Ada sesetengah kepercayaan bahawa jika anda tidak datang period 6 bulan selepas habis darah nifas, bermakna anda telah berpantang dengan baik dan darah kotor telah habis keluar semuanya. Benarkah begitu?

Sebenarnya dalam istilah perubatan, sebahagian ibu yang menyusukan anak secara regular dan konsisten (biasanya yang fully breastfeeding) akan mengalami LACTATIONAL AMENORRHOEA, iaitu tidak datang period untuk jangka masa tertentu selepas habis darah nifas.

tidak period selepas bersalin

Hal ini dinamakan sebagai Lactational Amenorrhoea. [FHI360]

Ia tidak terhad kepada 6 bulan, bahkan ada yang tidak datang haid selama lebih setahun kerana menyusukan anak. Ini adalah sebuah fisiologi normal yang terjadi disebabkan kandungan hormon prolaktin yang tinggi dalan tubuh (hormon prolaktin berfungsi merangsang penghasilan susu).

Jadi selagi badan anda menghasilkan hormon prolaktin yang tinggi, ia akan menghalang proses ovulasi dan seterusnya menyebabkan anda tidak datang haid.

Tetapi tidak semua ibu yang fully breastfeeding akan mengalami lactational amenorrrhoea. Ramai juga ibu yang exclusively breastfeeding tetapi tetap datang haid secara regular selepas habis pantang. Ianya bergantung kepada paras hormon dan sistem tubuh masing-masing.

Oh ya, lactational amenorrhoea dan breastfeeding boleh mengurangkan risiko breast cancer, jadi tahniah kerana memilih untuk fully breastfeed anak-anak anda!

Penulis: Dr Hana

Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .