Tips kehamilan hari ini ingin berkongsi mengenai tanda bersalin semakin hampir untuk ibu-ibu yang kini di minggu terakhir mereka. Semoga 3 tips hamil ini dapat memberi pentunjuk ringkas bahawa ianya sudah sampai saatnya untuk para ibu bersedia. 🙂

Tanda-bersalin-semakin-hampir

1. Terdapatnya lendir-lendir, atau darah pada permukaan serviks

Salah satu tanda yang sang ibu akan bersalin apabila terdapatnya lendir yang meliputi serviks. Walau bagaimanapun ianya tidak banyak. Kebiasaan terdapat dalam sejumlah kecil lendir yang berwarna  merah jambu yang melekit -lekit. Walaubagaimanapun  sebenarnya sesetengah orang tidak perasan akannya. Benda ini juga boleh datang dalam bentuk tompokan atau kepingan.

Tetapi awas, tanda ini juga kadang-kala mengelirukan sang ibu.

2. Muntah Berlebihan

Selalunya, doktor akan menyarankan supaya sang ibu mengambil makanan ringkas untuk memberikan tenaga. Tetapi apabila anda semakin hampir dengan tarikh, salah satu tandanya adalah anda kerap muntah. Anda kerap berasa loya dan juga ingin muntah. Anda juga ada  kemungkinan untuk mengalami cirit-birit.

Dinasihatkan sang ibu supaya banyak minum air dan minum minuman berkarbonat untuk membantu melegakan gejala-gejala ini – penghidratan adalah penting! Elakkan badan lesu tidak segar!

3. Kerap Sakit Perut

Selain tanda di atas, tanda lain adalah anda kerap sakit perut.  Sang ibu mungkin merasakan keperluan untuk pergi ke tandas lagi lebih dari kebiasaan. Ini berlaku kerana kepala bayi anda telah berpindah dan mungkin kini boleh menekan usus ibu. Kontraksi juga boleh menyumbang kepada sakit perut.

Semoga 3 tips ringkas tanda bersalin ini membantu.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .