Proses bersalin mengambil masa yang lama kerana doktor dan jururawat perlu melakukan banyak kerja dan menyediakan peralatan untuk proses bersalin. Selain itu, ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu bagi suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi ke dunia ini. Tetapi dalam masa yang sama, waktu yang sangat mencabar untuk isteri.

Jika suami diberi peluang untuk melihat isteri bersalin di bilik bersalin, waktu itu baru dapat lihat betapa sakit dan kuatnya isteri untuk melahirkan anak. Bukan semua isteri dapat melahirkan anak secara normal, ada yang perlu pembedahan kerana tidak dapat bersalin normal. Jadi, suami perlu ambil tahu bagaimana untuk membantu isteri mudahkan proses bersalin.

Mari kami kongsikan info sebenar 11 tips untuk membantu isteri mudah proses bersalin. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

11 Tips mudahkan proses bersalin

tips mudah proses bersalin

Imej via siraplimau.com

1. Urut isteri (sebaiknya sebelum tidur)

Urut isteri di bahu, bahagian belakang, pinggang dan kepala. Urutan jgn terlalu kuat, cukuplah sekadar menghilangkan lenguh dan melegakan. Masa nak urut tu minta isteri dalam keadaan relax. Ada 2 lagi aktiviti yg boleh mengindahkan proses kehamilan isteri.

2. Bawa isteri berenang

Ramai pregnant mommy yang tak biasa dengan aktiviti ni. Percaya atau tak, berenang adalah antara senaman paling selamat & bagus utk ibu hamil. Kalau tak pandai berenang, isteri boleh berpaut kpd leher suami sambil2 tendang2 dalam air. Kalau pandai berenang lagi bagus.

3. Bantu isteri indahkan emosinya

Masa isteri muntah2 tu tolonglah urut2 belakang isteri, bantunya untuk kembali ok. Kesian isteri. Bawa isteri jalan-jalan, bahagiakan dia, cakap perkara-perkara baik dan tenangkan hatinya. Belikan makanan yg isteri suka, sama-sama tonton movie yang best dan kerapkanlah luah rasa cinta dan sayang tuan terhadap isteri. InsyaAllah moodnya akan bertambah best.

4. Berbuat baik, peluk, sayang dan cintai isteri sepanjang masa

Isteri kita tak pernah suka dan tak minta untuk lalui mood up dan down. Emosinya ketika hamil tak stabil disebabkan perubahan hormon. Make sure kerapkan peluk, cium dan luahkan rasa sayang dan cinta tuan kepada isteri. Isteri nak perhatian tu.

5. Elakkan sebut perkataan yang boleh sakitkan hati isteri

contoh : “awak ni asyik tido je” kena igt ya masa menyusukan anak kudrat isteri terlalu lemah bantulah dia isteri perlukan lebih rehat lebih tidur lebih makanan dan lebih minuman berkhasiat.

6. Urutan perineum

Selain kerap bersama di akhir akhir kehamilan, pastikan tuan buat urutan perineum buat isteri. Tangan isteri tak sampai tu.

7.Banyakkan membaca

Ramai isteri melalui kemurungan, stres dan meroyan sebab suami tak faham & tak ambil tahu apa yang dilalui isteri. Sebab tu suami kena membaca ilmu2 kehamilan untuk tahu apa yang dilalui isteri. Dalam buku 9 bulan 10 hari, Tahniah anda hamil dan pak bidan ada tips lengkap buat suami faham & tahu apa yang dilalui bidadari tuan. Semoga banyak rezeki mengejar tuan & keluarga.

8. Pastikan ada bersama isteri di bilik bersalin

Jangan pengsan ya tuan. Ada banyak perkara tuan perlu buat & ingatkan isteri sebelum, semasa & selepas berada dalam labour room. Rujuk mukasurat 123 buku 9bulan 10hari.

9. Peranan suami semasa isteri berpantang

Jangan sesekali biar isteri buat itu ini masa pantang. Pastikan isteri tuan banyak berehat & focus untuk menyusukan anak. Pulmonary Embolism boleh hadir & meragut nyawa isteri tuan tanpa sedar jika isteri tuan terlalu stres & penat. Hati hati ya Sebaiknya sentiasa ada bersama isteri, uruskan makan minum, mandi dan anak-anak.

10. Hadiahkan ilmu buat isteri

Masa pregnant isteri tuan perlukan kata2 semangat, isteri tuan perlu tahu apa yang dilaluinya dan bagaimana nak handle. Dalam buku 9bulan10hari ada panduan terbaik buat isteri tuan dari merancang kehamilan, kehamilan, kelahiran, berpantang dan penyusuan susu ibu. Hadiahkanlah buku 9bulan 10hari ini buat isteri.

11. Indahkan proses menyusukan anak isteri

Tolong urut belakang isteri, tolong bantu isteri jaga anak, tolong basuh botol susu anak, & banyakkan membaca mengenai cara penyimpanan susu ibu.

*Berikut adalah 11 tips untuk memudahkan proses bersalin untuk isteri. Suami perlu baca tahu tips-tips ini agar dapat membantu isteri sepanjang tempoh isteri mengandung. Bersalin bukanlah proses yang mudah untuk isteri, jadi suami perlu ada untuk memberi semangat kepadanya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.