Anak demam panas? Demam panas ini tidak boleh dibawa main-main tau. Memang setiap kali anak mengalaminya secara tiba-tiba, mesti para ibu bapa bingung, pusing kepala hendak buat apa.

Apatah lagi apabila si ibu dan si bapa sibuk bekerja mencari rezeki, susah hendak minta cuti untuk menghantar anak ke klinik atau hospital untuk diperiksa, hanya berkesempatan menjenguk sebentar.

Aduhai, kesiannya anak perlu menahan kesakitan buat sementara, menunggu si ibu atau si bapa berkelapangan penuh untuk menghantar mereka. Atau mungkin sahaja, tidak berkesempatan langsung.

demam panas
Imej via My Baba

Haaaaa, oleh kerana itu si ibu dan si bapa hendaklah serba tahu bagaimana hendak menangani keadaan anak yang tengah demam panas di rumah, terutamanya sebelum dan selepas masa bekerja, juga di masa rehat jika sempat singgah balik ke rumah. Jadi, mari baca perkongsian ilmu dari Dr. Ezairy M.Sallih apabila badan anak tiba-tiba bersuhu tinggi.

Bagaimana Ibu Bapa Dapat Membantu Anak Yang Tengah Demam Panas?

Terus bawa ke hospital? Tak tahu nak buat apa?

Perkara paling penting ialah jangan panik! Anda perlu melihat keadaan anak atau bayi anda di rumah dengan lebih dekat.

demam panas
Imej via Parents

Ikuti 10 langkah dan tip-tip ini:

1. Beri mereka banyak air. Perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak-anak.

2. Berikan mereka makanan jika mereka mahu. Jangan disekat-sekat.

3. Perhati dengan lebih kerap anak-anak anda secara teratur terutama pada waktu malam.

4. Elakkan banyak keluar ke tempat ramai orang. Sebaiknya, berehat di rumah terlebih dahulu sehingga anak anda sembuh.

5. Beri mereka paracetamol mengikut dos yang sepatutnya. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu. Jangan beri sesuka hati!

6. Jangan sapukan tubuh mereka dengan apa-apa jenis daun dan sebagainya untuk menyejukkannya – ini tidak membantu mengurangkan demam.

7. Jangan tutup mereka dengan terlalu banyak pakaian atau pakaian tidur dengan tujuan mengelakkan sejuk.

8. Jangan menggabungkan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan paracetamol, kecuali selepas berjumpa doktor. Bahaya!

9. Elak beri paracetamol dan ibuprofen untuk kanak-kanak di bawah 2 bulan kecuali atas nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan sesuka hati ambil produk tambahan, suplemen dan ubat tanpa pengawasan doktor.

10. Bawa berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini :

  • Anak berumur bawah 6 bulan dan mempunyai suhu melebihi 38.
  • Mempunyai tanda-tanda penyakit lain, seperti ruam, serta suhu tinggi.
  • Tidak mahu makan, atau minum.
  • Tidak aktif di rumah.
  • Suhu masih tinggi walaupun sudah diberi ubat paracetamol atau ibuprofen.
  • Ada tanda-tanda dehidrasi (kurang air dalam tubuh) seperti lampin yang kurang basah, bibir dan lidah kering, dan sebagainya.

*Tidak susah bukan? Demi anak-anak tersayang, mestilah kena tahu benda-benda begini. Apa tunggu lagi, jom share info ini sebagai panduan kepada para ibu bapa di luar sana yang kurang tahu ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.