Mengidam Kepada Makanan Dan Kepentingannya

 

Biasa kita dengar bahawa wanita yang mengandung selalunya akan mengidam kepada makanan berasaskan jeruk, ais krim ataupun tembikai disaat-saat yang tak dijangka. Apa yang kita tidak sedari disebalik situasi ini ialah ianya sebenarnya suatu petanda yang badan kita sebenarnya kekurangan sesuatu nutrisi atau vitamin. Mengidam kepada makanan tertentu juga bukanlah hanya berlaku kepada wanita mengandung saja, ia juga turut dialami oleh semua orang apabila badan mereka kekurangan sesuatu zat makanan.

Walaubagaimanapun, setiap orang memberikan reaksi yang berbeza apabila perkara ini berlaku. Terdapat beberapa panduan yang boleh membantu anda menghadapi situasi ini. Jika anda masih tidak dapat memulihkan masalah mengidam walaupun setelah mengikuti panduan ini, silalah berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Sila ambil perhatian panduan ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Kesannya mungkin berbeza bagi setiap orang.

Jika anda mengidamkan makanan berasaskan daging, ini menandakan badan anda sedang kekurangan zat besi. Pastikan daging yang anda akan makan adalah bersih dan dimasak dengan secukupnya.

 

 

kek-coklat

Kenapa mengidam coklat?

 

Bagi yang mengidam kepada makanan manis pula seperti gula-gula, biskut dan sebagainya, anda sebenarnya memerlukan lebih banyak memakan buah-buahan. Cuba dapatkan sumber manisan semulajadi daripada buah-buahan seperti epal, nanas, oren dan sebagainya. Buah-buahan memang sumber gula yang bagus tetapi makanan kering seperti biskut dan coklat juga boleh diambil kira. Anda boleh saja memakan biskut dan coklat asalkan pada tahap yang sederhana. Jika anda mengidam gula-gula, kek atau coklat, cubalah dapatkan jenis yang berkhasiat seperti coklat hitam atau ‘dark chocolate’, atau pun roti-roti penuh gandum. Anda juga dinasihatkan berhati-hati jika kerap mengidam makanan-makanan jenis ini kerana ia juga merupakan tanda-tanda awal diabetis.

Jika anda mengidam kepada ais krim, susu, keju atau yogurt, ramai akan menganggap badan anda memerlukan lebih kalsium dan walaupun ia mungkin benar, badan anda juga akan mengidam bahan makanan ini jika tahap vitamin D dan C pada badan anda adalah pada tahap paling minima. Jika boleh, cubalah dapatkan susu rendah lemak atau bahan organik yang lain.

Terdapat juga kes dimana seseorang itu mengidam kepada bahan bukan makanan seperti tanah atau tanah liat. Jika ia berlaku kepada anda, segeralah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan. Keadaan ini dinamakan ‘Pica’ dan jika dibiarkan boleh menjadi serius dan teruk. Jika anda mengidam kepada benda yang bukan makanan walaupun sedikit seperti kepingan ais, ia mungkin petanda awal kepada masalah ini.

Proses kehamilan boleh menjadi saat-saat yang sangat menggembirakan dan juga mengelirukan dalam masa yang sama. Cubalah biasakan diri memakan makanan baru didalam diet yang seimbang dan ketahuilah mengidam adalah perkara yang biasa.

Lepas ini hendak mengidam apa lagi ya? 🙂

 

 

 

 

Kredit gambar kepada :  eraneran70

 

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.