Setiap pasangan mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Sesetengah pasangan dikurniakan anak yang ramai sehingga tidak menang tangan untuk menguruskannya. Ada juga pasangan yang susah untuk mendapatkan seorang anak. Ia adalah satu dugaan bagi pasangan yang inginkan anak tetapi tiada rezeki lagi.

Mendirikan rumah tangga adalah satu ibadah, dikurniakan anak adalah satu rezeki yang bukan semua orang boleh memilikinya. Anak boleh mendatangkan kebahagiaan dalam keluarga dan menjadi salah satu sebab hubungan keluarga menjadi akrab. Anak juga mendatangkan rezeki yang melimpah luah kepada keluarga tatkala didatangi musibah.

Tetapi anda dan pasangan jangan bimbang, Ada tips yang lebih sihat dan selamat dilakukan oleh pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

5 Tips bagi pasangan yang tiada anak

tips pasangan tiada anak

Imej via baituljannah.com

1) Pasangan mesti berjumpa dgn doktor setelah setahun mencuba (jangan tunggu lama lama. Semakin meningkat usia, fertility rate akan berkurangan).

2) Amalkan gaya hidup sihat . Pastikan BMI anda adalah ideal sebelum mengandung.Kepada suamia, merokok adalah salah satu punca ketidak suburan.

"

3) Mengamalkan pemakanan yang seimbang.. Less sugar, less salt, lest oily food, more vegetables and fruits

4) Melakukan hubungan intim yg kerap sekurang kurangnya 2-3 kali seminggu..Tak perlu buat setiap hari pun ye.

5) Sentiasa bersabar dan berdoa kepada Allah untuk murahkan rezeki kita untuk mendapat zuriat.

*Jika pada tahun pertama tidak ada rezeki, jangan putus asa. Anda perlu cuba dan teruskan mencuba tanpa gagal. Selain itu, perbanyakkan doa dan solat hajat, minta kepada-Nya. Insyaallah, rezeki yang diminta akan dapat tepat pada masanya. Jangan bimbang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.