Kejadian ini selalu berlaku pada semua bayi yang baru dilahirkan. Apakah yang selalu berlaku? Demam kuning. Setiap bayi yang baru dilahirkan akan diperiksa  dan memastikan bayi tiada masalah dan kesihatannya baik. Tetapi, bayi tidak dapat elak daripada terkena demam kuning.

Apa yang membezakan setiap bayi yang terkena demam kuning adalah sama ada tahapnya tinggi, sederhana atau rendah. Jika rendah, bayi tidak perlu ditahan wad tetapi jika tinggi bayi perlu ditahan wad untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Demam kuning tidak merbahaya kerana ia boleh dirawat dengan rawatan biasa dan akan hilang dalam masa 1 hingga 2 hari sahaja.

Jika bacaan demam kuning bayi tinggi, sudah pasti ibu akan rasa risau akan kesihatan bayi. Tetapi jangan risau kerana ada cara untuk turunkan bacaan demam kuning bayi dengan cepat dan mudah. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 tips turunkan demam kuning bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

tips turunkan demam kuning bayi

Imej via siraplimau

5 Tips turunkan demam kuning bayi

Tips 1: Penyusuan Yang Kerap

Anda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi. Kalau boleh, setiap 1-2 jam.
Namun, ada juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun! Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.

Rupa-rupanya puncanya ialah..ramai ibu tidak menyusu dengan cara yang betul, yang mana lekapan penyusuan mereka adalah SALAH. Sesetengah ibu tidak perasan, kadang kala bayi bukannya menyusu, tapi sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menelan susu. Akibatnya, bayi tidak dapat cukup susu dan kuning juga susah untuk turun.

"

Bila lekapan bayi tidak betul di payudara ibu, susu ibu akan tersekat dan tidak keluar dengan lancar!

Tips 2: Pemakanan Yang Berkualiti Dan Seimbang

Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundis.

Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusu. Anda perlu sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.

Tips 3 : Titiskan Susu Kambing Ke Dalam Mulut Bayi

Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundis.InsyaAllah terbukti membantu para ibu.

Tips 4 : Pancaran Lampu Sinaran UltraViolet

Sekarang zaman sudah canggih.Sudah ramai yang menawarkan servis penyewaan mesin sinaran ultraviolet khas untuk menurunkan demam kuning si kecil.Jadi si ibu boleh survey dan lihat di kawasan mana yang menyediakan servis sewaan mesin ini.

Tips 5 : Beri Si Kecil Susu Formula

Mungkin ada yang akan fikir : ‘eh awalnya nak bagi susu FM…’ Tapi sebenarnya dari segi praktikal, susu FM sangat membantu para bayi membuang air besar dan kecil dengan lebih kerap.

Semakin kerap si kecil membuang, peratus untuk kuning si kecil berkurangan adalah lebih tinggi memandangkan kuning akan berkurangan apabila si kecil membuang air besar dan kecil.

*Ikuti 5 tips yang dikongsikan oleh doktor ini, Insyaallah demam kuning bayi anda akan turun dengan cepat. Jika bayi anda mengalami demam kuning yang tinggi, jangan risau dan gelabah. Cuba gunakan tips yang dikongsikan oleh doktor ini. Selepas doktor sahkan demam kuning bayi anda tinggi, semestinya doktor akan memberi nasihat bagaimana mahu menurunkan demam kuning.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.