Malaysia tidak boleh lari daripada musim jerebu. Setiap tahun Malaysia akan dilanda musim jerebu yang kuat sehingga IPU boleh mencecah 200 dan ke atas (tahap yang tidak sihat). Ia boleh menjejaskan kesihatan kita.

Jerebu boleh mengakibatkan aktiviti kita ditangguhkan. Sebagai contoh, sekolah perlu ditutup sehingga tahap IPU menjadi rendah, kelas di universiti terpaksa dibatalkan, tidak boleh keluar rumah dan pelbagai lagi. Semua aktiviti luar yang kita rancang perlu dibatalkan.

Jika perlu keluar untuk membeli barang, kita dinasihatkan untuk memakai topeng muka N95 bagi mengelakkan daripada terhidu jerebu. Suhu juga akan meningkat dan mengakibatkan cuaca menjadi panas dan bahang. Maka, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 8 langkah menjaga kesihatan ketika musim jerebu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Langkah menjaga kesihatan ketika musim jerebu

jaga kesihatan ketika jerebu
Imej via zianaeunos

◾Kurangkan aktiviti fizikal yang menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan metabolisma badan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.

◾Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi.

◾Tutup tingkap bagi mengurangkan jerebu masuk ke dalam rumah. Sentiasa membersihkan persekitaran dalaman. Elakkan aktiviti meningkatkan pencemaran udara seperti merokok.

◾Tutup tingkap kenderaan ketika memandu. Gunakan pendingin hawa dengan memilih aturan(mode) operasi kitaran udara dalaman (internal circulation).

◾Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga. Ini adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi yang optimum untuk mengawal-atur suhu badan.

◾Kerapkan mandi bagi menyejukan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.

◾Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

◾Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera sekiranya anda mempunyai gelaja-gejalan berikut: demam, sakit tekak, batuk, semput, selsema, gatal mata, lesu.

*Utamakan kesihatan kita dulu kerana jika kita tidak sihat, bagaimana kita mahu lakukan aktivti harian bersama keluarga. Jadi, ikuti arahan yang dikeluarkan oleh orang kesihatan, kurangkan aktiviti di luar dan banyakkan minum air masak. Semoga info memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.