Sebagai seorang isteri, hampir kesemua tanggungjawab di rumah terpaksa dipikul. Memasak, menghantar anak ke sekolah, mengemas rumah, menguruskan baju.. Senarai tugas dan tanggungjawab tidak berkesudahan.

Ditambah lagi apabila si isteri turut sama memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk meringankan beban suami. Pasti di setiap penghujung hari, tenaga isteri berada di paras yang paling minimum.

Semestinya, setiap pengorbanan isteri dijanjikan ganjaran syurga dan pahala yang besar. Tetapi awas! Tidak mustahil untuk si isteri menyimpan rasa hati dan merungut kerana terlalu letih. Tambah memanaskan hati, apabila diwaktu isteri bertungkus lumus di dapur, si suami hanya menonton televisyen dan menunggu makanan di hidang.

Merungut bukan sahaja akan menggangu perhubungan sesama suami isteri. Dikhuatiri, setiap pengorbanannya sia-sia semata kerana tiada unsur keikhlasan lagi.

Si isteri tidak seharusnya dipersalahkan, kerana sebagai manusia biasa, semestinya dia harus diberi masa untuk berehat supaya dia boleh memberikan yang terbaik untuk keluarga setiap hari.

Jadi, suamilah orang yang sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam membantu isteri menyelesaikan sebahagian dari kerja rumah.

lelaki tolong

"

huffpost.com

Bagi sang isteri, walau suaminya hanya menolong vacuum rumah dan mencuci pinggan di dapur, ia sangat meringankan serba sedikit bebanan isteri.

Namun, tidak semua lelaki terlatih untuk mengemas dan membantu dirumah. Isteri tidak sepatutnya memarahi dan memaksa suaminya. Si isteri wajib mempunyai taktik untuk menarik suaminya rajin membantu.

Persoalannya, bagaimana?

Kebiasaan minda orang lelaki, sesampai sahaja di rumah dari tempat kerja, mereka akan terus bertukar “gear’ kepada MAKAN – MAIN – TIDUR. Badannya automatik menjadi “statik atau Off” sebagaimana keadaan kereta di isi minyak di stesen minyak.

Sebaliknya minda orang perempuan akan terus aktif “multitasking” ligat macam lipas kudung membuat kerja rumah yang tak sudah-sudah.

Oleh itu jika isteri inginkan suaminya menolong sesuatu di rumah, caranya adalah:

#1 Menyambut Kepulangan Suami

Sampai suami di pintu terus sambut dia dengan ungkapan kesyukuran seorang pahlawan pulang dari peperangan, “Alhamdulillah, my hero dah balik”.

Si suami bukan sahaja akan berasa gembira, malah segala kepenatan dan tekanan dipejabat teus berkurang serta merta jika mendapat layanan sebegini setiap hari.

#2 Makan

Sediakan makanan dan minuman sekadar untuk dia mengalas perut dan membasahkan tekaknya. Biarkan dia sendirian dalam 10 minit untuk berehat.

#3 Main

Terpulang kepada minat dan hobi suami, berikannya masa untuk melakukan apa yang dia gemari. Ada yang membaca majalah, menonton televisyen, membaca surat khabar, menyiram pokok bunga, membelek barangan hobi dan sebagainya.

Waktu tersebut merupakan waktu paling sesuai untuk mengajaknya bersembang. Dan masa inilah AMAT sesuai meminta pertolongannya membantu kerja rumah. Katakan kepadanya hanya dia seorang sahaja yang boleh membuat kerja itu.

Minta dengan penuh kelembutan, bukan dalam bentuk arahan. Saya jamin, suami akan berlapang dada untuk membantu anda di dapur.

#4 Tidur

suami penat

dailymail.co.uk

Jika kerjaya suami memang berat dan meletihkan, selepas MAKAN dia akan terus TIDUR. Biarkan dan iktiraf waktu tidurnya. Tentukan jangka masa tidur dan berjanji untuk kejutkan dia. InshaAllah dia akan bertenaga nanti untuk membantu anda dengan kerja-kerja rumah.

Selamat mengHEROkan suami anda

 

Tulisan artikel daripada Pak Utih dan Editor oleh Team Bidadari

Penulis: Pak Utih

Pak Utih

Pak Utih merupakan pakar mengenai perbezaan lelaki dan wanita. Beliau banyak berkongsikan tips-tips mengenai perhubungan di blog beliau. Selain itu beliau juga sibuk dalam mengendali kursus tentang tips membina keluarga bahagia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.