Sawaddikap!!!

Jika sebelumnya kami pernah berkongsikan resepi ayam sos tiram simple, kali ini pula kami akan manjakan anda dengan resepi Thai style chicken oyster sauce atau dalam bahasa kita ialah ayam sos tiram ala Thai.

Resepi ini ialah kegemaran ramai. Cuba buat sekali mesti satu keluarga nak lagi, hari hari mesti ingin request masakan ini sahaja.

Oleh sebab nama resepi masakan sos tiram, maka paling sesuai dan sedap apabila ayam ditukar dengan seafood. Cuma kadang tidak semua orang makan seafood disebabkan alergik atau alahan lain. Apapun, resepi ini tetaplah terbaik. Tengok gambar pun boleh terliur bukan? Sila cubakan resepi yang dikongsikan oleh ‎Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.

Resepi Thai Style Chicken Oyster Sauce

AYAM SOS TIRAM thai

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Setengah ekor ayam (dipotong kecil-kecil),
  • 3 ulas bawang merah (dimayam),
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 batang serai,
  • Daun bawang,
  • Cili padi (jika suka pedas berapi boleh letak banyak),
  • Sos tiram,
  • Cili giling,
  • Sos cili,
  • Garam gula secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Ayam perlu digoreng dahulu.
  2. Untuk sos, tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan tumis sampai cili garing.
  4. Kemudian masukkan serai, sos tiram, sos cili, gula, garam dan sedikit air. Biarkan mendidih baru masukkan ayam yang telah digoreng dan bahan-bahan lain iaitu cili padi dan daun bawang.
  5. Nampak semua dah mesra bolehlah dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam sos tiram ala thai, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.