Anak sulung saya seorang yang mudah menangis. Sekecil kecil perkara seperti tidak dapat menukar TV Channel pun dia akan menangis.

Tangisannya bukanlah tangisan halus dan manja tapi tangisan yang nyaring dan sukar diberhentikan. Malah ia akan menjadi lebih kuat apabila dia sukar mengawalnya.

Bingit! Memang bingit. Tidak saya nafikan. Sebagai seorang suri rumah yang sentiasa perlu berada dengannya, kadang kadang saya mencapai satu tahap di mana saya sukar mengawal emosi saya kerana hanya mendengar tangisan sepanjang hari.

Telinga yang hampir pekak, badan yang letih, emosi yang penat sungguh mudah untuk saya melepaskan semua kemarahan kepada anak anak semula. Kesian anak anak menjadi mangsa.

anak menangis

Imej Via Parents Magazine

Perkara ini harus diberhentikan. Saya pasti ada caranya untuk meredakan tangisan dan mengawal emosi anak kecil ini. Saya menjadi semakin buntu ketika anak sulung saya ke Tadika buat pertama kalinya pada usia 5 tahun.

Minggu pertama persekolahan penuh dengan drama air mata. Tangisan teresak esak ketika saya meninggalkannya berlarutan hingga tamat sesi persekolahan.

"

Pelbagai teknik yang dikongsi rakan rakan telah saya cuba tapi tetap gagal! Until one day, I got down to my knees, held her hands and looked her in the eyes.

Saya menyuruhnya menutup mata sambil menggengam tangan, menarik nafas dalam dalam dan hembus sebanyak 3 kali. Dilakukannya dengan akur dan lama kelamaan, tangisannya berhenti dan dia kelihatan lebih tenang.

Saya bertanya, “How do you feel kakak?” “I’m OK umi.” Jawabnya perlahan. Terus saya memeluknya erat.

Saya cuba slow talk dengannya, “It’s OK to cry kakak. It’s OK to feel sad. But everytime you cry or feel sad, this is what you need to do. Just close your eyes, think of Umi and take a deep breath until you feel fine.”

Sambil memeluk erat, saya jelaskan kepadanya bahawa dengan menangis dia takkan dapat apa yang dia mahukan. Malah sukar untuk memahami kemahuannya apabila menangis.

Dan kini, setiap kali dia menangis saya akan biarkan dahulu sehingga tiada tanda untuk reda barulah saya akan menyuruhnya untuk menarik nafas sehingga dia tenang dengan sendirinya.

Alhamdulillah, saya jumpa teknik yang serasi dengannya dan ingin berkongsi cara ini dengan semua ibu bapa yang ingin mencuba. Semoga Berjaya!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.