Ada sesiapa yang sedang merancang untuk pergi ke Tokyo, Jepun? Anda teringin ke sana pada musim bunga sakura? Atau musim sejuk? Musim mana pun pilihan anda, jom kami kongsikan 17 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati.

teamLab Planets Tokyo

Imej kredit: teamLab, Floating in the Falling Universe of Flowers

teamLab Planets kini menjadi tarikan utama dan tumpuan ramai pelancong di Tokyo. teamLab Planets merupakan sebuah muzium seni digital popular dan viral di dunia. Banyak tarikan dan karya seni dipamerkan buat pengunjung.

Muzium ini terbahagi kepada empat ruang seni terbesar dan dua buah taman. Berada di sini membuatkan pelancong seolah berada di dunia fantasi dengan lebih nyata. Bergambarlah sepuasnya berlatarkan seni digital yang memukau.

Disini anda boleh mengalami pengalaman seni yang menarik. Contohnya seperti merasai pengalaman seni seperti ikan berenang di kaki. Ketika keadaan ini anda diminta berjalan tanpa kasut dan menghasilkan pengalaman yang unik. Serta juga terdapat hamparan anda dapat menghayati suasana penuh dengan bunga.

Senang cerita, tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang suka bergambar dan ingin mencari kelainan dengan tempat lain. 

Tempat ini juga tidak sukar untuk pergi. Boleh sahaja pilih sama ada bas ataupun train. 

Lokasi: 6 Chome-1-16 Toyosu, Koto City, Tokyo 135-0061, Jepun

Pembelian Tiket: Website (pelawat dicadang untuk membeli tiket lebih awal)

Shibuya Sky

Imej via Shibuya Sky

Apa tarikan yang ada di Shibuya Sky? Di sini pengunjung boleh melihat keindahan bandar Tokyo dari tingkat 47 di Shibuya Scramble Square iaitu salah satu bangunan tertinggi di Tokyo yang menempatkan pejabat, pusat membeli-belah dan dek pemerhati. Berada di ketinggian 229 meter, pengunjung dapat melihat keindahan Tokyo dengan pemandangan 360 darjah.

Selain itu, pengunjung berpeluang menaiki eskalator yang ditutup dengan dinding kaca. Unik dan memukau. Shibuya Sky terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Sky Gate, Sky Stage dan Sky Gallery. Lokasinya sangat strategik dan mudah diakses dimana anda boleh menaiki keretapi iaitu JR Yamanote Line terus ke stesen Shibuya.

Warner Bros. Studio Tour Tokyo: The Making of Harry Potter

Imej via wbstudiotour

Ada penggemar novel dan filem bersiri Harry Potter? Jom ke Nerima City iaitu studio Harry Potter terbesar di dunia dan pertama di Asia. Apa yang ada di sini? Datanglah untuk merasai sendiri di sebalik tabir proses pengambaran filem unggul ini dan terokai rahsia disebalik dunia sihir.

Pengunjung akan melihat sendiri set pengambaran yang ikonik seperti Diagon Alley, The Great Hall dan Platform 9 3/4. Bukan sahaja dapat melihat set pengambaran, malah ada juga prop dan kostum original dipaparkan di studio ini.

Tokyo Disneyland dan Disneysea

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Tokyodisneylandresort

Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.

Gunung Fuji

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Kapanlagi

Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 meter (12,389 kaki). Gunung Fuji amat terkenal di seluruh dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk kon. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

Harajuku dan Omotesando

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Travel-advisor

Harajuku merupakan pusat peragaan fasyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya.

Omotesando pula merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk senibina banggunan yang unik dan menakjubkan.

Shinjuku Gyoen National Garden

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Travelguide

Shinjuku Gyoen National Park adalah di antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.

Sensoji Temple dan Nakasime Street

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Mystays

Sensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu pagar utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.

Meiji Shrine

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Oldtokyo

Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah di antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

Shibuya

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Fastjapan

Shibuya adalah di antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.

Yoyogi Park

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Tokyocheapo

Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

Tokyo Skytree

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Klook

Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.

Akihabara

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Cnet

Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.

Shinjuku

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Walkwithcham

Shinjuku merupakan di antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat membeli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.

Odaiba

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: gettyimages

Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat membeli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

Ueno

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Japan-guide

Di Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Bagi individu yang gemar akan sejarah, budaya dan kesenian, Ueno adalah tempat yang wajib anda lawati. Selain itu, di Ueno juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.

Roppongi

tempat menarik di tokyo
Sumber Gambar: Tokyocheapo

Roppong merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.

Itulah dia 17 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati. Selamat bercuti!

Artikel Tempat Menarik Lain

Bagaimana artikel ini? Anda suka tempat menarik di Jakarta yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.