Di Malaysia, kajian telah di buat terdapat 50% dari golongan lelaki adalah perokok. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.

Asap yang dihembus oleh perokok akan dihidu oleh golongan bukan perokok dan boleh membahayakan kesihatan mereka.

tips berhenti merokok
Image via lifestyle

Ramai yang nekad untuk berhenti merokok tetapi begitu banyak cabaran untuk berhenti merokok. Berhenti merokok bukan satu kerja yang mudah. Rokok (nikotin) ini bagaikan satu alat kebergantungan kepada perokok. Jadi, bagaimana cara mujarab untuk berhenti merokok?

Mari kami kongsikan tips sebenar mengenai cara berhenti merokok dengan menggunakan terapi penggantian nikotin (NRT). Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

Kebergantungan kepada nikotin dari sumber luar(rokok) ini menyebabkan timbul simptom ketagihan bila nikotin dari sumber luar ni diberhentikan secara mendadak.

Simptom-simptom dalam proses berhenti merokok.

Simptom ketagihan rokok adalah lesu, kurang fokus, sakit kepala, resah, dan sebagainya. Simptom-simptom ini menjadikan usaha berhenti merokok agak sukar.

Tips untuk berhenti merokok.

Boleh cuba amalkan bebrrapa tips seperti di dalam gambar di bawah. Selain itu, ada cara lain untuk meningkatkan peluang untuk berjaya berhenti merokok.

tips berhenti merokok
tips berhenti merokok
Image via Facebook

Menggunakan ubat bantuan berhenti merokok.

Menggunakan ubat bantuan berhenti merokok! Ubat bantuan ini juga boleh mengawal ketagihan yang kuat dan mengurangkan simptom-simptom tersebut.

Doktor atau ahli farmasi boleh membantu menyesuaikan pelan berhenti merokok bersama-sama dengan penggunaan ubat bantuan berhenti merokok.

Terapi penggantian nikotin (NRT)

NRT berfungsi untuk mengurangkan kesan ketagihan nikotin ketika proses berhenti merokok. Ia menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal. NRT terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tampalan transdermal dan gula getah oral.

◼️Tampalan transdermal

Menyediakan sokongan sepanjang hari dengan membantu melegakan simptom penarikan

◼️Gula getah oral

Memberikan kawalan yang pantas apabila ketagihan yang kuat menyerang.

Ubat bantuan berhenti merokok boleh dipilih sama ada dengan menggunakan tampalan transderma atau gula getah oral. Bagi perokok tegar atau mereka yang gagal berhenti sebelum ini, gabungan kedua dua bentuk NRT (tampalan dan gula getah) telah terbukti meningkatkan kadar kejayaan.

NRT boleh didapati tanpa preskripsi dari farmasi. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menjalankan penilaian awal berhenti merokok dengan profesional kesihatan untuk menentukan dos yang sesuai.

Ubat tanpa nikotin

Ubat tanpa nikotin terdapat dalam bentuk pil. Ia merangsang kawasan otak yang sama seperti nikotin. Ia membantu mengurangkan ketagihan ketika proses berhenti merokok.

Mana nak dapatkan ubat-ubat ni?

Di Klinik Kesihatan, ada perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok. Boleh dapatkan nasihat dan preskripsi ubat berhenti merokok daripada doktor dan ahli farmasi di sana.

*Berhenti merokok memang sukar tetapi ianya amat berbaloi. Berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit kanser, menjimatkan wang dan boleh menyelamatkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah.

Ikuti tips seperti yang diberi oleh doktor di atas, pasti dapat berhenti merokok. Apa yang penting perlu konsisten dan nekad yang kuat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .