Anda selalu menggunakan semburan serangga di rumah? Semburan serangga digunakan untuk menghalau atau membunuh serangga seperti nyamuk, lipas, semut dan lain-lain lagi. Pada bahagian botol semburan serangga tersebut akan tertulis jauhi kanak-kanak. Selain itu, ia juga tertulis gunakan dengan berhati-hati, jangan terkena pada kulit.

Semburan serangga ini penting dan perlu ada di setiap rumah untuk menghalau serangga. Tetapi, adakah anda menggunakannya dengan berhati-hati? . Jika anda tidak menggunakannya dengan berhati-hati ia boleh memudaratkan diri sendiri.

Mari kami kongsikan kepada anda mengenai tips untuk membersihkan diri jika terkena racun semburan serangga. Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

racun semburan serangga
Image via Facebook

Pengenalan.

Racun serangga bentuk sediaan semburan(aerosol) yang biasa digunakan di rumah, lazimnya terdiri daripada racun serangga piretroid.

Racun piretroid mempunyai tahap ketoksikan yang rendah terhadap manusia. Biasanya racun ini akan dinyahkan daripada tubuh melalui proses penguraian dan perkumuhan.

Walaupun racun serangga piretroid tidak begitu berbahaya manusia, pada dos-dos yang tertentu ia masih boleh mengakibatkan alahan dan keracunan.

Tanda-tanda alahan dan keracunan.

Tanda-tanda alahan adalah bersin-bersin, selsema, gatal-gatal, dan sesak nafas.

Tanda-tanda keracunan pula adalah mual, muntah, cirit-birit, sawan, koma, dan sesak nafas.

Oleh itu, jika anda terdedah kepada racun ini, pada salur pernafasan(mulut dan hidung), hendaklah segera ke tempat lapang dan diberi bantuan pernafasan.

Jika racun piretroid (jenis semburan/aerosol) terkena kulit ataupun mata, ia boleh memedihkan serta menyebabkan gatal-gatal.

Tips jika terkena semburan serangga.

◾Mata yang terkena semburan racun tersebut, cuci dengan air bersih selama 10-15 minit.

◾Bahagian badan tercemar perlu dicuci dengan air yang banyak bersama cucian sabun.

◾Pakaian yang terkena racun haruslah dibasuh bersih sebelum dipakai semula.

◾Jika ada tanda-tanda alahan dan keracunan, segeralah berjumpa doktor.

*Racun semburan nyamuk ini perlu digunakan dengan berhatihati dan disimpan di tempat yang selamat. Ia tidak boleh dibawa bermain, lagi-lagi kanak-kanak kerana ia boleh terkena alahan. Oleh itu, semburan serangga ini digunakan kepada serangga sahaja bukan kepada manusia. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.