Pernah dengar kaedah diet 5:2.? Ianya adalah sejenis program diet yang mula popular pada baru-baru ini. Tetapi bagi kami, ianya merupakan konsep Islam mungkin yang tidak disedari kita.

Konsep ini mula popular apabila diperkenalkan oleh Dr Michael Mosley yang mencubanya dalam program Horizon di BBC pada bulan Ogos 2012. Sejak itu ianya mula popular.

 

tips diet

Imej:physiomobility

Apa yang dimaksudkan 5:2. Ianya adalah datangnya pada bilangan hari. Dimana  5 hari daripada 7 hari kehidupan kebiasaan kita digunakan untuk makan seperti biasa. 2 hari selebihnya pengamalnya hanya dibenarkan mengambil kalaori tidak lebih daripada 500 kalori. Manakala 600 kalori untuk lelaki.

Kalau kita perhatikan, ianya seolah-olah kita berpuasa untuk 2 hari tersebut. Konsep dan tips kesihatan tersirat yang sudah lama dikongsi, iaitu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. 🙂

Sains telah membuktikan teknik ini berkesan dan tidak mendatangkan keburukkan. Teknik ini nyata menarik minat pengemar kerana kaedah yang mudah dan fleksibel. Ianya tidak mengganggu kitaran lemak seseorang.

Seseorang itu boleh memilih jalan yang pelbagai. Tidak kisahlah sama ada dia adalah seorang yang merupakan pemakan daging ataupun si vegetarian. Selain itu, ianya flesibel, anda boleh sahaja berpuasa pada hari lain jika ada sesuatu yang tidak dijangka.

Tidak seperti kaedah diet lain yang menuntut seseorang itu untuk memberi tumpuan setiap hari untuk kurus.

 

Tips ketika berpuasa

  • Rancang pemakanan kita. Tentukan bila anda ingin berpuasa.  (hanya untuk 2 hari ini sahaja)
  • Minum air panas untuk kurangkan dahaga dan selera.Masukkan sedikit susu untuk memastikan kita mendapat kalori yang cukup
  • Minum sup. Ianya memberi tenaga disamping kalaori yang rendah.
  • Elakkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan kerana ia membuat anda cepat lapar pada kemudiannya.
  • Bersenam selalu. Ianya dapat membuat masa kita berlalu cepat tanpa memikirkankan makanan yang diambil.
  • Motivasikan diri kita untuk berpuasa kerana Allah SWT
  • Motivasikan diri kita bahawa anda boleh dapatkan makanan yang kurang sihat pada kesesoakkan harinya jika anda terlalu teringin.

 

Ayuh bidadari sekalian, kita berpuasa hari Isnin dan Khamis

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.