Saya mempunyai berat badan yang berlebihan? Jadi adakah saya patut mengurangkannya semasa mengandung? Adakah perkara ini baik atau sebaliknya? Berapakah berat  badan yang ideal semasa mengandung?Ini adalah antara persoalan mengenai berat badan semasa hamil.

Menurut pakar, ia bukan satu idea yang baik untuk cuba mengurangkan berat badan semasa hamil. Apa yang penting adalah menumpukan perhatian kepada kesihatan, pemakanan yang seimbang. Asas pemakanan ibu hamil perlulah sekitar berkanji, contohnya seperti roti, nasi, pasta (yang mempunyai selera mat salleh 🙂 ) atau kentang.

berat-ibu-mengandung

Ibu hamil juga perlu memilih jenis bijirin penuh dan kentang dalam diet pemakanan yang diamalkan. Ini adalah tingginya kandungan serat, dan mempunyai bonus berganda dalam memberikan lebih banyak nutrien dan mengurangkan keadaan sembelit.

Contoh makanan tinggi serat lain termasuk oat, kekacang, bijirin, benih, buah-buahan dan sayur-sayuran. Cubalah untuk mempunyai sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.

Jangan terlalu makan makanan berlemak dan manis, dan cuba kawal bahagian makanan yang diambil. Jika anda bimbang tentang berat badan anda, pergilah minta bantuan doktor supaya dapat merujuk anda kepada pakar diet. Ini kerana pakar pemakanan boleh membantu anda memberi nasihat perkara yang diperlukan.

Mempunyai kehamilan yang sihat tidak hanya bergantung kepada pemakanan. Gaya hidup aktif juga penting. Ibu hamil perlu mengekalkan gaya aktif sebagai salah satu cara terbaik untuk mengawal berat badan. Senaman juga boleh membantu mengatasi rasa sakit mengandung.

Cuba berenang sekali sekala atau pergi berjalan pantas sekitar taman berhampiran. Jika anda sudah pun melakukannya, teruskan seperti biasa. Jika tidak, mulakan dengan 15 minit senaman yang berterusan, tiga kali seminggu.

Cuba untuk membina amalan senaman ke dalam rutin anda. Sebagai contoh, turun bas dengan berhenti 1 stesyen lebih awal, atau mengambil jalan yang jauh sedikit untuk ke kedai-kedai berhampiran. Kemudiannya secara beransur-ansur meningkatkan latihan anda untuk sesi setiap 30 minit.

Mohon like dan berkongsi artikel berat badan semasa mengandung jika bermanfaat. 🙂

Kredit gambar : Fitnessgoop

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .