Apakah itu hernia? Penyakit hernia adalah ada benjolan pada satu ruang di bahagian badan. Ia berlaku kerana sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung. Ia dikenali sebagai angin pasang.

Ia dipanggil angin pasang kerana benjolan itu ada masa boleh dilihat dan ada masa tidak dapat dilihat. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ‘reducible‘. Angin pasang ini selalu berlaku di kalangan kanak-kanak, orang dewasa juga ada yang terkena penyakit ini.

Bayi lelaki lebih ramai yang terkena penyakit ini berbanding bayi perempuan. Sama juga seperti orang dewasa. Penyakit ini mungkin kelihatan seperti berbahaya tetapi ada cara untuk memulihkannya. Bayi boleh melakukan pembedahan untuk memisahkan kantung yang dijumpai di bawah lapisan otot dengan saluran sperma dan saluran darah.

Pembedahan ini tidak mengambil masa yang lama, ia memerlukan masa lebih kurang 15 ke 30 minit. Kemudian, pesakit boleh dibawa keluar pada hari yang sama. Apa kata kita cegah dulu anak kita sebelum terkena angin tetapi bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk mencegah kanak-kanak daripada terkena hernia. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

cegah hernia

Imej via Facebook

Tanda-Tanda

Bonjol di pelipat paha.

Bonjol tenggelam apabila ditekan dan jika anak berbaring terlentang.

Bonjol membesar apabila anak batuk atau menangis.

Kadang-kadang bonjol masuk ke dalam pundi-pundi buah zakar.

Tindakan yang perlu diambil ibu bapa

Periksa kawasan pelipat paha anak jika ia menangis atau mengadu sakit.

Rujuk kepada doktor apabila :

Ada bonjol di pelipat paha atau di dalam pundi-pundi buah zakar yang perlu dipastikan diagnosisnya.

Bonjol yang tidak dapat dimasukkan ke dalam.

Bonjol yang keras.

Anak muntah, sakit perut dan sentiasa menangis.

Tips untuk mencegah untuk kanak-kanak

– Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum, mengandungi banyak serat untuk menghindari dari masalah sembelit atau meneran.

– Segera berjumpa dengan doctor apabila mengalami batuk yang berpanjangan atau bersin yang berterusan.

– Ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih lagi kepada bayi mereka supaya bayi tidak selalu menangis atau sukar membuang air besar kerana kedua aktiviti seperti menangis dan meneran hanya akan memberi lebih tekanan kepada hernia tersebut.

*Selain kanak-kanak, lelaki dewasa juga berisiko untuk dapat penyakit hernia ini atasa faktor usia dan pemakanan. Penyakit ini boleh baik melalui pembedahan tetapi lebih bagus jika kita dapat mengelaknya. Lebih-lebih lagi kanak-kanak. Bayi juga boleh terkena penyakit ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.