Tertawa Sebagai Ubat?

rahsia ketawa

Ya. Ramai yang akan ketawa atau mengerutkan dahi apabila membaca tajuk artikel ini. Tapi tanpa kita sedari, kadangkala ketawa memang ubat yang mujarab untuk seseorang individu. Ketahui rahsia ketawa. Ramai orang yang lupa bahawa tekanan, kesedihan, kerisauan, dan perasaan marah boleh memberi kesan yang negatif kepada kita secara fizikal dan mental. Ini boleh menyebabkan seseorang mudah merasa penat, mudah diserang penyakit dan juga boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang.

Umumnya ramai yang menyedari terdapat kes-kes dimana emosi-emosi negatif ini menyebabkan seseorang keguguran tetapi jarang yang menyedari ia juga sebenarnya boleh menyebabkan seseorang wanita gagal untuk hamil. Ketawa dan lawak jenaka sebenarnya mampu menguatkan sistem imun kita, menambahkan tenaga, mengurangkan kesakitan, dan juga melindungi kita dari kesan-kesan negatif akibat tekanan.

Penemuan saintifik juga telah membuktikan bahawa ketawa mampu membantu melancarkan peredaran darah. Pakar kesihatan juga telah memutuskan bahawa ketawa mampu mengurangkan kesakitan.

Salah satu sebabnya ialah kerana proses ketawa akan membantu merembeskan endorphins iaitu sejenis hormon dalam badan yang memberikan mood positif kepada seseorang. Walaubagaimanapun, pakar perubatan mengatakan masih banyak yang belum diterokai mengenai kesan positif ketawa kepada kesihatan manusia. Rahsia ketawa yang bernilai.

Kajian juga mendapati ketawa mampu membuatkan kita mudah untuk disukai atau diterima oleh orang lain. Pakar-pakar terapi juga mengatakan salah satu faktor yang membuatkan hubungan sesebuah pasangan sentiasa akrab ialah dengan banyak melakukan lawak jenaka. Bukanlah maksudnya lawak jenaka yang membuatkan anda pecah perut, tetapi lawak yang ‘sempoi’saja sudah memadai.

"

Seorang wanita menceritakan bagaimana hubungannya dengan suami mampu bertahan hingga saat ini. Apa yang diamalkan oleh dia dan suami ialah mereka akan sentiasa mencari jalan untuk berjenaka ketika berlakunya pertengkaran diantara mereka.

Jadi ingatlah, ia memerlukan lebih usaha untuk anda mengerutkan dahi berbanding mengukir sebuah senyuman. Jadi apabila anda merasakan tekanan dalam sehari-hari cubalah cari sesuatu yang boleh membuatkan anda tertawa. Percayalah ianya akan membantu anda mengurangkan tekanan, dan semakin anda membiasakan diri melakukannya, semakin mudah untuk anda menjadi ceria.

Semoga rahsia ketawa hari ini membantu anda dan pasangan. 🙂

 

Kredit gambar :  -Maggie.I-

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.