Ingat lagi zaman sekolah kebangsaan dulu, betapa gigihnya kita menghafal sifir untuk subjek matematik. Bukan mudah nak menghafal sifir, ye tak?

Kalau tak hafal nanti kena denda kat sekolah malu pula dengan kawan-kawan sekelas. Nak tak nak gigih juga kita menghafal sehingga berjaya. Sekarang bila dah bergelar ibu bapa tiba masa untuk kita membantu anak-anak menghafal sifir pula.

Tahukah anda bahawa yang sebenarnya ada cara mudah untuk menghafal sifir. Ianya bukan sahaja memudahkan anak menghafal sifir malah dengan cara ini anda akan ingat sifir untuk tempoh yang lama. Takdelah sekejap saja dah lupa dan kena menghafal semula.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips hafal sifir cara mudah dan seronok buat anak-anak.

tips hafal sifir
Sumber: Mingguanwanita

Biasakan anak dengan nombor sejak kecil

Tips hafal sifir yang pertama ialah biasakan anak dengan nombor sejak mereka kecil, malah anda boleh perkenalkan nombor sejak anak anda masih bayi lagi.

Semasa anak anda bayi, beli permainan yang mempunyai nombor agar anak anda biasa melihat nombor. Apabila anak anda sudah pandai bercakap, ajar anak untuk mengira satu dua tiga. Lebih awal anak anda mengenal nombor, lagi mudah untuk dia menghafal sifir di kemudian hari nanti.

Apabila anak anda sudah boleh mengenal nombor, anda boleh bermain flash card dengannya. Apabila menonton televisyen atau video di youtube, minta anak sebut nombor yang tertera di skrin.

Apabila keluar membawa anak berjalan-jalan, minta anak sebut nombor yang kelihatan di papan tanda, nombor plat kenderaan di hadapan kereta, malah anda juga boleh membaca harga makanan pada menu sementara menunggu makanan yang disorder sampai.

Mudah sahaja kan untuk membiasakan anak dengan nombor.

Kurangkan televisyen dan gadjet

Tidak dinafikan bahawa pada zaman serba moden ini anak-anak kita banyakm menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan bermain dengan gadjet. Ketahuilah bahawa kedua-dua teknologi ini akan membuatkan anak anda sukar untuk menghafal sifir.

Bukan sifir sahaja, malah pendedahan kepada televisyen dan gadjet yang keterlaluan akan membuatkan anak anda gagal untuk menumpukan perhatian semasa belajar.

Oleh itu, salah satu tips hafal sifir yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan televisyen dan gadjet kepada anak-anak. Bukan tidak boleh langsung, tapi hadkan penggunaannya.

Tetapkan berapa jam sehari anak anda boleh menonton televisyen atau bermain telefon bimbit. Amalkan selama sebulan dan anda pasti akan melihat perubahan kepada prestasi pelajaran anak anda.

tips hafal sifir
Sumber: Siraplimau

Menghafal dalam suasana yang tenang

Pastikan anak anda menghafal sifir dalam suasana yang tenag agar mudah untuk sifir lekat di kepala anak anda. Menghafal dalam suasana yang bising akan mengganggu tumpuan anak lalu menyebabkan sukar untuk dia menghafal lalu cepat bosan dan berputus asa.

Sebut dengan kuat

Pastikan anak anda menyebut sifir dengan kuat semasa menghafal dan bukannya membaca di dalam hati. Kajian mendapati bahawa apabila sifir disebut dengan kuat, ianya akan lebih mudah untuk diingati.

Hafal separuh-separuh

Jangan hafal kesemua sifir sekali gus. Pastikan anak anda menghafal separuh-separuh agar lebih mudah untuk diingati. Sebagai contoh, untuk hari ini pilih satu sifir, katakan sifir 2. Fokus kepada sifir 2 sahaja dan mulakan dengan sedikit dahulu iaitu 1 darab 2 sehingga 1 darab 5 dahulu. Sebut dan ulang sehingga betul-betul hafal sebelum meneruskan dengan 1 darab 6 dan seterusnya.

Dengan cara menghafal separuh separuh, otak anak anda tidak akan terlalu bercelaru. Dalam masa yang sama anak anda akan kurang tertekan memamandangkan tidak terlalu banyak benda yang perlu dihafal dalam satu masa.

Mungkin anda menyangkan bahawa teknik menghafal separuh separuh akan membuatkan anak anda memerlukan masa yang lebih lama untuk menghafal sifir. Salah sama sekali. Skill menghafal separuh separuh sebenarnya akan membantu anak anda menghafal dengan lebih cepat.

Dah hafal, tulis

Setelah anda anda berjaya menghafal sifir dua tadi, minta dia tulis dan periksa untuk melihat sama ada terdapat sebarang kesilapan. Tulis berulang kali untuk melihat sama ada anak anda telah betul-betul hafal.

Ulang hafal tempat yang silap

Jika ada mana-mana bahagian yang silap, ia menunjukkan bahawa anak anda masih belum berjaya mengingati bahagian tersebut. Langkah seterusnya ialah dengan meminta anak anda mengulang sifir pada bahaian yang berkenaan. Sebagai contoh jika anak anda tidak ingat dua darab tiga, minta dia ulang berulang kali agar masuk ke dalam kepalanya.

Kemudian minta anak tulis sifir semula. Jika masih ada kesilapan, ulang langkah yang sama.

Temani anak anda semasa menghafal sifir

Satu lagi tips hafal sifir yang sangat berkesan ialah dengan cara anda menemani anak semasa mereka menghafal. Apa yang anda perlu lakukan ialah duduk di sebelah anak semasa mereka sedang menhafal.

Jika anda ada di sisi semasa anak menghafal, ia akan membantu anak anda untuk kekal fokus dan lebih cepat menghafal. Anda boleh menegur anak apabila dia kelihatan seperti mula hilang fokus. Di samping itu anda boleh terus membetulkan anak anda apabila ada sebarang kesilapan.

Itulah dia info tentang tips hafal sifir yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Bolehlah anda cuba dengan anak-anak.

Kami doakan semoga anak anda dapat menghafal sifir dengan mudah. Jika anda sukakan perkongsian kami tentang tips hafal sifir ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang jenis permainan yang bagus untuk anak, doa penerang hati, dan idea tarik minat anak untuk membaca

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.