Jerawat adalah di antara musuh utama orang perempuan, malah ia juga boleh menyebabkan golongan lelaki berasa tidak selesa. Nak-nak lagi kalau yang tumbuh ialah jerawat batu atau jerawat bernanah yang besar dan merah.

Masakan tidak, jerawat boleh dianggap sebagai spotlight pada muka yang menjadi tumpuan utama mereka yang memandang. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips kecutkan jerawat yang dijamin berkesan untuk anda cuba.

Uncang teh hijau

The hijau kaya dengan antioksida. Ia membantu mengecutkan jerawat dan dalam masa yang sama mengurangkan rasa sakit dan kemerahan yang berlaku akibat keradangan pada kulit. Malah apa yang menarik, anda boleh minum dahulu teh hijau tersebut dan kemudian menggunakan uncang tersebut untuk mengecutkan jerawat pada muka. Cara untuk mengecutkan jerawat dengan uncang teh hijau adalah seperti berikut:

  • Ambil uncang the hijau yang telah digunakan dan sejukkan didalam peti sejuk.
  • Apabila sudah sejuk, tekapkan uncang teh hijau tadi pada jerawat.
  • Biarkan selama 30 minit.
  • Buang uncang yang telah digunakan tadi.
  • Biarkan muka tanpa dibilas agar kulit terus menyerap kebaikan teh hijau tersebut.

Masker teh hijau

Selain melekapkan uncang teh hijau pada jerawat, anda juga boleh menggunakan masker teh hijau untuk mengecutkan jerawat. Anda boleh gunakan cara ini jika anda mempunyai masa terluang untuk menyediakan masker tersebut. Jika tidak, memadai jika anda menggunakan kaedah uncang di atas. Cuma dari segi keberkesanan, masker teh hijau adalah lebih berkesan dan jerawat akan lebih cepat mengecut berbanding menggunakan kaedah uncang. Cara untuk menyediakan masker teh hijau untuk mengecutkan jerawat adalah seperti berikut:

  • Sediakan satu uncang teh hijau yang telah digunakan. Sejukkan didalam peti ais.
  • Setelah sejuk, keluarkan dan pecahkan uncang tersebut. Ambil serbuk teh hijau dan masukkan ke dalam bekas.
  • Campurkan sedikit madu kedalam bekas tadi. Jangan terlalu banyak. Cukup sekadar menjadikan pes.
  • Gaul sebati. Sejukkan semula di dalam peti sejuk.
  • Sapukan pada seluruh wajah dan letakkan lebih pada bahagian muka yang berjerawat.
  • Biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.
  • Masker teh hijau ini bukan sahaja membantu mengecutkan jerawat malah ia juga membantu mengelakkan berlakunya parut jerawat dan dalam masa yang sama mengelakkan jerawat baru tumbuh pada muka.
petua kecutkan jerawat

Sumber: Youtube

Tomato

Tips kecutkan jerawat yang seterusnya ialah dengan menggunakan tomato. Tomato sememangnya buah yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Bagaimana tomato membantu mencantikkan kulit? Kajian menunjukkan bahawa buah tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Lycopene iaitu sejenis antioksidan yang membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit. Malah bahan ini juga membuatan kulit muka menjadi kemerah-merahan seperti kulit tomato.

Jika anda mempunyai kulit yang mudah sunburn, tomato juga sangat membantu. Selain dimakan untuk mencantikkan kulit, anda juga boleh menggunakan tomato untuk mengecutkan jerawat. Caranya sangat mudah iaitu:

"
  • Ambil sebiji tomato, belah 4.
  • Ambil satu potong dan kisar sehingga halus.
  • Jika anda tidak mempunyai blender, boleh juga lenyek tomato tadi sehingga hancur.
  • Sejukkan didalam peti sejuk. Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, boleh terus gunakan tomato tersebut.
  • Sapukan pes tomato tersebut pada jerawat dan biarkan selama yang boleh.
  • Tomato yang disapu akan mengecutkan jerawat anda dan dalam masa yang sama mengurangkan kemerahan dan sakit akibat keradangan.

Serbuk kayu manis

Kulit kayu manis juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengecutkan jerawat secara semulajadi tanpa kesan sampingan dari bahan kimia merbahaya yang ada dalam produk mengecutkan jerawat yang ada di pasaran. Malah serbuk kulit kayu manis juga mudah untuk dibeli dengan harga yang murah. Jika anda tidak mempunyai serbuk kayu manis, anda boleh kisar kulit kayu manis yang ada di dapur atau asah kulit kayu manis pada lesung batu untuk mendapatkan serbuknya. Cara mengecutkan jerawat dengan serbuk kayu manis adalah seperti berikut:

  • Ambil sedikit serbuk kayu manis.
  • Campurkan sedikit madu kedalam bekas tadi. Jangan terlalu banyak. Cukup sekadar menjadikan pes.
  • Gaul sebati. Sejukkan semula di dalam peti sejuk.
  • Sapukan pada seluruh wajah dan letakkan lebih pada bahagian muka yang berjerawat.
  • Biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.

Timun

Timun bukan sahaja sedap dijadikan ulam malah ia juga boleh membantu mengecutkan jerawat dengan cepat. Caranya ialah potong timun kepada kepingan yang kecil, kemudian kisar atau hancurkan sehingga menjadi pes. Tampal pes timun tadi pada jerawat dan biarkan sehingga pes menjadi kering.

petua kecutkan jerawat

Sumber: Lawakhambar

Lemon

Lemon juga adalah bahan semulajadi yang digunakan untuk mengecutkan jerawat sejak dulu lagi. Namun ingin kami ingatkan bahawa memandangkan lemon adalah bersifat asid, anda mungkin akan berasa sedikit pedih apabila jus lemon terkena kulit anda yang berjerawat. Caranya ialah ambil lemon dan perah jusnya. Ambil putik kapas dan basahkan dengan jus lemon tadi. Sapukan pada jerawat dan biarkan sehingga kering. Jika anda berasa pedih, basuh muka anda dengan segera untuk menghilangkan kasakitan yang dialami.

Itulah dia info tentang tips kecutkan jerawat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua kempiskan perut, petua nenek warisan turun-temurun, dan petua sejukkan badan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.