Bandar Ho Chi Minh atau dikenali sebagai Saigon sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Tiap kali sebut perkataan Vietnam, pasti terus terbayang syurga membeli-belah. Tahukah anda bahawa selain shopping, terdapat banyak lagi aktiviti menarik di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Vietnam yang tak semua pelancong Malaysia tahu.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: edition

1. Pasar Ben Thant

Ok, kami kongsikan tempat shopping dahulu memandangkan biasanya rakyat Malaysia pergi ke Vietnam untuk bershopping. Pasar Ben Thant adalah pusat membeli-belah yang sangat besar. Apa yang anda nak? Semuanya ada di sini. Kain pasang, kain cotton, kain lace, telekung sembahyang, tudung instant, hiasan rumah, kraftangan, barangan dapur, semuanya ada. Anda juga boleh menempah pakaian yang akan siap dijahit dalam tempoh beberapa jam sahaja dengan kos yang sangat murah.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Abamkorie

2. Pasar Binh Tay

Ok, tempat shopping lagi. Tapi yang ini berbeza daripada Pasar Ben Thant kerana Pasar Binh Tay adalah pusat membeli-belah secara borong atau pukal. Ala-ala GM Klang gitu. Biasanya para peniaga akan mengambil stok di sini. Harganya? Pasti jauh lebih murah daripada pasar yang pertama. Kalau anda ingin membeli sesuatu barang dengan kuantiti yang banyak, sila shopping di sini.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Travelje

3. Chu Chi Tunnel

Chu Chi Tunnel merupakan terowong bersejarah yang digunakan oleh askar Vietnam semasa berperang dengan askar Amerika dahulu. Rangkaian terowong bawah tanah yang hebat ini  adalah seluas 200 kilometer panjang. Di sana juga masih terdapat barang tinggalan sejarah yang digunakan oleh tentera semasa berperang. Semuanya masih berada dalam keadaan baik dan terjaga rapi.

Apa yang menarik, anda boleh merasa sendiri pengalaman askar Vietnam semasa berperang. Anda dibenarkan untuk masuk ke dalam terowong yang sempit dan kecil tersebut, jika berani.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Klook

4. War Remnants Museum

Muzum perang ini sangat unik dan menjadi salah satu tempat menarik di Vietnam yang wajib anda kunjungi. Terdapat pelbagai bahan tinggalan sejarah ketenteraan zaman perang Vietnam di sini termasuklah helikopter, kereta kebal, peluru mortar, senapang, meriam dan sebagainya.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Willflyforfood

5. Independence Palace ( Reunification Palace )

Asalnya ia merupakan tempat tinggal Presiden Republik Vietnam namun sekarang ia menjadi salah satu tarikan pelancong di Vietnam. Bangunan bersejarah ini pasti menarik minat anda dengan replika ketenteraan yang berada di sekeliling bangunan. Apabila anda berada dalam bangunan ini, pasti akan terasa betapa ngeri dan teruknya zaman perang yang dilalui oleh penduduk Vietnam.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Vietvisit

6. Central Post Office

Ia merupakan pejabat pos lama dengan struktur bangunan klasik yang dijaga dengan baik sehingga ke hari ini. Menariknya, bangunan ini dicipta oleh Alexandre Gustave Eiffel iaitu orang sama yang mereka Eiffel Tower di Paris. Menarik bukan?

Pejabat pos bersejarah ini masih berfungsi sebagai pejabat pos, sehingga ke hari ini.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Pinterest

7. Saigon Opera House

Seperti namanya, ia merupakan sebuah bangunan dimana pertunjukan opera diadakan. Dibina pada tahun 1897 pada era penjajahan Perancis. Ia masih beroperasi sehingga kehari ini. Anda boleh melawat Saigon Opera House untuk melihat sendiri keindahan seni bina bangunan klasik yang bersejarah ini atau boleh juga memilih untuk menonton persembahan opera yang diadakan. Pengalaman menonton opera di Saigon Opera House pastinya sangat berharga.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Silverlandhotel

8. Boneka Air Vietnam

Apa benda boneka air Vietnam ni? Ia merupakan presembahan seni menggunakan boneka kayu di atas pentas yang menyerupai sawah padi. Boneka-boneka kayu tersebut akan dimainkan diatas kolam kecil yang berada di pentas tersebut. Ianya merupakan persembahan seni yang sangat unik dan hanya boleh ditonton di Vietnam. Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan boneka air Vietnam jika anda pergi ke Bandar Ho Chi Minh. Anda pasti terhibur.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Worldnesia

9. Bitexico Financial Tower

Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat bangunan tertinggi di Vietnam. Terdapat dua aktiviti yang boleh anda lakukan di sini iaitu sama ada pergi ke cafe yang terletak di tingkat 50 bangunan atau anda juga boleh singgah di Saigon Sky Deck di tingkat 49. Jika anda jenis yang sukakan aktiviti mencabar dan tidak gayat berada di tempat tinggi, Bitexico Financial Tower pastinya destinasi yang sesuai untuk anda.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Tripexpert

10. Turtle Lake

Ia merupakan tasik yang agak misteri, berada di tengah-tengah Bandar Ho Chi Minh. Ia menjadi pusat tarikan pelancong bukan sahaja disebabkan kedudukannya, malah seni rekabentuknya yang unik adalah gabungan senibina timur dan barat. Apa yang unik tentang tasik ini ialah tiada seekor pun penyu di sini walau pun namanya ialah Turtle Lake.

Dari mana ia mendapat nama Turtle Lake sedangkan tiada seekor pun penyu di situ? Ia adalah satu kisah sejarah yang perlu anda gali sendiri semasa berada di Vietnam.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Pinterest

11. Museum of Vietnamese History

Tempat menarik terakhir di Vietnam yang ingin kami kongsikan ialah Museum of Vietnamese History. Ia merupakan muzium yang menceritakan perjalanan sebuah negara bernama Vietnam, dari zaman dahulu kala sehingga ke zaman moden. Pastinya lawatan anda ke Vietnam akan lebih menarik jika anda meluangkan masa di sini.

tempat menarik di vietnam

Sumber Gambar: Wikipedia

Itulah dia 11 tempat menarik di Vietnam yang wajib anda kunjungi jika bercuti ke sana. Selamat bercuti!

Artikel Travel Lain

Anda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.