Turki merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia. Siapa yang tak teringin pergi ke Turki? Bestnya kalau dapat naik belon panas di Cappadocia.

Makan kebab dan pencuci mulut turkish delight. Menikmati cuacanya yang lain dari Malaysia. Kali ni kami nak berkongsi 11 tempat menarik di Turki sebagai panduan anda yang sedang merancang untuk ke sana.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Cheria

1. Haghia Sofia

Haghia Sofia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang cantik dan melambangkan kehebatan senibina Kristian dan juga Islam.

Pada asalnya Haghia Sofia merupakan sebuah gereja dan kemudian bertukar menjadi sebuah masjid. Pada hari ini, Haghia Sofia adalah sebuah muzium .Harga untuk masuk ke Haghia Sofia adalah sebanyan 25 TRY (Turkish Lira) atau lebih kurang RM 28-35 bergantung kepada nilai matawang semasa.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Polityka

2. Grand Bazar

Ia merupakan salah satu tempat membeli-belah terbesar dan tertua di Turki. Pelbagai jenis barang ada dijual di sini namun harga barang di sini agak mahal sedikit berbanding tempat-tempat lain. Grand Bazaar dibuka setiap hari dari jam 9 Pagi hingga 7 Malam.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Fineartramerica

3. Cappadocia

Cappadocia terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu yang sememangnya sangat cantik.  Kalau anda sudah sampai ke Cappadocia, jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panas di sini. Kebiasaannya sebuah belon udara panas akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Rainbowtourturki

4. Masjid Biru ( Masjid Sultan Ahmed )

Masjid Sultan Ahmed dinamakan sebagai masjid biru kerana hiasan jubin didalam masjid tersebut berwarna biru. Masjid ini dibina oleh SultanAhmet dan ianya merupakan masjid pertama pada zaman beliau.

Masjid ini adalah lambang kehebatan empayar Turki. Anda pasti terpegun dengan keindahan masjid ini yang mengabungkan senibina Islam dan juga Ottoman. Masuk adalah percuma.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Merdeka

5. Istana Topkapi

Sekiranya sudah sampai Istanbul, anda wajib singgah di Topkapi Palace yang merupakan istana terbesar di Istanbul, Turki dan antara yang tertua di dunia. Dengan keluasan 700,000 ekar, istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih. Hari ini,  ia menjadi perpustakaan dan pusat pentadbiran undang-undang Turki. Di Istana Topkapi ini juga disimpan jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. dan barang-barang peninggalan nabi-nabi yang lain.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Reallifeexperiences

6. Hippodrome

Hippodrome merupakan sebuah dataran yang mempunyai tiang-tiang dengan hasil seni bina Romawi. Pada asalnya hippodrome merupakan tempat untuk lumba kuda. Yang tinggal sekarang adalah tiang-tiang sahaja selepas dimusnahkan oleh puak roman. Hippodrome terletak berhadapan dengan masjid biru.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Istanbulclues

7. Basilica Cistern

Ia terletak berdekatan dengan Haghia Sofia. Basilica Cistern merupakan tempat simpanan. Pada asalnya, Basilica Cistern merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang pada zaman rom.  Kini ia  berusia lebih 1000 tahun.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Wikipedia

8. Miniaturk Park

Disini terdapat sebanyak 105 miniatur berbentuk bangunan yang mewakili senibina-senibina yang ada di Turki dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Othmaniah.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Istanbultouristpass

9. Gunung Nemrut

Gunung Nemrut yang setinggi  2134 meter terletak di bahagian tenggara Turki, berdekatan dengan kota Adiyaman. Gunung Nemrut ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang sangat menarik. Disini terdapat patung dewa-dewa roman seperti Hercules, Zeus, Tyche dan Apollo. Di gunung ini jugalah dipercayai tempat persemadian dewa-dewa.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Turkeytourism

10. Istiklal Street

Selain Grand Bazar di IStanbul, tempat membeli-belah menarik yang wajin anda lawati adalah Istiklal Street. Istiklal Street juga terletak di bandar Istanbul. Ia terdiri daripada kedai-kedai di sepanjang jalan, kira-kira 1.4 Kilometer. Jalan ini akan berakhir di Taksim Square iaitu bandar utama yang mengerakkan kota Istanbul.

Terdapat pelbagai jenis barang yang boleh didapati di Istiklal Street . Di antaranya adalah buku, makanan seperti coklat dan juga roti, restoran, kafe, kelab malam, kedai-kedai bioskop dan macam-macam lagi.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Depositphotos

11. Mahmud Pasha Bazar

Harga di sini lebih murah berbanding di Grand Bazar. Seeloknya anda buat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Michaelprophet

12. Galata Bridge

Jika anda pergi ke Istanbul, di antara tempat menarik yang wajib anda singgah adalah Galata Bridge. Jangan salah faham, Galata Bridge bukan jambatan biasa seperti jambatan-jambatan yang selalu kita lihat. Apa yang menarik tentang Galata Bridge ini adalah restoran-restoran yang berada dibawahnya.

Anda boleh makan di restoran dibawah jambatan sambil menikmati pemandangan Teluk Gordon Horn. Menarik kan.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Dailytripistanbul

13. Bodrum Castle

Bodrum Castle dibina pada tahun 1402 sebagai Castle of Saint Peter atau Petronium. Ia  terletak disebelah barat Daya Turki. Bagi yang meminati sejarah, jangan lupa untuk singgah di Bodrum Castle.

Ianya adalah sebuah muzium Archeologi Laut dimana pelawat akan disajikan dengan sejarah peradaban lampau. Di sini juga terdapat banyak koleksi kapal yang karam yang bernilai jutaan dolar.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Bodrumturkeytravel

14. Library of Celcus

Perpustakaan ini dibina pada tahun 125AD dan menyimpan lebih kurang 12,000 manuskrip. Di sini juga terdapat makam Celsus iaitu ahli falsafah Greek. Ia terletak di bandar Selcuk di Turki.

Library of Celsus menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia kerana hasil tinggalan bangunan dengan rekabentuk yang unik dan penuh seni.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Turkishercheonews

15. Pamukkale

Terbentuk dari hasil semulajadi, Cotton Castle adalah salah satu tempat menarik di Turki yang wajib dilawati. Ianya terbentuk hasil dari batu putih yang seakan kapas.  Lapisan putih ini adalah bahan mineral kalsium yang terbentuk secara semula jadi. Disini juga terdapat kolam air panas yang terbentuk secara semulajadi.

Keindahan kolam air Panas Pamukkale memang tidak dapat digambarkan. Pamukkale menjadi salah satu detinasi menarik di Turki bagi pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Pengunjung yang datang kesini bebas untuk berendam di sini. Jika dilihat dari jauh, kolam air panas Pamukkale ini kelihatan seperti salji yang melitupi sungai.

tempat menarik di turki

Sumber Gambar: Boredpanda

Itulah dia 15 tempat menarik di Turki yang ingin kami kongsikan bersama anda. Menarik kan?

Sumber Rujukan: Pakar Percutian

Artikel Travel Lain

Anda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Turki, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.