Lelaki mempunyai beberapa maksud apabila berbicara. Artikel kali ini berkongsikan tentang tips bahasa suami mengenai lapar yang boleh digunakan sebagai sang isteri sebagai panduan.

tips bahasa suami
pixshark.com

#Tips 1 Bahasa Suami

Apabila lelaki sekejap masuk dapur, sekejap keluar. Kemudian masuk semula ke dapur. Itu bermaksud dia sangat lapar.

#Tips 2 Bahasa Suami

Apabila isteri atau ibu sedang masak, kemudian dia masuk dapur dan tanya menu, itu bermaksud dia sedang lapar tetapi tidak terlalu lapar.

#Tips 3 Bahasa Suami

Apabila sebelum balik ke rumah dari tempat kerja suami telefon isteri dan bertanya mahu makan apa malam ini. Itu bermaksud dia terlepas makan tengahari tadi. Memang dia lapar.

#Tips 4 Bahasa Suami

Apabila lelaki balik rumah dan tidak ada apa-apa makanan. Tiba-tiba anak meragam dan dia pula naik angin, sama ada dia ada masalah atau dia sangat lapar.

#Tips 5 Bahasa Suami

Apabila sebelum maghrib lelaki sudah tanya tentang makan. Bermaksud sama ada dia mahu belanja makan di luar atau dia sudah lapar dan perlu makan malam awal.

"

#Tips 6 Bahasa Suami

Apabila lelaki makan makanan lain sewaktu isteri sedang memasak seperti biskut, kek dan sebagainya sedangkan makanan itu bukan kegemarannya, bermaksud dia sedang lapar. Sangat lapar.

#Tips 7 Bahasa Suami

Apabila lelaki ajak keluar jalan-jalan beberapa ketika selepas makan malam. Itu bermaksud dia mahu makan lagi.

#Tips 8 Bahasa Suami

Apabila lelaki berkata, “Saya rasa lapar.” Jangan ditanya kenapa lapar dan kenapa tidak makan tadi. Hehe!

Penulis: Ahmad Saifuddin Yusof

Ahmad Saifuddin Yusof

Tuan Ahmad Saifuddin Yusof merupakan penulis buku Ada Apa Dengan Nama dan salah seorang ahli Tim Motivasi Hati. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.