670px-Be-a-Successful-Muslim-Husband-Step-1

wikihow

Seorang mengadu isterinya jauh dari amalan Islam. Tak solat langsung. Tak nak tutup aurat. Suka bersosial. Lelaki tadi baru-baru dapat hidayat. Dia benar-benar sedih dan rasa benar-benar kecewa.

Dia balik rumah dan masuk bilik. Menangis dalam doa. Ya Allah maafkanlah hambaMu ini. Selamatkanlah isteriku. Selamatkanlah kami. Maafkan kerana salah diriku selama ini, isteriku tidak faham Islam.

Dia hadiahkan isterinya bunga. Kemudian pujuk isterinya. Sayang cantik dan sempurna. Sayang bidadari abang dunia dan akhirat. Sayang sempurna di mata abang. Sayanglah bidadari paling cantik dalam syurga nanti. Sikit jer lagi sayang. Abang janji dengan kita dekat diri pada Allah kita akan rasa bahagia yang sebenarnya. Bahagia ni dari Allah.

15916f7c53b5a83e265802f8e61f12bfpinterest.com

Isterinya setiap malam dengar suaminya baca Al-Quran dan hadis Nabi saw. Kemudian bersama suaminya belajar Islam. Meluangkan masa di jalan Allah. Tengah malam suaminya bangun menangis pada Allah. Ya Allah betapa hati ini menyayangi isteriku. Kau sayangilah dirinya. Sayangilah kami. Ya Allah pimpinlah kami sehingga kami peroleh redhaMu.

Isterinya mula berubah. Dia terasa benar-benar bahagia. Saat taat Allah itu lebih bahagia. Siapa sangka bertudung itu lebih nikmat dari terbuka sana sini. Siapa tahu nikmat di jaga dan dicemburui suami itu lebih nikmat dari hidup macam burung yang bebas. Hanya yang melalui akan merasainya. Itulah nikmat TAAT dan CINTA ALLAH.

Bangunkanlah pasangan kita dengan kasih sayang dan iman. Syukurilah hidup ini. Redha dengan segalanya.

Penulis: Ebit Lew

Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.