Ubahsuai dapur atau renovate dapur adalah perkara yang menyeronokkan! Pasti mak-mak excited nak masak dengan dapur baru kan? Tetapi jangan gelojoh, takut-takut tersilap ubahsuai dapur pula nanti. Sebelum ubah dapur, terdapat beberapa faktor yang harus anda titik beratkan dan perlu berbincang dengan kontraktor anda.

Ubahsuai dapur atau renovate dapur adalah perkara yang menyeronokkan! Pasti mak-mak excited nak masak dengan dapur baru kan? Tetapi jangan gelojoh, takut-takut tersilap ubahsuai dapur pula nanti. Sebelum ubah dapur, terdapat beberapa faktor yang harus anda titik beratkan dan perlu berbincang dengan kontraktor anda.

Jika anda serahkan bulat-bulat kepadanya, kemungkinan akan berlaku perselisihan pendapat sekiranya anda tidak berminat dengan reka bentuk atau ubahsuai dapur yang telah mereka lakukan. Bagi mengelakkan terjadinya situasi tersebut, anda perlu membuat perancangan dan gambaran awal dapur yang anda inginkan.

Setidak-tidaknya, ketahui beberapa tips penting dan petua ubahsuai dapur yang boleh anda ikuti. Jom lihat antara tips dan petua ubahsuai dapur seperti berikut.

Related image
Imej via [decorpad]

1. Persediaan Ubahsuai Dapur

Adalah lebih baik untuk anda mengosongkan dapur anda terlebih dahulu sebelum kontraktor mula mengubahsuai dapur. Persediaan ini perlu anda buat supaya tidak ada barang-barang yang hilang atau rosak sepanjang berada di dapur. Lebih elok lagi, kosongkan semua barang-barang anda di ruangan dapur.

2. Perbincangan Secara Menyeluruh

Ada orang yang hari ini cakap lain, esok lusa setelah dipengaruh dia mahu yang lain pula. Elakkan daripada bertukar-tukar fikiran kerana sekali anda memilih gaya ubahsuai dapur anda, ia akan memudahkan pihak kontraktor. Oleh itu, pilihlah gaya ubahsuai dapur yang benar-benar tepat anda mahukan.

3. Pilih Jenis Lantai

Ramai yang tak tahu untuk membuat pilihan jenis lantai dapur. Antaranya adalah mozek, vinyl floor, granit, batu, kaca, linoleum dan macam-macam lagi. Tiada masalah jika ia tidak sama dengan lantai satu rumah.

Sebaiknya anda menggunakan lantai vinyl untuk dapur kerana ia tahan lama sehingga 20 tahun dan berkualiti berbanding lantai jenis lain. Selain memiliki tekstur yang halus, ia terdapat dalam pelbagai jenis warna juga.

ubahsuai dapur
Imej via [homfurniture]

4. Perancangan Pemasangan Kabinet

Ubahsuai dapur selalu dikaitkan dengan pemasangan kabinet. Selalunya, kabinet adalah perkara atau tujuan utama yang anda inginkan untuk ubahsuai dapur. Senanglah nak letak barang-barang dan perkakas dapur selepas ini.

Pastikan anda merancang kedudukan kabinet dapur yang bakal diletakkan di dapur anda. Kedudukan dan saiz kabinet perlu anda anggarkan supaya dapur anda tidak kelihatan kecil.

5. Pemilihan Jenis, Corak Dan Warna kabinet

Biarpun jenis kabinet dapur adalah sama dan tiada beza tapi pastikan anda beritahu dengan jelas kepada kontraktor sama ada anda mahukan pembahagian di antara kabinet tersebut. Bolehlah anda letak barang di sudut atas dan bawah dalam satu kabinet.

Jenis Kabinet

Selain itu, pastikan kabinet anda lengkap dengan penutup atau pintunya. Ada kontraktor yang buat kabinet sahaja tanpa ada penutup. Itulah pentingnya untuk anda bertanya dan berbincang dengan mereka.

Corak Dan Warna Kabinet

Bagi corak dan warna kabinet dapur, hitam, putih atau coklat adalah pilihan terbaik untuk menampakkan rumah anda eksklusif, kemas dan cantik. Namun, bergantung kepada anda untuk samakan dengan tema warna rumah anda, juga tiada masalah.

Related image
Imej via [dwell]

6. Ruang Dan Saiz Dapur

Pastikan anda bayangkan bagaimana ruang dapur anda selepas selesai ubahsuai nanti. Jika ada mempunyai penambahan ruang yang ingin anda jadikan sebagai bar atau dinding meja, pastikan ia tidak mengecilkan ruang dapur anda.

Jika ruang dapur kelihatan kecil, cukuplah sekadar buat kabinet dapur bawah dan atas sahaja. Ubahsuai penambahan bar ala-ala meja makan tidak sesuai jika dapur anda bersaiz kecil.

7. Sinki Dan Paip

Perkara yang paling kita anggap remeh ini bakal menjadi masalah sekiranya ubahsuai dapur dilakukan tanpa perancangan. Ada kontraktor yang memasang sinki di ruang tengah dan dapur di penjuru dapur, ada juga sebaliknya.

Ruang sinki dan paip sedia ada boleh diubah tetapi turut perlu mendapatkan kebenaran daripada anda. Oleh itu, tetapkanlah ruang sinki yang sepatutnya pada dapur anda. Sebaiknya, ia perlu berada di hujung penjuru atau berdekatan mesin basuh. Bukannya di tengah-tengah dapur.

Related image
Imej via [sarstroyka]

8. Plug Dan Suiz

Ubahsuai dapur akan berjalan dengan lancar tetapi akan berlaku masalah setelah selesai sekiranya suiz dan plug tidak berada di tempat yang sepatutnya. Anda boleh meminta mereka menambah plug untuk kegunaan seperti menggunakan microwave, pembakar roti, pengisar dan sebagainya.

9. Aliran Udara Dapur

Kipas udara dapur berfungsi menyedut segala asap atau haba yang berada di dapur terutamanya ketika anda memasak. Untuk mendapatkan aliran udara yang baik, pastikan anda memasang kipas udara dapur dalam proses ubahsuai dapur berlangsung.

10. Perabot Di Dapur

Setelah selesai hal berkaitan lantai, kabinet dan sebagainya, barulah anda boleh fikir dimana untuk letakkan meja, kerusi, peti ais dan lain-lain. Ruang yang kemas dan cantik adalah ruang yang tidak terlalu padat dengan barang.

Related image
Imej via [hasnyjalil]

11. Barangan Dan Peralatan Dapur

Peralatan dapur dan barang-barang dapur juga boleh disusun di kabinet yang telah disiapkan. Semasa ubahsuai dapur, anda boleh merancang dimana untuk anda letakkan barang-barang tersebut.

Anda juga boleh meminta kontraktor menggunakan grill untuk membuat rak tambahan untuk meletak barang-barang kecil atau perhiasan di dapur. Tak salah kan? Anda juga boleh menghias dapur secara kreatif.

12. Hiasan Dan Aksesori

Hiasan dan aksesori dapur amat penting untuk kecantikan dan kesegaran dapur anda. Jika anda ingin meletakkan kata-kata menarik atau gambar-gambar serta buku masakan, sediakan ruang khas untuk itu. Jika mahu letakkan pokok hidup kecil yang segar, fikirlah ruang yang sesuai untuk pokok tersebut di dapur.

Related image
Imej via [desainrumahid]

Itulah dia 12 tips ubahsuai dapur penting untuk anda ketahui. Ia sedikit sebanyak pasti akan membantu anda. Jom baca juga jenis tepung, cara simpan telur yang betul dan tips jadikan penghawa dingin seperti baru.

Rujukan:

  1. rumahlia
  2. impiana
  3. iproperty

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.