Adakah anak anda di antara mereka yang disahkan menghidapi tonsil? Jadi, persoalan seterusnya perlukah anak anda dikuarantin di dalam rumah, mengelak pergaulan dengan orang lain seperti untuk penyakit-penyakit tertentu?

Mesti ibu bapa risau dan bingung jadinya, takut nanti anak-anak tidak dapat masuk belajar ke sekolah pula seperti buda-budak lain pada usia mereka. Mari kita lihat pendapat pakar telinga, hidung dan tekak iaitu Dr Ezairy M.Sallih mengenai tonsil pada kanak-kanak.

Menurut beliau, kadang-kadang berlaku juga pembengkakan pada kelenjer di bahagian leher apabila berlaku jangkitan pada tonsil.

bengkak
Imej via Ritely

Perlukah Pembedahan Tonsil
Dilakukan?

Tahukah anda walaupun anak anda mempunyai saiz tonsil yang besar, ia mungkin tidak perlukan pembedahan? Tidak semua masalah sakit tekak perlu kepada pembedahan.

Jika terlalu kerap alami jangkitan dan demam, serangan sawan, mengganggu pernafasan, menyebabkan jangkitan nanah di kawasan sekitar ‘peritonsillar abscess’, ia mungkin perlu dibuang.

Bagaimanakah Kehidupan Kanak-Kanak Dengan Tonsil?

Walaupun saiz tonsil besar, jangan bimbang jika anak anda :

1. Tiada masalah di sekolah dari segi pembelajaran.

2. Tidak mengadu kerap mengantuk di siang hari

3. Tiada masalah pernafasan dan berdengkur yang teruk

4. Tidak kerap alami demam dan sakit tekak

5. Makan dan minum seperti biasa, tiada gangguan ketika menelan

6 Aktif di rumah dan sekolah

Dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Anda akan dibantu.

Maklumat yang tepat hanyalah hasil daripada pemeriksaan doktor. Jumpalah, kami akan bantu.

*Jangan lupa share ya! Berguna bagi ibu bapa di luar sana yang ragu-ragu  samada mahu menyekolahkan anak mereka atau tidak, khuatir memudaratkan tonsil yang mereka hidapi.

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.