekzema tidak ada perlindungan ini.

Ada berapa keadaan yang menyebabkan jangkitan:

1. Terdedah pada tempat banyak kuman seperti tempat mainan anak dalam pasaraya.

2. Tempat bertanah dan berpasir, lebih lagi yang ada najis binatang.

3. Tempat berhabuk.

4. Mengunakan tepung, minyak dan sapuan yang sudah berkuman( contaminated) tanpa disedari.

5. Pakaian dan kain yang tercemar dengan kuman. Jika ada kudis bernanah basuh pakaian berasingan
Masukkan satu tutup Cholorox dalam baldi air untuk rendam sebelum basuh.

Maka, anak ekzema perlukan perlindungan dengan basuhan yang boleh cegah bakteria patogen tanpa gsnggu sistem perlindungan kulit.

#Contoh basuhan sepert Calendula atau Echinacea mother tincture yang boleh dititiskan pada air bersih. Air bertapis dimana tapisnya nyahkan bakteria .

#Epsom salt juga boleh digunakan.

#Bila ada radang boleh juga gunakan Povidone yang dicairkan.

#Selepas dibasuh kawasan mekecet boleh disapukan atau semburkan dengan minyak yang ada kuasa antiseptic seperti teatree, eucalyptus dan sebagainya.

#Balutan dengan bandage bersih yang dibasahkan dengan Calendula mother tincture boleh juga digunakan semasa kulit melecet untuk hindarkan infeksi.

Jangan lupa rawatan dalaman yang saya sudah banyak kali sebut sebelum ini untuk sihatkan usus dan tingkatkan sistem immune.

Penulis: Dr Suriyakhatun

Merupakan doktor yang mempunyai klinik di Melaka.Pakar dalam hal perubatan kanak-kanak dan pengamal Homopati.Merupakan graduan Universiti Alexandria, Mesir pada tahun 1980.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.