Tidur adalah perbuatan semula jadi yang sangat penting oleh tubuh. Betapa lengkapnya ajaran Islam, sehinggakan cara untuk tidur juga turut diberikan panduan. Itulah sebabnya, Islam disebut sebagai cara hidup. Ia bukan sekadar satu agama yang mempunyai ritual keagamaan semata-mata.

Tetapi memandu umatnya untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik bermula bangun tidur di waktu pagi sehinggalah kita tidur semula pada waktu malam.

tidur comel

Imej via zuriat

Tidur adalah cara untuk kita memberi hak kepada badan setelah ia bekerja di siang hari. Tidur memberi tubuh kerehatan. Dengan waktu tidur yang cukup, badan akan kembali cergas dan bertenaga. Namun, berlebihan waktu tidur pula akan menyebabkan badan kita menjadi lesu dan lemah.

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ. وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Maksudnya, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Surah az-Zariyat, Ayat 17-18)

 

Etika Tidur Rasulullah SAW

#1 Berdoa dan Berzikir Sebelum Tidur

Al-Baro’ bin Azib ra berkata, “Adalah Rasulullah saw jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca:

اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَآمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ

Maksudnya “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan mengadapkan wajah ku padaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu.

Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan.”

(HR Bukhari & Muslim)

#2 Dalam Keadaan Berwudhu

wudhu

Imej via nu

Hal ini berdasarkan hadis Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi saw bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

Maksudnya, “Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.” (HR Bukhari & Muslim)

#3 Mengiring Ke Kanan

Berdasarkan hadis Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi saw bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

Maksudnya, “Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.” (HR Bukhari & Muslim)

Tidur

Imej via azhan

Menurut Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak susah untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat untuk jantung. Manakala, tidur pada sisi kiri juga bagus untuk badan, tetapi membuat seseorang semakin malas.” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322)

#4 Membaca 3 Qul

Dari ‘Aisyah ra berkata,

كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَ (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ) وَ (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya, “Nabi saw ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau menadah kedua tapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (suraa al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin nas’ (surah an-Nas).

Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”

(HR. Bukhari)

#5 Tidur Awal

Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم, كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا

Maksudnya, “Rasulullah saw melarang tidur sebelum solat ‘Isya dan berbual kosong sesudahnya.” (HR. Bukhari)

tidur awal

Imej via mataislam

Ibnu Baththol menjelaskan, “Nabi saw tidak suka berborak-borak setelah solat ‘Isya kerana Baginda sangat berhajat melaksanakan solat malam dan bimbang jika tidak dapat menunaikan Solat Subuh berjemaah.

Umar al-Khattab pernah memukul orang yang berbora-borak kosong setelah solat Isya’, beliau mengatakan, Apakah kalian sekarang begadang di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?” (Syarah al-Bukhari, Ibnu Baththol, 3/278, asy-Syamilah)

Doa Tidur dan Bangun Tidur

Dari Hudzaifah ra, ia berkata bahawa Nabi saw jika ingin tidur di malam hari, maka beliau meletakkan tangannya di pipi kanan, kemudian mengucapkan,

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوْتُ وَأَحْيَا

ALLAHUMMA BISMIKA AMUTU WA AHYA

Maksudnya, “Ya Allah, dengan nama-Mu. Aku mati dan aku hidup.”

Jika Baginda bangun dari tidur, beliau mengucapkan,

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

ALHAMDULILLAHILLAZI AHYANA BA’DA MA AMATANA WA ILAIHIN NUSYUR

Maksudnya, “Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” (HR Bukhari)

 

Namun begitu, terdapat juga beberapa hadis yang meriwayatkan lafaz-lafaz lain untuk doa tidur. Antaranya:

بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا

BISMIKA AMUTU WA AHYA (HR. Bukhari, no. 6312)

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

BISMIKA ALLAHUMMA AMUTU WA AHYAA (HR. Bukhari, no. 6324)

بِاسْمِكَ نَمُوتُ وَنَحْيَا

BISMIKA NAMUTU WA NAHYA (HR. Bukhari, no. 7395)

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا

ALLAHUMMA BISMIKA AMUUTU WA AHYAA (HR. Bukhari, no. 6314, 6325)

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ

ALLAHUMMA BISMIKA AHYAA WA AMUT (HR. Bukhari, no. 7394)

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ

ALLAHUMMA BISMIKA AHYA WA BISMIKA AMUT (HR. Muslim, no. 2711)

Kesimpulan

Setiap perbuatan yang kita lakukan setiap hari sunat jika dimulakan dengan nama Allah. Begitu juga tidur. Nabi saw, mengajar kita beberapa amalan sunnah serta adab ketika tidur. Begitu juga bacaan doa ketika hendak tidur dan setelah bangun tidur.

Walaupun lafaz doa tidur ada sedikit perbezaan menurut riwayat hadis, namun makna doa tersebut adalah sama. Tiada masalah untuk anda mambaca mana-mana doa sekalipun. Yang lebih mustahak adalah kita berusaha semampu yang boleh untuk mencontohi sunnah Nabi walaupun ketika tidur. Wallahu a’lam.

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Adab Dan Doa Tidur yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Rujukan:

  1. Rumaysho
  2. Wikipedia
  3. Addeen
  4. Jubah

 

Penulis: Aniuna

Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.