Boleh je kalau nak upah orang potongkan rumput. Kalau diperhatikan, setiap hari ada ramai bangla potong rumput lalu-lalang di depan rumah sambil menunggang basikal.

Tapi, memotong rumpur sendiri adalah lebih menjimatkan. Zaman ekonomi tak berapa baik macam sekarang, sebolehnya kita nak berjimat selagi termampu. Jom kami kongsikan tips mesin rumput sebagai panduan anda.

tips mesin rumput

Sumber: Mynormas

1. Pilih jenis mesin rumput yang ingin digunakan

Terdapat 4 jenis mesin rumput iaitu mesin rumput tolak, mesin rumput sandang, mesin rumput elektrik, dan mesin rumput propane. Mesin rumput tolak adalah mesin rumput beroda 4 yang perlu anda tolak untuk memotong rumput. Mesin rumput jenis tolak sesuai digunakan sekiranya kawasan halaman rumah anda adalah lapang dan sekata. Ianya kurang memenatkan berbanding mesin rumput jenis sandang, namun memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan.

Sementara mesin rumput jenis sandang perlu dipakai dibadan seperti memakai backpack. Ianya agak berat dan lebih memenatkan berbanding mesin rumput jenis tolak. Mesin rumput ini sesuai digunakan di semua bentuk muka bumi termasuk kawasan berbukit dan tidak rata, dan di celah-celah pokok. Untuk menyimpan mesin rumput jenis sandang, anda tidak memerlukan ruang yang besar. Mesin rumput sandang terbahagi kepada 2 jenis iaitu 2 lejang (2T) & 4 lejang (4T).

Mesin rumput 2 lejang:

  • Menggunakan enjin tiruan
  • Harganya murah
  • Mudah mendapat alat ganti
  • Mudah dibaiki jika rosak
  • Anda perlu mencampurkan minyak 2T & petrol
  • Sparkplug perlu ditukar selalu kerana cepat kotor
  • Menggunakan penapis pakai buang jenis kering
  • Ada masanya susah untuk dihidupkan
  • Menggunakan banyak minyak petrol
  • Bising
  • Gegaran yang kuat, akan menyebabkan anda cepat penat & sakit badan
  • Putaran bilah kurang kuat
  • Sesuai digunakan untuk memotong rumput di kawasan yang kecil seperti halaman rumah

Mesin rumput 4 lejang:

    • Menggunakan enjin original
    • Harganya lebih mahal
  • Enjin tahan lasak & tahan lebih lama
  • Susah untuk rosak
  • Susah mendapatkan alat ganti
  • Lebih berat berbanding enjin 2 lejang
  • Jimat minyak petrol
  • Tidak perlu mencampurkan minyak enjin dan minyak petrol
  • Mudah untuk dihidupkan
  • Enjin lebih bertenaga, mudah memotong rumput yang liat dan tebal
  • Boleh digunakan selama berjam-jam tanpa henti
  • Penapis guna semula, basuh untuk guna semula
  • Kurang bising
  • Sparkplug tidak perlu ditukar selalu
  • Kurang gegaran

Mesin rumput jenis ketiga ialah mesin rumput elektrik. Mesin rumput elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu menggunakan kuasa bateri dan menggunakan kuasa elektrik dengan wayar yang disambung ke soket. Walau bagaimana pun, mesin rumput jenis ini kurang digunakan di Malaysia kerana:

  • Tidak tahan lasak
  • Tidak begitu kuat untuk memotong rumput
  • Sekiranya anda menggunakan mesin yang dikuasakan oleh bateri, jika bateri habis semasa sedang memotong rumput, anda perlu mengecas bateri sehingga penuh sebelum memotong semula. Agak leceh
  • Jika anda menggunakan mesin yang dikuasakan oleh soket, kawasan memotong rumput terhad kepada jarak wayar yang digunakan
  • Tidak menggunakan bilah pisau, tetapi menggunakan trimmer line
  • Namun ianya mesra alam
  • Mudah digunakan
  • Kecil
  • Ringan
  • Mudah disimpan
  • Kurang meletihkan
  • Tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi

Jenis mesin rumput yang terakhir ialah mesin rumput propane. Namun masih belum banyak di pasaran Malaysia. Ia menggunakan gas propane sebagai bahan bakar dan berkuasa seperti mesin rumput sandang 4 lejang.

tips mesin rumput

Sumber: Honda

2. Pilih jenama yang hendak dibeli

Dah pilih sama ada nak guna mesin rumput jenis sandang atau mesin rumput jenis tolak, kini tiba masa untuk anda memilih jenama apa yang hendak dibeli. Terdapat pelbagai jenama mesin rumput di pasaran. Anda boleh beli mengikut kemampuan poket, sama ada nak beli yang sedikit murah atau boleh sahaja beli yang mahal.

Cadangan kami, pilih jenama yang ekonomi dari segi minyak, tahan lama dan mudah untuk mendapatkan alat ganti. Di antara jenama mesin rumput yang popular di Malaysia ialah Stihl, Honda, Tanagawa, Bosch, Okazawa, dan Kasei.

3. Tali nylon

Untuk keselamatan, kami cadangkan anda ganti bilah pisau dengan tali nylon. Penggunaan tali nylon mengurangkan risiko anda terkena batu terbang.

Ia juga mengurangkan risiko cermin kenderaan pecah disebabkan oleh batu yang berterbangan. Ia juga lebih selamat dari segi mengelakkan kecederaan akibat terkena bilah pisau yang sedang laju berpusing.

4. Potong rumput semasa panas terik

Kebiasaanya, orang akan mengelak daripada melakukan aktiviti outdoor semasa matahari tengah terik. Tetapi untuk memotong rumput, waktu terbaik ialah semasa tengah panas kerana rumput menjadi kering dan mudah untuk dipotong. Kalau anda taknak terkena sunburn, boleh juga potong rumput pada lewat petang selepas rumput kekeringan disebabkan sinaran matahari.

Kalau anda potong rumput selepas hujan atau waktu awal pagi dimana rumput masih basah dengan air embun, rumput akan terasa liat dan susah untuk dipotong.

5. Sabit, parang, atau cangkul

Kalau anda belum mampu nak beli mesin rumput, anda boleh memotong rumput dengan menggunakan sabit, parang, atau pun cangkul. Namun ianya akan mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan tenaga yang lebih.

6. Meracun

Kalau anda malas sangat atau takde masa untuk memotong rumput, anda juga boleh memilih untuk membunuh rumput dengan kaedah meracun. Anda boleh beli racun rumpai di kedai hardware. Di antara jenama yang popular ialah Roundup, Glyfos, Ecomax, Nufa, Typhoon, dan sebagainya. Jurujual akan mencadangkan jenis racun yang sesuai dengan rumput yang tumbuh di halaman anda.

7. Garam halus

Kata orang, garam halus akan meningkatkan asiditi tanah lalu menyebabkan rumput menjadi tidak subur dan mati secara perlahan-lahan.

tips mesin rumput

Sumber: Theglobeandmail

Itulah dia 7 tips mesin rumput yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.