tahilalat

beautyzion.com

Cuba anda raba di tepi mata atau di bawah leher. Mungkin anda akan perasan terdapat biji-biji kecil atau bagi sesetengah orang dipanggil kutil. Hendak dikatakan jerawat bukan pula kerana jerawat akan kering dan tertanggal. Tetapi yang ini terus kekal dan kemungkinan boleh membesar.

Kutil, bebola minyak atau tahi lalat hidup, boleh membesar jika tidak dibuang segera atau dirawat. Kadang-kala ini boleh mencacatkan penampilan. Bedak yang disapu pada wajah mungkin dapat menutup untuk sementara waktu sahaja. Apabila wajah dibersihkan ia kelihatan begitu ketara.

Tahi Lalat

Tahi lalat akan berada di mana-mana bahagian badan sama ada tahi lalat hidup atau tahi lalat mati.

Yang membezakan tahi lalat hidup dan tahi lalat mati ialah biasanya tahi lalat hidup akan kelihatan timbul, atau jika tahi lalat itu tidak timbul tapi bila dirasa dengan jari akan terasa timbul daripada bahagian yang tiada tahi lalat. Tahi lalat hidup boleh membesar jika dibiarkan tanpa rawatan.

Tahi lalat mati akan berada dalam keadaan yang merata tanpa pembesaran dan akan berkeadaan sama sampai bila-bila. Tahi lalat yang berada di muka terutama yang tumbuh di bahagian pipi sekadar satu, tidak menjadi masalah kerana pendapat umum mengatakan ia sebagai pemanis kepada yang empunya badan dan tidak perlu di buang. Bagi tahi lalat yang tumbuh di merata bahagian badan membuatkan empunya diri merasa tidak selesa dan ingin membuangnya.

Kutil, Bebola minyak

Kutil pula selalunya akan timbul berupa biji-biji kecil terutama di sekitar bahagian leher, jika tidak dirawat kutil ini akan membesar dan lebih parah lagi akan tumbuh secara berjuntaian.

Bebola minyak atau kelestrol pula kebiasaannya akan tumbuh di sekitar bawah mata atau di kelopak mata yang boleh mencacatkan penampilan seseorang dan membuatkan sesiapa yang mempunyai masalah ini berasa rendah diri dan kelihatan kurang menarik. Masalah kutil dan kelestrol ini puratanya terjadi kepada yang berumur 30 tahun ke atas. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan menjaga luaran kulit iaitu mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka yang bersesuaian sebelum tidur, kurangkan pemakanan yang berlemak, bersantan atau berminyak.

Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan buah-buahan, sayuran serta ulaman yang jika diamalkan akan menjauhkan permasalahan bebola minyak dan kutil dan menjadikan awet muda juga menjauhkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Sumber : myhealth

Kredit : Utusan Malaysia [02/12/2013]

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .