Untuk kali pertama hamil, ibu mana yang tidak sedih apabila berlaku keguguran, sama juga dengan ayah. Penantian yang penuh gembira saat dapat berita bahawa ibu telah hamil. Tetapi jika tiada rezeki untuk mendapat anak, kita perlu redha dan banyakkan berdoa. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah.

Apabila disahkan gugur, pasti ibu perlu menjalani pembedadahan untuk membersihkan rahim semula. Selepas itu, ibu perlu berpantang untuk satu jangka masa sehingga ibu sepenuhnya sihat. Cara berpantang biasa dengan gugur lebih kurang sama sahaja, yang membezakannya adalah tempoh berpantang.

Bagaimanakah cara berpantang yang betul bagi yang berlaku keguguran?

Mari kami kongsikan kepada anda mengenai tips berpantang selepas berlaku keguguran anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aisyah. Puan Aisyah merupakan bidan dan tahu tentang cara-cara berpantang selepas bersalin. Puan Aisyah juga gemar berkongsikan tips mengenai berpantang selepas bersalin di laman Facebooknya.

Cara berpantang selepas keguguran

pantang lepas gugur

Imej via today.com

1. Makan Phytonatal dan akar herbanika

– Natal untuk imbangi hormon, lawaskan nifas, najis dan kecutkan rahim. Akar tinggi antioksida bantu perbahadui sel2 mati, sembuhkan luka2 dalaman rahim malau dnc, lawaskan kencing, cuci buah pinggang dan pundi kencing.

– Ada orang-orang tua kata orang pantang tak boleh makan jamu panas. Betul tu! tapi NR bukan jamu.

"

2. Rawatan selepas gugur

– Mandi air suam panas kalau takde daun herba

– Pakai sabun GHOBU untuk elakkan angin masuk badan.

– Tuam badan sehari 2 kali. Tuam je pakai batu balut kain je. Kalau ada daun2 herba macam daun kunyit, lengkuas, mengkudu, pakai je.

– Sapu DIANG untuk panaskan badan

– Pakai bengkung walaupun kandungan baru 5 minggu perut tak buncit. Bengkung ni untuk anduh rahim. Memang lah tak besar lagi. Tapi benda tengah sakit, ampu je lah. Lagipun pakai bengkung ni bagus untuk mak2 tu sedar diri yang diorang tgh dalam pantang.

– Pakai pilis guna minyak ROYAN. Jgn ingat xberanak angin meroyan tak akan serang kepala. Ramai je pelanggan2 kak ice yang kena migrain kronik walaupun lepas gugur. Sebab orang gugur ni lagi mudah kena serang angin Meroyan.

3. Pantang makan

-Ni list makanan mudah nak masak masa PKP

– Singgang lada hitam tenggiri

– Sup ayam kampung

– Ikan selar bakar

– Sayur sawi

– Kerabu pegaga, ulam raja dan selum

– Rendang daging lada hitam

4. Tempoh pantang

– Kandungan tak bernyawa – 30 hari

– Kandungan dah bernyawa – 44 hari

– Gugur berulang – sehingga hamil balik

*Selepas berlaku keguguran atau bersalin, ibu perlu berpantang untuk menjaga kesihatan diri yang telah mengeluarkan banyak tenaga dan darah ketika bersalin. Jika tidak menjaga dengan baik, takut luka tidak dapat sembuh dengan cepat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.