Apabila tarikh bersalin semakin dekat untuk ibu hamil, debaran tidak dapat ditutupi lagi. Rasa gementar, risau dan takut semua bercampur baur. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang baru hamil anak pertama dan tidak ada pengalaman. Bagi ibu hamil yang ada pengalaman, mereka akan rasa lebih tenang berbanding ibu hamil anak pertama.

Namun, perasaan risau itu tetap ada dalam setiap diri ibu hamil, tidak kira anak pertama atau tidak. Bersalin amat menyakitkan dan tidak mudah. Ia lebih sakit berbanding senggugut yang berlaku setiap bulan. Jika rahim tidak cukup besar untuk melahirkan anak, maka ibu terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak.

Ia kedengaran amat menyakitkan, tetapi itulah kenyataannya. Semestinya impian setiap ibu ingin melahirkan anak secara normal tanpa melakukan pembedahan. Maka, ada 6 tips untuk dikongsikan bagi ibu hamil yang ingin lahirkan anak secara normal iaitu mempercepatkan bukaan rahim.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 tips mempercepatkan bukaan rahim bagi memudahkan untuk bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

6 Tips mempercepatkan bukaan rahim

1. Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

2. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu

Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami

Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

5. Baring mengiring sebelah kiri

Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.

6. Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan.

*Berikut adalah tips untuk mempercepatkan bukaan rahim. Cuba amalkan tips-tips ini, Insyaallah proses bersalin dapat dipermudahkan untuk si ibu. Suami juga perlu menunjukkan sokongan kepada isteri dan bantu isteri berjalan kerana apabila kandungan telah mencecah 8 bulan, si ibu akan susah berjalan kerana berat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.