Mencari tips untuk melatih anak bangun subuh? Semoga artikel ini dapat membuah fikiran tentang tips yang boleh diamalkan. Selamat membaca.


Tips bangun subuh


Tiada kaedah istimewa untuk melatih anak bangun awal [Markeghe]


 
Seringkali sahabat-sahabat bertanya, bagaimana Hakimy dan Hafidz yang masing-masing seawal 7 dan 4 tahun boleh bangun diawal pagi (4:30am) untuk menjalankan Qiamulail? Seterusnya menunaikan Solat Subuh secara berjamaah di masjid.

Tiada Kaedah istimewa yang kami ( sang faqir dan isteri) terapkan, tetapi ianya kaedah yang sememangnya setiap ibubapa perlu terapkan pada anak-anak, iaitu menjadi CONTOH kepada mereka.

Pada usia awal begini, mereka harus ‘disuruh’ atau ‘disaran’ dengan TINDAKAN (action), bukan dengan SUARA (vocal).

Tindakan itu bermula dari Kita (ibubapa) terlebih dahulu. Setiap pagi latihi diri untuk bangun jam 4pagi. Pertamanya, waktu tersebut adalah waktu yang amat baik untuk perkembangan otak, paling utama waktu yang tenang untuk munajat.

Waktu tersebut juga waktu optimum untuk penghafazan dan penghafalan.

Hakimy dan Hafidz

Hakimy dan Hafidz


 

Setiap malam, sebelum tidur, Hakimy dan Hafidz akan membaca doa sesama mereka sendiri, iaitu Hakimy akan mendoakan Hafidz dan Hafidz akan mendoakan Hakimy, manakala sementara Khadijah masih bayi lagi, abang-abangnya mendoakannya.

Mereka akan bersalaman dan berpelukan sesama sendiri usai bersalaman dan berpelukan dengan papa mama mereka. Kerana mereka dididik, Hari Esok Bukan Milik Kita iaitu sentiasa bersedia menghadapi mati.

Didikan secara mahabah dan hikmah itu penting dalam memupuk jiwa yang bebas merdeka daripada Syirik dan Kemurkaan ALLAH.

Penulis: Wan Asrul Al-Kalantani

Wan Asrul Al-Kalantani

Wan Asrul Al-Kalatani merupakan salah seorang hamba Allah yang banyak memberi tips kekeluargaan dari sudut Islamik. Beliau boleh dihubungi di Facebooknya.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .