40 Tempat Menarik Di Selangor 2018 Buat Anda Gembira ( Serius Best)

Pening? Mencari tempat menarik di Selangor tapi tak pasti yang mana menarik?

Nah,artikel ini panduan untuk anda mencari tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan selangor.

Kami kongsikan 40 tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sebenarnya ada banyak lokasi menarik di Selangor untuk membawa anak-anak bersiar-siar dan beraktiviti. 10 pilihan di bawah ini hanyalah sebahagian daripadanya. Ia dipilih kerana kesesuaiannya kepada kanak-kanak sama ada di bandar atau kembali kepada alam semulajadi:

1. Air Terjun Serendah

Berkelah di air terjun bersama anak-anak memang menyeronokkan. Sementara mereka bermain air, anda boleh berehat, menyedut udara segar, mendengar bunyi air mengalir sambil memerhatikan anak-anak.

Airnya yang bersih dan pemandangannya yang indah menarik ramai orang untuk datang semasa hujung minggu. Ada juga kawasan di mana airnya lebih cetek dan lebih sesuai untuk anak-anak kecil.

Tandas, bilik mandi, pondok-pondok untuk orang awam, dan tempat meletak kereta disediakan menjadikan lokasi ini amat mesra pengunjung.

Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah

2. Jump Street Trampoline Park

Taman Trampoline terbesar di Asia ini menghubungkan beratus trampoline dalam satu ruang bertutup. Ia mempunyai beberapa bahagian. The Main Court merupakan ruang trampoline terbesar bersaiz 9000 kaki persegi.

The Foam Pit membolehkan anak anda melompat dan jatuh di dalam beribu kiub besar yang lembut. Lompat di atas trampoline dan masukkan bola ke dalam jaring seperti seorang pemain bola keranjang profesional di ruang Slamdunk.

Ada 10 ruang di taman ini yang pasti tidak akan mengecewakan. Anak-anak anda (dan anda juga) boleh melompat dan melompat dengan gembira.

Harga Tiket: RM27

Alamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10am-9pm (Ahad-Khamis), 10am-10pm (Jumaat-Sabtu)

3. Blok Space

Adakah anak anda suka bermain dengan blok atau Lego? Atau adakah anda mahu anak-anak anda membina minda kreatif? Blok Space meyediakan ruang untuk anak-anak berusia 5 sehingga 14 tahun untuk tujuan ini. Ia terletak di beberapa lokasi di Selangor. Ada lebih 300 jenis permainan disediakan termasuklah Lego dan Gundam.

Harga Tiket: RM18

Alamat: IPC Shopping Centre (Damansara), The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Gallery, 1 Mont Kiara

4. District 21

District 21 Putrajaya
Imej via District21

Taman tema lasak ini berkeluasan 70000 kaki persegi. Ia menyediakan aktiviti-aktiviti menarik di beberapa bahagian iaitu memanjat dinding di Power Station, merasai keterujaan menaiki Roller Glider, memandu di Go Pedal, menunggang basikal, skuter atau papan luncur di Pump Track, memanjat di Sky Trail, melompat di trampoline di Launch Pad, menelusuri terowong di The Maze, melompat di Free Fall, dan menggelungsur dengan tiub di Tubby Ride.

Active Pass adalah untuk mereka yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti di taman, manakala Non-Active Pass adalah untuk mereka yang mahu masuk tetapi tidak mahu menyertai permainan.

Harga Tiket: RM58-RM75 (Active Pass), RM10 (Non-active pass)

Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Waktu Operasi: 12pm-8pm (Isnin-Jumaat), 10am-8pm (Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah)

5. Taman Botani Shah Alam

Taman Botani Shah Alam menyediakan pelbagai aktiviti sesuai semua peringkat umur. Tambah pengetahuan dengan mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan, memancing, berbasikal dan berenang.

Jika sukakan cabaran di kawasan terbuka, dikelilingi pokok-pokok hijau, inilah juga tempat yang terbaik untuk menguji stamina anda.

Skytrex dibahagikan kepada beberapa pakej iaitu Big Thril (23 cabaran dalam masa 2 jam), Little Adventure (15 cabaran dalam masa 30 minit), dan Extreme Challenge (21 cabaran dalam masa 2 jam).

Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Harga Tiket Skytrex: RM 45 (Big Thrill), RM35 (Little Adventure), RM50 (Extreme Challenge)

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: 830am-6pm (Selasa-Ahad)

6. I-City Theme Park

Kanak-kanak suka dengan taman tema kerana ada banyak permainan dan cahaya di sana. Suasana di taman tema seperti syurga buat mereka.

Di I-City kanak-kanak boleh merasai pengalaman menonton cara luar biasa menerusi 5D Cinema, bermain salji di Snowalk, mengunjungi rumah hantu, makan-makan di Wow Street, menaiki Mini Pirate Ship, Rocking Chase Car, dan Fitness Junior.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

7. Kidzania

Apa cita-cita anda bila dewasa kelak? Itu soalan yang akan selalu diterima kanak-kanak. Di Kidzania, kanak-kanak dapat merasai pengalaman melakukan banyak kerjaya yang dilakukan oleh orang dewasa. Mungkin mereka tidak ragu-ragu lagi menjawab soalan berkaitan cita-cita selepas ini.

Harga Tiket: RM35-RM41 (dewasa), RM35-RM85 (Kanak-kanak),

Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Waktu Operasi: 10am-6pm setiap hari

8. Kelip-kelip Kampung Kuantan

Kampung Kuantan dikenali kerana kelip-kelipnya. Ia pasti pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak. Mereka berada di dalam sampan menyusuri Sungai Selangor pada malam yang gelap tapi diterangi oleh cahaya indah beratus atau beribu kelip-kelip yang berterbangan di pohon-pohon Berembang.

Harga Tiket: RM40/sampan untuk 4 orang. Pengunjung diberikan air dan makanan ringan.

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor

Waktu Operasi: 745am-1030pm setiap hari

9. Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Hutan ini merupakan hutan simpan milik kerajaan yang dijadikan pusat bagi mereka yang mahu membuat kajian perhutanan. Walaupun begitu, ia turut dibuka kepada orang awam.

Bagi mereka yang tinggal di bandar yang sibuk seperti Kuala Lumpur, FRIM merupakan lokasi terbaik untuk keluar seketika mendapatkan ketenangan.

Ia bukan sahaja sesuai kepada orang dewasa, malah kanak-kanak mendapat manfaatnya. Berjalan di dalam hutan, berbasikal dan menaiki jambatan gantung adalah antara aktiviti boleh dilakukan di FRIM.

Alamat: Jalan FRIM, Kepong, 52109 Selangor

Waktu Operasi: 8am-5pm (Isnin-Jumaat)

10. Farm in The City

Zoo mini ini amat sesuai bagi kanak-kanak. Mereka boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti kura-kura, burung, rusa, kambing, lembu, arnab, dan hamster. Haiwan-haiwan lain seperti kuda, kangaroo, kijang, iguana, prairie dog, skunk, dan musang fennex.

Ada aktiviti memancing untuk pengunjung dan menonton persembahan burung kakak tua juga.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM25 (Kanak-kanak),

RM48 (warga asing dewasa), RM38 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-6pm (Sabtu-Ahad)

Jemput singgah ke tempat-tempat ini jika anda dari negeri-negeri yang lain. Bagi penduduk Selangor pula, mungkin ada tempat di sini yang belum anda lawati. Jangan tunggu lama-lama. Cepat rasai pengalaman menyeronokkan di 10 tempat menarik ini.

11. SnoWalk i-City

Snowalk merupakan taman tema musim sejuk dalam bangunan yang pertama di Asia Tenggara. Bawa ahli keluarga anda ke sini. Tapi jangan lupa untuk memakai kasut yang sesuai dan jaket yang disediakan pihak SnoWalk agar anda dapat merasai pengalaman musim sejuk dalam 50,000 kaki persegi ruang dengan 100mm salji di atas lantainya yang berada di bawah 5 darjah celcius. SnoWalk turut dihiasi dengan lebih 100 tan arca ais yang dibina oleh 30 artis dari Harbin, China.

Alamat: i-Gallery, Persiaran Multimedia, 40000 i-City, Shah Alam

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11am – 12am), Jumaat (11am – 1am), Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah (11am – 1am), Ahad (11am – 12am)

Harga Tiket: RM35 (warganegara Malaysia), RM40 (bukan warganegara Malaysia)

12. Min Nature

Min Nature adalah pameran miniature terbesar di Asia dan ketiga di dunia. Dikatakan bahawa setiap satu yang dipamerkan di sini adalah hasil kraftangan atau buatan tangan yang mana model baru diletakkan setiap minggu. Jadi, anda tidak akan melihat model yang sama pada satu-satu masa. Antara model yang ada di dalam pameran seluas 17,000 kaki persegi ini adalah keretapi bergerak dan gunung berapi. Min Nature mempunyai banyak ruang khas termasuk bilik multimedia, kedai cenderamata, dan pondok gambar. Kanak-kanak pasti menyukai tempat ini!

Alamat: Level 4, Summit USJ, Subang Jaya

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Harga Tiket: RM28 (dewasa), RM15 (4 – 12 tahun)

13. Ladang Teh Boh Bukit Cheeding

Ramai yang tidak menyangka ada ladang teh di Banting, Selangor kerana biasanya teh ditanam di tanah tinggi seperti Cameron Highland. Sebenarnya, ladang teh ini merupakan ladang teh tanah rendah yang telah dibuka sejak tahun 1927.

Ia ditanam di bawah pokok kelapa sawit secara berselang-seli dalam kawasan ladang seluas 210 ekar. Kaedah penanaman ini merupakan yang pertama seumpanya di dunia. Sebagaimana ladang teh yang ada di Cameron Highland, ladang teh ini juga mempunyai ladang khas bagi memproses dan membungkus teh.

Jadi, kepada mereka yang mahu melihat keunikan kaedah penanaman dan pemprosesan teh tanah rendah, jemput ke Ladang Teh Boh Bukit Cheeding.

Alamat: Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor.

14. Tandem Paragliding Bukit Jugra

Adakalanya anda perlu mencuba sesuatu yang baharu iaitu meluncur di udara. Usah bimbang kerana ia merupakan tandem paragliding di mana anda meluncur bersama-sama dengan seorang pembimbing berpengalaman.

Anda sebagai penumpang berada di hadapan dan pembimbing anda bertindak sebagai pemandu yang akan mengawal peluncur. Seperti seekor burung, anda akan menikmati keindahan sekitar Bukit Jugra dari udara. Ini sudah tentu pengalaman yang amat berbeza.

Usia seawal 7 tahun boleh terlibat dalam aktiviti ini dengan kesesuaian berat adalah mengikut keadaan angin.

Alamat: Bukit Jugra, Banting

Harga Tiket: RM220 seorang

15. Galactic Laser Tag

Pernahkah anda cuba beraksi seperti polis atau perwira dengan pistol atau senapang? Galactic Laser Tag menyerupai permainan paint ball.

Cuma, pelurunya tidak akan menyakiti tubuh anda. Ini kerana anda beraksi dengan menggunakan senapang laser. Mereka mempunyai beberapa jenis permainan termasuk Capture the Flag, Team, Individual dan Space Marine.

Selain di Sunway, Galactic Laser Tag juga mempunyai cawangan di Mid Valley. Jadi, selain bermain, anda juga boleh membeli-belah.

Alamat: LG3.06, Sunway Pyramid Mall, No. 3 Jalan PJS11/15, 46150 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10am – 10pm), Jumaat – Sabtu dan cuti umum/sekolah (10am – 11pm)

Harga Tiket: mengikut pakej dan keahlian. RM60 – RM100 (pakej), RM33 – RM51 (ahli), RM38 – RM58 (bukan ahli)

16. Camp 5

Mahu memanjat di ruang berhawa dingin? Camp 5 adalah gim memanjat dalam bangunan yang terbesar di Asia. Pendaki berpengalaman boleh menjadikan ini ruang untuk memantapkan lagi kemahiran mereka menerusi pelbagai jenis dinding seperti plumbum, blok batu freestanding dan gua batu.

Mereka juga ada menyediakan ruang untuk pemula atau beginner jika anda masih baharu dalam sukan ini. Kanak-kanak seawal 8 tahun juga boleh memulakan hobi atau memiliki kemahiran baru dengan menyertai aktiviti memanjat ini.

Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, 47800 Petalilng Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (2pm – 11pm), Sabtu – Ahad dan Cuti Umum (10am – 8pm)

Harga Tiket: RM33 (dewasa), RM16 (kanak-kanak bawah 15 tahun), PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 8 tahun

17. Skytrex Shah Alam

Skytrex menguji kecergasan dan keberanian anda. Tiga permainan di dalam hutan Taman Botani Negara Shah Ala mini disesuaikan dengan tahap pengunjung. Little Adventure bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mencabar keberanian ini.

Big Thrill bagi mereka yang mempunyai kemahiran pertengahan, manakala Extreme Challenge khusus buat mereka yang berpengalaman atau berani. Memanjat tangga, berjalan di atas kabel yang jauh dari permukaan tanah, berjalan di atas papan yang bergoyang di udara, flying fox dan banyak lagi.

Anda perlu menghabiskan kira-kira 17 sehingga 30 cabaran, bergantung kepada tahap anda.

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (830am – 5pm), ditutup pada hari Isnin

Harga Tiket: RM35 (beginner), RM45 (intermediate), RM55 (advance). Sila buat tempahan dalam talian

18. Zoo Negara

Tiada yang lebih menyeronokkan bagi seorang kanak-kanak apabila dapat melihat banyak haiwan di depan mata. Zoo Negara telah dibuka sejak tahun 1963 dengan keluasan 110 ekar. Mereka memiliki kira-kira 476 spesis mamalia, burung, reptilia, ikan dan amfibia untuk tontonan dan pengetahuan pengunjung mengenai haiwan.

Oleh itu, Zoo Negara menyediakan pakej khas untuk pendidikan kepada para pelajar, program kajian kepada pelajar yang hendak melakukan projek kajian berkaitan haiwan, seminar dan kursus, serta mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi sukarelawan di Zoo Negara.

Zoo Negara juga aktif menarik minat pengunjung dengan menawarkan sambutan hari lahir, Zoo Hunt dan Explorace di dalam zoo.

Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9am – 430pm), Sabtu – Ahad (9am -530pm)

Harga Tiket: RM44 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 3 – 12 tahun), RM21 (warga emas)

19. Taman Alam Kuala Selangor

Melihat pokok mampu menenangkan jiwa dan menyegarkan mata. Apa lagi jika ia merupakan tempat perlindungan pelbagai flora dan fauna. Taman Alam Kuala Selangor ini meliputi lebih daripada 200 hektar tanah pinggir laut di mana sebahagian besarnya terdiri daripada paya bakau yang penting untuk pembiakan ikan.

150 spesis burung dan kira-kira 100,000 burung randuk daripada 30 spesis melintasi kawasan ini semasa berhijrah. Pengunjung mempunyai 4 pilihan laluan sejauh 550 meter sehingga 1.1km.

Menara pula untuk melihat taman ini dari sudut pandang yang berbeza. Bagi yang mahu bermalam, chalet dan pondok berbentuk A turut disediakan.

Alamat: Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM4 (dewasa), RM1 (kanak-kanak bawah 17 tahun), RM2 (warga emas)

20. Tadom Hill Resort Banting

Tadom berada dalam senarai ini kerana ia amat menarik dari segi lokasi dan aktivitinya. Ia amat sesuai bagi mereka yang mahukan percutian untuk merehatkan minda.

Kawasan seluas 40 ekar ini terdiri daripada bukit-bukau batu kapur, tasik-tasik dan pokok. Antara aktiviti yang ada adalah ATV, flying fox, abseiling, futsal pantai, bola tampar dan banyak lagi. Anda juga boleh terjun ke dalam tasik dari papan berketinggian 5m.

Tadom Hill Resort Banting menyediakan pelbagai jenis penginapan yang diperbuat daripada buluh yang pastinya menarik perhatian pengunjung.

Alamat: 42700 Banting

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 630pm)

Bayaran Masuk: RM22 seorang untuk semua aktiviti air

21. Bukit Broga

Ramai yang mengenali dan pernah mendaki Bukit Broga terutama mereka yang datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Tingginya hanya 400 meter. Jadi, pendakian mengambil masa kira-kira sejam sahaja.

Tambahan pula, laluannya tidaklah sukar. Namun, ia cukup untuk memanaskan badan. Disebabkan itulah ia sentiasa ramai terutama semasa hujung minggu. Bukit ini tidak mempunyai banyak pokok sebagaimana bukit yang lain. Pokok-pokok hutan hanya ditemui dalam perjalanan 15 minit pertama.

Selepas itu, permukaan tanahnya ditumbuhi lalang, lantas menjadikan pemandangan puncaknya begitu indah. Bagi ramai orang, ia umpama berada di luar negara.

Alamat: Semenyih, Selangor

22. Bukit Tabur

Bukit Tabur atau Bukit Hangus yang merupakan sebahagian rabung kuarza mempunyai pemandangan yang sangat indah. Ia mempunyai kira-kira 250 spesis tumbuh-tumbuhan di mana 5 daripadanya merupakan tumbuhan endemik. Bukit ini terkenal di kalangan para pendaki.

Namun, ada sebahagian bukitnya agak berbahaya kerana keadaannya yang curam terutama Bukit Tabur West dan Bukit Tabur Extreme. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa mereka yang berpengalaman untuk turut serta dalam pendakian anda.

Terdapat 5 puncak bukit kesemuanya untuk anda terokai iaitu Bukit Tabur West, Bukit Tabur East, Bukit Tabur Far East, Bukit Tabur Extreme dan Bukit Tabur Extra.

Alamat: Taman Melawati

Harga Permit: RM5. Dapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ,http://www.forestry.gov.my/selangor

23. Pantai Morib

Pantai Morib merupakan pantai yang terkenal di Selangor. Ia menjadi pilihan keluarga untuk beriadah dan melakukan aktiviti terutama ketika hujung minggu. Pokok rhu di sepanjang pantai menjadikanya sesuai untuk perkelahan.

Ia tarikan kepada kaki pancing dan pengumpul cangkerang laut. Lebih menarik kerana anda juga boleh menangkap ketam di sini. Kanak-kanak pula tidak melepaskan peluang bermain laying-layang di sini.

Gerai makan juga banyak. Lantas memudahkan pengunjung mengisi perut sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas. Pantai ini juga hampir dengan tempat-tempat menarik seperti Rumah Api Jugra, Istana Bandar, dan Masjid Sultan Alauddin.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

24. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey dan tidak sama dengan Tanjung Rhu yang terkenal di Langkawi. Ia tiada kemudahan dataran berbatu, apalagi tempat berehat untuk orang ramai. Tapi, ia sesuai untuk anda mengambil angin, menenangkan minda dan jika anda mahukan privasi dan jauh dari kesibukan.

Minda anda direhatkan dengan pemandangan lautan dan kapal-kapal dagang yang lalu di situ. Jika bernasib baik atau rajin untuk mencari, anda akan menemui belangkas dan mentarang. Jarak pantai ini dari pintu masuk Pulau Carey hanya kira-kira 15 minit sahaja.

Alamat: Pulau Carey, 42960 Kuala Langat, Selangor

25. Bukit Melawati

Bukit Melawati merupakan lokasi bersejarah di Selangor. Ia adalah pusat pentadbiran dan kubu Kesultanan Selangor pada abad ke 18 dan 19. Jadi, anda akan menemui kesan-kesan peninggalan sejarah termasuk dinding pertahanan kota, tapak istana, rumah api, makam diraja, telaga tujuh, telaga beracun dan beberapa Meriam.

Ada ‘kereta api’ khas bagi kemudahan pengunjung bergerak ke mana-mana kawasan. Dalam perjalanan, anda mungkin akan dapat melihat Monyet Silvery Lutung yang mendukung anaknya yang berwarna oren dan monyet ekor panjang.

Alamat: Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – Ahad, dan cuti umum (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

26. Masjid Diraja Sultan Alauddin

Masjid ini kelihatan menyerlah terutama oleh kontra biru langit dan hijau pohon di sekitarnya. Ini kerana keseluruhan binaannya berwarna kuning. Masjid Diraja Sultan Alauddin atau Masjid Bandar adalah di antara masjid tertua yang terdapat di Selangor.

Ia dibina pada awal 1900-an, kira-kira 200m dari Istana Bandar. Senibinanya dipengaruhi senibina Moor dan Mughal. Tulisan khat ayat-ayat suci Al-Quran menjadi hiasan dalamannya.

Alamat: Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor

27. Muzium Insitu Jugra

Terletak di kaki Bukit Jugra dan berdekatan dengan Sungai Langat, bangunan muzium ini asalnya merupakan balai polis, penjara dan rumah pasung. Ia dibina pada tahun 1875 oleh Kapten Harry Charles Syers yang merupakan seorang pegawai polis British ketika itu. Bangunannya dibina daripada batu granit yang ditemui di sekitar kawasan ini.

Bahagian atasnya adalah mahkamah, manakala tingkat bawahnya dijadikan penjara bagi menempatkan pesalah sebelum dibicarakan. Muzium Insitu terletak berhampiran dengan beberapa lokasi bersejarah yang lain seperti tapak perigi lama, tinggalan istana lama, dan setor peluru.

Alamat: Kampung Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor

28. Hatter’s Castle

Namanya diambil daripada rupa bentuk bumbungnya yang menyerupai topi. Ia juga diinspirasikan daripada novel karya A.J Cronin.

Bangunan dengan senibina Inggeris ini pernah menjadi kediaman Pengurus Ladang Kelapa Sawit pada sekitar abad ke-18. Ia direka pada tahun 1931 dan merupakan banglo gaya kolonial yang pertama di Pulau Carey. Hatter’s Castle dibina dengan keluasan 496 meter persegi dan berketinggian empat tingkat. Kos binaannya pula sebanyak RM25,500.

Bahan binaannya diperoleh di sekitar Bukit Jugra, manakala tukangnya pula dibawa khas dari Shanghai. Beberapa penduduk dari puak Mah Meri juga dijadikan tukang. Hatter’s Castle telah disenaraikan sebagai bangunan warisan.

Alamat: Pulau Carey, Banting, Selangor

29. Rumah Kebun

Rumah Kebun adalah rumah penginapan yang dikelilingi pepohon, sungai, dan ayam. Persis suasana kampung yang aman damai, tenang daripada segala pencemaran.

Jika anda mahukan suasana itu untuk berehat dan bersantai bersama-sama keluarga, ini adalah antara pilihan terbaik. Malah, rumah yang boleh memuatkan sehingga 16 ahli keluarga ini mempunyai kolamnya sendiri. Kanak-kanak pasti menyukainya.

Alamat: Kampung Sungai Semungkis, Batu 14 ½, Hulu Langat, 43100 Langat, Selangor

E-mel: [email protected]

Harga: RM1500 – RM2000 (2H1M), RM1950 – RM2600 (3H2M)

30. Kuan Wellness Eco Park

Dengan keluasan 5 ekar, Kuan Wellness Eco Park dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan buah-buahan tropika. Mereka menjanjikan lokasi unik yang menyeronokkan buat pelancong, penyelidik dan peminat alam semulajadi.

Tambahan pula, mereka mempunyai landskap yang indahKuan Wellness sebenarnya adalah tempat perusahaan dan pengeluaran sarang burung.

Jadi, pengunjung yang datang ke sini akan dibawa melihat kerja pemprosesan sarang burung, melawat teater dan galeri, dan taman eko.

Alamat: Lot 408, Jalan Tanjung Layang, Kg. Tanjung Layang, Mukim Batu, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

Harga Tiket: RM2

31. Paya Indah Wetland

Paya Indah Wetland merupakan kawasan tanah lembap buatan yang pada asalnya adalah lokasi perlombongan timah dan pengorekan pasir. Kemudian ia diubah menjadi taman yang indah di mana ada banyak pokok teratai, telipuk dan ikan serta dikelilingi pokok-pokok.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah trekking, berbasikal, berkayak, memancing, dan menyaksikan pemandangan dari menara tinjau. Anda juga pasti teruja melihat buaya dan badak yang dibela di sini di samping Laman Fauna yang mengumpulkan haiwan-haiwan kecil dan comel.

Paya Indah Wetland amat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar. Mereka turut menyediakan penginapan bagi yang mahu bermalam.

Alamat: Jabatan Perhilitan, KM4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 6pm)
Jumaat (8am – 12pm, 245pm – 6pm)
Harga Tiket: PERCUMA

32. Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara (Kota Damansara Community Forest Reserve)

Hutan Simpan Komuniti seluas 320 hektar dan telah diwartakan pada tahun 2010 bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan kajian. Setiap pagi terutamanya pada hujung minggu, ramai yang datang ke sini untuk berbasikal dan mendaki bukit. Mereka yang beriadah di sini datang daripada pelbagai peringkat usia.

Oleh itu, usah terkejut jika anda melihat kanak-kanak berjalan di dalam hutan dan mendaki bukit bersama penjaga mereka. Ada 6 laluan yang mana setiap satunya sejauh kira-kira 2km.

Anda juga dialu-alukan untuk menambah ilmu dengan mempelajari mengenai tanaman tradisional komuniti Orang Asli Temuan di Taman Aunty Sipew yang dibuat khas bagi tujuan tersebut.

Alamat: Jalan merbah 10/1, Seksyen 10, Kota Damansara, Selangor

33. Pantai Kelanang

Pantai cantik ini dikelilingi pokok-pokok rhu dan pokok kayu bakau yang menjadikan pemandangannya menarik. Pokok-pokok rhu yang tumbuh di sepanjang pantai menjadikan kawasan ini redup dan sesuai bagi tujuan perkelahan dan berkhemah.

Selain itu, pengunjung ke sini untuk bermandi-manda, mengambil gambar, bermain laying-layang dan bermain di taman permainan bagi kanak-kanak.

Hujung minggu biasanya menyaksikan ramai pengunjung datang ke sini. Pilih untuk datang pada hari-hari biasa jika anda mahukan lebih ketenangan.

Alamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor (7km dari Morib)

34. Muzium Orang Asli

Muzium ini berada di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Muzium Orang Asli ditubuhkan dengan tujuan memulihara dan memelihara artifak-artifak berkaitan masyarakat Orang Asli.

Ia secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai tradisi Orang Asli dari pelbagai aspek seperti adat resam dan kepercayaan, pantang-larang, aktiviti perubatan, upacara perkahwinan, dan memburu. Antara barangan yang dipamerkan termasuk belanga yang berusia lebih 600 tahun.

Alamat: KM24, Jalan Pahang Lama Gombak, 53100 Gombak, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

35. Pantai Remis

Ini merupakan salah satu pantai yang terletak di Selangor yang mula menerima lebih ramai pengunjung. Ia pantai yang sesuai untuk beriadah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Keadaan angin dan lautnya sesuai untuk bermain laying-layang dan kapal layar.

Mereka yang suka makanan laut atau mengumpul cangkerang sebagai hobi boleh mendapatkan apa yang dimahukan di sini. Di sini ada banyak gerai makanan laut. Pantai Remis juga adalah tempat yang diminati kaki pancing untuk memancing. Pada waktu senja, melihat matahari terbenam cukup mendamaikan.

Alamat: Jalan Pantai Remis, Jeram, 45800 Kuala Selangor (memandu di sepanjang Jalan Kapar untuk kira-kira 20km sehingga bertemu dengan papan tanda Pantai Remis)

36. Muzium Coklat Kota Damansara

Muzium ini menarik bukan hanya kerana anda boleh menemui banyak coklat di sini, tapi cara mereka mempamerkannya menjadikan ia satu-satunya muzium coklat di Asia Tenggara yang menggabungkan pameran digital, fakta-fakta menarik, kelengkapan tahap pencapaian dan lebih daripada 100 jenama coklat pada harga terbaik.

Pengunjung akan mempelajari mengenai semua mengenai coklat termasuk bagaimana ia dihasilkan. Malah, muzium ini turut mengeluarkan coklat mereka sendiri menerusi Museum-Fresh Chocolates. Membeli coklat sudah pasti aktiviti paling penting di sini kepada semua pengunjung.

Alamat: No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, 47810 Kota Damansara, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)

Harga Tiket: PERCUMA

37. Pulau Carey

Tarikan pelancong yang datang ke sini adalah komuniti Mah Meri iaitu salah satu daripada 18 kumpulan Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Mereka amat terkenal kerana menghasilkan topeng dan patung kayu daripada sejenis kayu merah bernama Nyireh Batu.

Malah, mereka mempunyai kira-kira 25 tukang kayu atau pengukir yang menghasilkan lebih daripada 100 rekaan. Ramai juga yang datang ke sini untuk menikmati makanan laut mereka, di samping berjalan-jalan di tepi pantai. Pulau Carey yang berukuran satu per lima daripada Singapura ini diliputi oleh ladang kelapa sawit.

Walaupun begitu, ia pokok-pokok yang hampir pupus dan pokok kayu bakau telah ditanam semula.

Alamat: Pulau Carey (Selatan Pelabuhan Klang dan Utara Banting)

38. Rumah Api Bukit Jugra (Bukit Jugra Lighthouse)

Bukit Jugra yang terletak di lokasi bersejarah di Kuala Langat ini memiliki dua rumah api. Rumah api paling tua dibina semasa pentadbiran British, manakala yang kedua dibina pada 1976 selepas Kuala Langat tidak lagi menjadi ibu negeri.

Tinggi rumah api yang pertama ialah 146 meter dan yang kedua setinggi 25 meter. Dari puncak rumah api ini, anda akan melihat pemandangan indah di sekitarnya termasuk Sungai Langat mengalir ke Selat Melaka selain pemandangan Pulau Carey.

Alamat: 42700, Banting, Selangor

39. Gua Damai Extreme Park

Gua Damai terletak di utara gunung di mana Batu Caves berada. Gua Damai Extreme Park mempunyai 5 buah gua untuk diterokai pengunjung iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree. Gua Damai Extreme Park menyediakan banyak pakej pilihan sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan.

Antaranya ialah sukan mendaki, abseiling, memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseiling dilakukan dari dinding batu dengan ketinggian 25m sehingga 90m.

Aktiviti memasuki gua pula mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira 60 juta.

Alamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM70 (Fun Climbing), RM150 (Basic Rock Climbing), RM150 (Gua Damai Extreme), RM70 (Basic Tree Climbing), RM250 (Personnel Climbing Guide)

40. Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah

Masjid Biru. Itu namanya yang lain. Ia merupakan masjid yang terbesar di Asia Tenggara dengan kubah dan menaranya juga dikatakan yang terbesar di dunia. Namanya bersempena mantan Sultan Selangor yang bukan sahaja memerintahkan binaannya, malah turut memilih dan mendermakan elaunnya untuk pembinaan masjid ini.

Senibina masjid ini menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional dengan sentuhan unsur senireka Melayu dan Timur Tengah. Masjid ini menyediakan kemudahan termasuk galeri seni, bilik persidangan, dewan serbaguna, bilik seminar, perpustakaan dan kelas agama.

Alamat: Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Cameron Highland yang dikongsikan? Anda teruja?Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati.

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!