Salah satu masalah ketidaksuburan wanita adalah disebabkan Endometriosis. Ianya mengganggu kitaran haid dan menyebabkan sukarnya untuk menganggar waktu subur dengan tepat. Disini dikongsikan 8 tips untuk mencegah Endometriosis.

endrometriosisanatomic.us

#1 Jumpa doktor pakar sakitpuan (Gyne) untuk diperiksa peranakan dan buat ultrasound scan khususnya vaginal scanning (TVS)

a. Setiap wanita samada sudah kahwin atau belum yang mengalami tanda-tanda berikut:

  • Senggugut yang teruk khususnya yang memelukan penawar sakit atau painkiller. Kesakitan ini mungkin berlaku disebelah depan atau ari-ari dan juga disertai sakit pinggang.Sakit ini mungkin dirasai sebelum dan selepas haid dan mungkin juga berlarutan.
  • Kesakitan ketika mengadakan hubungan seksual dengan suami.

b. Wanita yang sukar hamil setelah satu tahun kahwin dan telah mencuba untuk hamil setelah memahami kaedah-kaedah waktu subur. Bagi wanita yang lambat kahwin iaitu selepas umur 30 tahun perlu jumpa pakar sakitpuan setelah gagal untuk hamil selama 6 bulan.

c. Wanita yang mengalami keguguran diperingkat awal kandungan khususnya pada 3 bulan pertama kehamilan. Kalau kandungan berlaku berulang2 kali ia patut tampil jumpa pakar sakitpuan untuk menjalani beberapa ujian untuk mengesan punca keguguran.

d. Wanita yang mengalami perdarahan yang banyak dan berpanjangan, sama ada disertai dengan kesakitan atau tidak dan khususnya mereka yang dalam lingkungan umur 40an keatas.

#2 Melakukan pembedahan untuk membetulkan rahim yang retroverted

Pembedahan ini digelar ‘Ventrosuspension of uterus’ atau ‘ Uplift Uterus’ , boleh dilakukan secara laparocopy atau minilaparatomy.

Saya cadangkan gadis muda sebelum kahwin yang mengalami senggugut teruk perlu dipantau dan jika rahimnya retroverted dan kesakitan semakin tidak boleh diatasi dengan rawatan biasa, pembedahan membetulkan rahim patut dilakukan.

Saya telah menemui ramai gadis muda yang telah ditimpa penyakit endometriosis diperingkat yang teruk dimana banyak kerosakkan telah berlaku. Pembedahan membetulkan rahim boleh mengawal pertumbuhan endometriosis.

#3 Ubah tabiat dan adab makan,pemilihan makanan yang berzat dan berkhasiat. Jauhkan makanan yang mengandungi terlalu banyak penawet dan perisa ( Junk and Fast foods)

a. Lebih makan sayur, ulam dan buah. Dari sini terdapat banyak sumber berbagai vitamin, logam, essential amino acids. Antioxidant yang kesemuanya akan meningkatkan system pertahanan badan atau immunity.

Saya percaya tisu darah haid yang tumbuh menjadi endometriosis ada kaitan dengan wanita yang lemah ketahanan atau immunity. Ada kalanya, walaupun rahim retroverted wanita itu tak mengidap endometriosis sebab immunitynya tinggi dan dapat menangkis pertumbuhan penyakit tersebut.

b. Diantara buah yang dicadangkan ialah jambu batu, papaya, dragon fruit, water melon, green apple, red grape, delima., strawberry dan keroma.

c. Sayur dan ulam yang dimakan mentah sebagai salad atau rojak dan menggunakan virgin olive oil dan lemon sebagai dressing adalah baik dan berkesan untuk meningkatkan immunity.

#4 Pengambilan supplement – Antioxidant dan Vitamin

tips kesihatan

  • Vit C 500 mg – 1 Gm sehari akan meningkatkan ketahanan untuk menangkis penyakit.
  • Vit E 400-800 IU setiap hari menigkatkan immunity
  • Multivitamins yang mengadungi B complex dan logam-logam, banyak jenama dipasaran , boleh dibeli dari mana-mana farmasi.
  • Antioxidant juga penting untuk membersihkan toksin dan untuk membersihkan ‘free radicals’ yang menyebabkan sel-sel mati. Kesannya mencegah penyakit dan awet muda.
  • Olive oil capsule
  • Habbatus sauda capsule, NuRev, Lipocarn, Q10, dan Optifive.
  • Lain-lain jenama antioxidant saperti Quercetin – beli melalui internet.

 

#5 Penggunaan hormone natural progesterone

Pengidap endometriosis mengandungi hormone estrogen dalam tahap yang terlalu tinggi dan tidak cukup kandungan progesterone. Ini menyebabkan sel-sel yang sensitif kepada tindakan estrogen saperti endometrium, sel-sel payu dara tumbuh membiak tanpa kawalan, biasanya progesterone biasa yang counter tindakan estrogen.

Ini menggalakkan tumbuhan endometriosis, fibroid dan tumbuhan payu dara.

Pil-pil progesterone saperti Norculut biasa saya gunakan untuk merawat endometriosis. Walau demikian ada juga Krim progesterone yang dijual dipasaran internet, yang biasa disapukan pada depan siku atau belakang lutut mengikut dos yang di syorkan. Progesteron biasanya tidak memberi kesan sampingan.

#6 Penggunaan Pil Antinflammatory

Proses pertumbuhan penyakit endometriosis melibatkan reaksi radangan atau inflammation teruk menyebabkan kerosakkan tisu berlaku pada tempat pertumbuhan endometriosis dan kawasan sekitaran.

Makanan kita seperti betik dan nenas banyak mengandungi enzim-enzim yang ada kesan untuk mengurangkan radangan /inflamasi tisu – papase dalam papaya dan bromalin dalam nenas.

Dalam pasaran internet bolih beli ‘Fibrovan’ ‘Serrapeptase’ Nattokinase’ yang sama kesan saperti enzim diatas. Mudah dipesan melalui internet. Boleh membantu bersihkan ‘kotoran’ disekitar belakang rahim.

#7 Perkara yang perlu dijauhkan

a, Minuman kopi dan teh selain teh hijau dan minuman fizzy/carbonik tidak digalakkan dan patut dijauhkan. Sedangkan air paip juga dipercayai mengadungi sisa-sisa estrogen dari pil perancang yang masuk air melalui kencing.

b. Segala jenis insecticide spray, racun rumput rumpai ,cat, bahan kimia dalam sabun dan bahan pencuci dan dalam shampoo, gas fume dari kereta, kilang air conditioner. Semua patut dielakkan jika boleh, cuba guna bahan organik.

#8 Tenangkan fikiran dan rehat – Teguhkan iman dan tingkatkan taqwa

Berbagai kaedah boleh digunakan untuk mencapai ketenangan fikiran, kecerian emosi dan kestabilan rohani. Hakikat ini sangat penting kerana bila stress, ketahanan badan dan immunity lemah dan penyakit mudah menyerang.

a. Riadah atau senaman sangat penting – 30 minit sehari, tidak kisah apa bentuk pun asalkan keluar peluh dan mengikut kegemaran masing-masing.

b. Pilih satu hobi sama ada muzik, melukis ,mengail ikan atau lain yang boleh melapangkan fikiran.

c. Sicialise – cari rakan dan teman yang mengajak kepada membuat kebajikan, menolong orang susah atau miskin.

d. Bagi musliminat – solat , baca quran, doa dan berzikir. Bagi agama lain meditation, yoga dan lain-lain yang dapat mentenangkan fikiran dan melapangan jiwa.
Text module

Penulis: Dr Hamid Arshat

Dr Hamid Arshat

Dr Hamid Arshat merupakan pakar O&G yang tidak asing di dalam Malaysia. Beliau banyak berkongsi tentang tips-tips kehamilan di blognya. Kini bertugas di kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Hamid Arshat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .